CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Percutian Jadi Mimpi Ngeri, Bayi 2 Tahun Mati Terjatuh Dari Tingkap Kapal

10-7-2019 11:19 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 4406| Komen: 19|Original author: Oleh: Nia M

Bercuti bersama keluarga adalah impian setiap insan dan saat yang paling ditunggu-tunggu. Namun, di sebalik setiap tawa itu, kadang-kala ada duka menanti.

Percutian bagi sebuah keluarga dari Amerika Syarikat ketika bercuti di Puerto Rico, bertukar menjadi mimpi ngeri apabila anaknya yang berusia 18 bulan maut ketika mereka sedang belayar di dalam kapal besar Royal Caribbean.

Kredit foto: CNN


Mangsa ketika itu pergi bercuti ke San Juan bersama ibu bapa dan adik-beradiknya, serta empat orang datuk dan neneknya. Kapal yang dinaiki mereka boleh memuatkan 4500 orang penumpang termasuk pekerja dek.

Kredit foto: nzherald


Kejadian berlaku apabila mangsa sedang bermain dengan datuknya di ruang makan yang turut mempunyai tingkap luas serta terbuka pada waktu itu. Datuknya yang mendudukkan cucunya di bahagian tingkap, tiba-tiba hilang keseimbangan, lalu menyebabkan cucunya terjatuh dari tingkat 11 kapal itu, dan mati di tempat kejadian akibat terjatuh di atas konkrit. 

Bapa kepada mangsa merupakan seorang pegawai polis di Indiana. Pihak polis di Indiana menyeru agar orang awam menghormati pihak keluarga mangsa yang masih lagi bersedih dan terkejut dengan apa yang berlaku. 

Sementara itu, datuknya masih berada dalam siasatan pihak polis, manakala mayat mangsa telah dihantar kepada unit forensik. 

Ini bukanlah kali pertama kes sebegini terjadi, di mana terdapat penumpang maut kerana jatuh dari kapal layar. Setiap kapal mempunyai pelan keselamatan dan mereka seharusnya menerangkan kepada pihak penumpang tentang prosedur keselamatan yang harus dipatuhi. - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 10-7-2019 11:35 AM
Atuknya pon... ingat tingkap kat rumah ke? Sah2 la kapal tu x stabil n bergoyang2..
Quote Artemesiaa 10-7-2019 11:40 AM
Memang mengundang bahaya namanya letak cucu macam tu takziah buat parentsnya
Quote Eljie 10-7-2019 11:49 AM
Kesiannya. Dari happy2 pegi holiday dapat memori tragik pulak. Takziah.
Quote Boomibulat 10-7-2019 11:57 AM
Sian baby....Ingtkan sbb nk selfie td
Quote buapakperut 10-7-2019 12:33 PM
aduiii atok sendiri kalau duduk kat tingkap tinggi tu beranikah? main budak situ buatpa
Quote rospinki 10-7-2019 12:38 PM
patutnya jgn bagi org tua tu jga cucu..ni kau sebok bersuka cuti dlm kapal tu bawak atok konon tapi suh jaga cucu. kan dh jadi hal camni.

Quote gelas_pelastik 10-7-2019 12:44 PM
kesiannya.. tengah happy2 holiday tapi jadi sedih pulak
Quote matchstick 10-7-2019 01:02 PM
mcm rapat je family ni boleh pegi bercuti bwk atok nenek from both sides...ralat betol bila ada kematian family disebabkan family member tu jgk
Quote jerukkedondong 10-7-2019 01:04 PM
Comel baby tu..sayang nyaaa
Quote ladybugs_12 10-7-2019 01:23 PM
takziah... (
Quote Zazashar 10-7-2019 02:29 PM
Kesiannya.. mesti atuk tu rasa bersalah gila
Quote chinta89 10-7-2019 03:19 PM
Atuk mesti rse bersalah dan trauma sgt!
Quote nononcrux 10-7-2019 03:33 PM
kesiannye suka jadi duka..
Quote EvieWanKenobi 10-7-2019 03:35 PM
malang tak berbau.. do not take things for granted..
Quote moonbug 10-7-2019 08:04 PM
Tragisnya holiday satu family ni
Quote groundfloor 10-7-2019 08:15 PM
Takziah...
Quote nono86 12-7-2019 06:48 AM
Bahayanya.. Asal nak bergumbira tapi jadi berduka
Quote Foxey 12-7-2019 04:15 PM
Baby tu comel lahai.  Dah ajal dia sampai. Tapi atuk dia mesti trauma lepas ni
Quote Permatakaca 14-7-2019 12:13 AM
Stress btol percutian diorg

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.174941 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top