CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Bela Kucing Jika Menyusahkan Jiran - Mufti Perlis

5-7-2019 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 19151| Komen: 167

Tidak salah membela haiwan peliharaan namun sekiranya ia sampai tahap menyusahkan jiran tetangga, bagaimana pula?

Menurut Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pemilik kucing haruslah menjaga haiwan itu dengan baik dan terurus.


Selain itu, tidak membiarkan ia keluar ke rumah jiran dan membuang najis merata-rata sehingga menyusahkan jiran tetangga. 

“Jika kucing seseorang pergi dan membuang najis di rumah jiran tidak berdosa bagi jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain,” katanya seperti dilaporkan Bernama. 

Kredit foto: Astro Awani
Katanya lagi, tiada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad menyuruh umatnya memelihara kucing, namun baginda mengingatkan agar tidak menyeksa dan menyakitkan kucing. 


Oleh yang demikian, mereka ini dinasihatkan agar tidak membela kucing sekiranya hobi itu menyebabkan masalah dalam keluarga dan hidup berjiran. - CARI 

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 5-7-2019 03:03 PM
Betul. Sakit ati pagi2 kena basuh berak kucing.
Kencing kucing merata di porch , bawah kereta.
Pastu pokok mati sbb kucing kencing kat situ.



Orang nak membela kucing ni, bela la elok2.
Jangan lepaskan berkeliaran ke rumah org lain.
Quote shernazz 5-7-2019 03:06 PM
Ada jiran iols ni tp dia dh pindah dah
Dia geram sangat hari hari kena cuci taik kucing kat tmpt sidai baju dia..
Lastnlast dia perangkap kucing kucing tu..masuk sangkar..terus gi buang tah mana tah..

Meraung owner kucing..tapi weols semua buat dek je..sebab weols semua terpaksa menghias umah weols dengan botol mineral aor kaler merah sebab kucing kucing dia..hahaha

Skamg owner kucing tu dh pandai bela dlm umah je...puas hati weols jenjiran yg baik ni..
Quote grouper 5-7-2019 03:12 PM
Gangster sungguh gmbr kucing kat atas ni...depa ni yg selalu busukkan nama kucing2 lain..
Quote jazaa100 5-7-2019 03:21 PM
Bangang.....benda mcm tu pun nk tgu mufti kuarkan fatwa....
Quote slavehunter 5-7-2019 03:34 PM
Ada orang tu bela kucing banyak2 pestu kucing dia merata makan dan berak rumah orang lain, menyusahkan orang lain hari2 kena kemas taik, pestu orang tu siap buat status whatsap kebaikan bela kucing,akan masuk neraka menzalimi kucing bla bla.bla.   aku nak doakan dia plak pg neraka sebab nyusahkan orang.
Quote Minami2013 5-7-2019 03:35 PM
I sebagai mangsa jiran depan rumah yg bela kucing ni, i setuju sgt dengan fatwa ni...

Nasib baik jiran i ni jenis bertimbang rasa jugak selepas i letak botol merah depan pagar hampir 10 botol... sebelum tu sbb tak nampak i tuang cuka, tuang air limau purut, letak penghalau kucing beli kat daiso, letak serbuk cili... sehari, dua je berkesan. Sbb port berak depan pagar rumah. Hujan je habis bau. Cara nye mmg tangkap kucing tu then buang je kat mana2... nasib baik tak sempat i tangkap. Tuan rumah dah kurung kucing die dalam rumah. Cuma once in a while, kucing tu terlepas ada lah berak. Kalau tak, mau 2 kali sehari buang tahi kucing. Sekali sebelum pegi keja, sekali lagi lepas balik.
Quote LadyCarefree 5-7-2019 03:36 PM
akies: Betul. Sakit ati pagi2 kena basuh berak kucing.Kencing kucing merata di porch , bawah kereta.Pastu pokok mati sbb kucing kencing kat situ.Orang n ...


Suka panjat kereta pastu calar balar kereta
Quote LadyCarefree 5-7-2019 03:38 PM
Mungkin lebih baik bela pussy hehehehe
Quote Ethernet 5-7-2019 03:45 PM
utk org yg tak pikir panjang, akal singkat, senang la nak lps diri bila org tanya "kenapa buang kucing?". jawabnya mufti kata boleh buang kucing atas alasan menyusahkan jiran. atau jiran yg tk suka kucing pun blh kata, saya buang kucing awak sbb kucing awak menyusahkan saya. patut mufti galakkan pembela kucing mandulkan kucing supaya terjaga kebajikan kucing, tak la sampai tk terbela, tak merayau berak dpn rumah jiran, mintak makan rumah jiran, calarkan kereta rumah jiran.
Quote aunty_onion 5-7-2019 03:54 PM
wow mufti pon galakkan buang kucing... butthurt ada kucing berak kat rumah kau ke pakcik?
Quote julia5094 5-7-2019 04:01 PM
Betul la apa yang mufti tu cakap..time makan je kucing mai rumah kita. Tuan rumah kalau nak bela kucing, tapi bagi mkn pun tak mau. Jangan la dok bela. Kesian kat kucing tu...
Quote alaa 5-7-2019 04:03 PM
betul lah tu. setuju lah.

jangan membela kucing kalau kejenya menyusahkan jiran2 aje. karang kalau orang marah, cakap tu binatang kesayangan Nabi lah apa lah...

padahal orang lain menanggung siksa busuk taik kucing bagai tu. eee!
Quote arianakhalid 5-7-2019 04:05 PM
Dah tangkap buang kat mana? Kesiannya kat kucing2 tu.
Aku tak bela kucing. Tapi aku sayang kucing2 ni. Depan rumah aku mmg aku letak makanan kucing. Mana yang sempat aku tangkap kemudian aku mandulkan.
Payah nak elak sbb dia pun makhluk tuhan penghuni bumi ni jugak. Nak campak di merata2 kesian pulak aku. Dah ditakdirkan kaki dia merayau dtg rumah kita. Kalau letak kat kedai makan pun tak rasa menyusahkan org jg ke?  
Quote goss79 5-7-2019 04:17 PM
rumah iols punnnnn! ada je kucing ni berak kat depan gate... dah kita yg nak kuar masuk takut terpijak, and bau punyalah semerbak... gila level kepekatan bau tu.. tengik sgt..

kucing ni pun naughty, xnak berak kat rumah sendiri, berak rumah org. mcm mintak2 je kena lastik
Quote batusembilan 5-7-2019 04:25 PM
psl jiran yg bela anjing, dr maza xmo komen jgk ke? menyalak x tentu.....kejar anak2 jiran......berak merata area kejiranan........
Quote Kelabuasap 5-7-2019 04:28 PM
Dlm golongan yg dibuli oleh kucing...tersiksa jiwa raga tika trbau haruman dihalaman...selalu gak terfikir dimanakah letaknya otak tuan kucing...di lutut kiri kah atau dilutut kanan..huhu
Quote FOTHER-MUCKER 5-7-2019 04:29 PM
Mopti tak mau bagi tau ka...jangan beranak jikalau tak mampu jaga anak!
Quote SWORKS27 5-7-2019 04:31 PM
bela hanjing takpa...x menyusahkan jiran..ada ja melayu totok bangga nak bela hanjen...perangai mcm hanjen betul..siakkkkkkkkkk
Quote willow12 5-7-2019 04:31 PM
Setuju sgt dgn statements mufti. Wpun i mmg suka kucing, tp iols meluat dgn org yg acah2 nak bela tapi tak mampu nk bagi komitmen yg sewajarnya. Sediakan lah makan yg cukup, pasir nya semua tu. Pastu pastu pastu... Tlg lah mandulkan kucing2 tu jgn bagi beranak byk2. Sekor pun tak mampu nak manage taik dia, ini kan kalau dia beranak sekali keluar 3-4 ekor.. Haishhh akai mana akaiiiii..

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.132497 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top