CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dengan Dia Saya Cuba Tahan"- Lelaki Sakit Mental Terharu Ada Gadis Sudi Menikahinya

13-7-2019 09:41 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 13184| Komen: 81|Original author: Oleh: HakirRahman

Bila disebut penyakit mental, akan banyak tanggapan serong. Selalunya mereka yang menghidap sakit mental dianggap tak berdaya menjalani kehidupan seperti orang biasa. Mereka juga sukar mendapat pekerjaan apatah lagi teman hidup. 


Tetapi, baru-baru ini seorang lelaki di Twitter meluah perasaan tentang betapa bersyukurnya dia diterima seorang gadis walaupun ada penyakit mental. 

FARIS TERHARU ISTERINYA SUDI MENIKAHINYA WALAUPUN DIA PESAKIT MENTAL. FOTO: TWITTER. 

Muhamad Faris Nazrin Khairun Nazrin, 26, berkahwin dengan pasangannya Nur Jehaada Ibrahim, 24, pada 5 Mei 2018. Mereka mula berkenalan di Facebook. 


FARIS DAN ISTERI. FOTO: TWITTER

Faris mengidap penyakit Schizoaffective disorder, penyakit mental yang membuatkan dia sukar membezakan antara realiti dan fantasi. 

Bercerita kepada mStar, Faris berkata perkenalan itu bermula apabila Nur Jehaada sering memberi komen tentang luahannya di Facebook tentang kehidupannya sebagai pesakit mental. 

"Masa tu dia masih belajar di Jordan. Lepas dia balik, kami berkenalan dengan bantuan orang tengah dan berkahwin tak sampai setahun selepas itu. 

"Dia banyak membantu, dari segi nak ubah karakter saya, untuk lawan penyakit. Dulu apa-apa benda saya akan mengamuk, tapi dengan dia saya cuba tahan. 

"Kalau saya diam, dia tahulah saya sedang tahan marah, saya cuba untuk kawal," katanya kepada mStar. 

Menurut Faris lagi, penyakitnya itu menyebabkan dia sukar membezakan antara realiti dan fantasi sehingga menjejaskan kehidupan harian. 

"Boleh jadi keliru dengan emosi sendiri. Takut untuk keluar berjumpa orang. Kadang-kadang saya rasa resah bila nak solat berjemaah di surau sebab tak nak jemaah surau tegur atau tenung saya. 

"Cepat sensitif. Orang buat lawak tapi saya rasa benda tu serius," katanya. 

Faris sedang berehat seketika buat masa sekarang dan isterinya sedang sambung belajar di sebuah universiti tempatan. 

Menurutnya lagi, stigma penyakit mental dalam kalangan rakyat Malaysia masih kuat, kerana itu tidak ramai yang sudi berkongsi kisah. 

Tetapi, perlahan-lahan masyarakat mula menerima yang penyakit mental hanyalah penyakit, yang boleh dirawat. 

"Masyarakat Malaysia pun makin menerima, dah ramai juga yang berani tampil untuk terima rawatan dan sebagainya," kata Faris. 

Kisah Faris itu mendapat sokongan ramai warganet lain, malah ada yang turut berkongsi pengalaman mereka sendiri berjaya mencari pasangan walaupun dilanda penyakit dan masalah berat. 

RAMAI JUGA YANG BERKONGSI KISAH MEREKA. FOTO: TWITTER

Ramai juga yang mendoakan kebahagiaan mereka. 

DOAKAN KEBAHAGIAAN MEREKA. FOTO: TWITTER

Semoga Faris dan Nur Jaheeda terus bahagia sampai syurga! - CARI
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 13-7-2019 11:46 AM
pada akula, semua org ada Schizoaffective disorder, nk contoh mudah, tgkla forumers cari ni kt board isu semasa, tk smpai 1 minit leh gaduh , jap jadi alim, jap jadi setan, jap jadi normal

tu ciri2 Schizoaffective la tu..

so, penyakit ni penyakit biasa aja, cm sakit demam..
Quote umbut 13-7-2019 11:48 AM
Semua org pun ada. Antara kuat atau tidak untuk dikawal
Quote ainashiqa 13-7-2019 12:24 PM
Bagus bini dia ni.. Terima je seadanya
Quote RatuDunia94 13-7-2019 12:24 PM
Bagus lah.. at least laki ni berterus terang ada penyakit mental sebelum berkahwin.. jgn mcm sesetengah lelaki.. mengaku sihat. Tp duk pukul bini siang malam..
Quote CardiGans85 13-7-2019 12:34 PM
Susah nak cakap..hanya Allah SWT saja yang tahu. Btw, aku kagum dengan wanita yang bergelar isteri dia. Dan aku doakan Allah SWT berikan kesembuhan pada suami.
Quote merrissa 13-7-2019 01:16 PM
hurm ntah la...kahwin mmg la sonang dik....tp kehidupan lepas khwin tuh....

harap si suami teruskan usaha utk berubat....

aku risau juga...nanti dah lahir anak....isteri x terjaga, anak2 isteri yg bersusah payah kene jaga...sebab ada dgr kes suami sakit cmni juge...yg terkontang kanting bini dia sesorang je...

tapi aku doakan baik2 je...semoga pasangan ini dipermudahkan urusan oleh Allah..amin
Quote buapakperut 13-7-2019 01:37 PM
well it's a very thin line between normal and not. pada iols skizo ke tak, yang penting pas kahwin jangan mencurang, jangan mendera mental fizikal seksual pasangan dan anak2
Quote nono86 13-7-2019 01:46 PM
Moga dipermudah segalanya
Quote Victorioussss 13-7-2019 01:46 PM
Kawen tp xkeje. Elok tanggung biawak yang mental?

Now rasa indah..wait je la setahun dua lg yach
Quote idakamaruddin 13-7-2019 01:53 PM
apa pun tahniah la.. dh jodoh kan kita paham la.. cuma hrp bini kuat la sbb dh tau laki sakit.. jgn jd mcm forummer sorang tu laki mental bini meluahkan kt forum pastu dpt plak mentor bini org yg birah ajar menggatal ngn jantan
Quote insulin 13-7-2019 03:41 PM
idakamaruddin replied at 13-7-2019 01:53 PM
apa pun tahniah la.. dh jodoh kan kita paham la.. cuma hrp bini kuat la sbb dh tau laki sakit.. jgn  ...

Siapa pula tu?
Quote insulin 13-7-2019 03:43 PM
Sakit mental tapi pandai juga main twitter ya....
Quote diss69 13-7-2019 04:30 PM
Sesama normal pon mcm2 kerenah masing2..
Quote ihtisyam1 13-7-2019 04:59 PM
Laki ni keja Tak, kawen senang je.... Sanggup ke hadap tiap tiap hari....
Quote yuki812 13-7-2019 05:17 PM
semua org ada sakit mental..
tgk lah hidup kita ni jap nangis..jap emo..kang jap lg sepak ank..
kang jap lg meroyan sana sini.
kucing lintas dpn mata pon tak bersalah pon dimakinya...
Quote Sazida 13-7-2019 05:36 PM
Jarang org mengaku diri sendiri gila.., rasanya dia ni takde la teruk sgt mental illness. Sbb masih lagi boleh bersocmed dan masih ada rasa nk kawen pulak tu., pd iols dia ni cuma kesunyian jah.   jahat tak statement aku
Quote doubleA 13-7-2019 07:08 PM
Bagus la, harap suami pun tolong isteri dia sama dah isteri sanggup berkorban tu
Quote NoraAnne 13-7-2019 08:20 PM
Edited by NoraAnne at 14-7-2019 12:49 AM

Banyak kes kelar, sembelih bunuh  ahli keluarga sndiri ni jenis skt mental skizo ni, jenis yg berfantasi dan cepat marah. Bahaya la. Mcm mana lah pmpn ni setuju kawin last2 nanti jadi mcm yg kat kedah tu suami tak kerja, anak 5 org, hidup susah.dua2 tak kerja.  bila laki tu dtg angin dia larilah si bini ngan anak anak ke rumah sedara mara. Yelah mental kan.  Aku ckp ni bukan skeptical tapi dah byk kot kes , yglaki ni pon pmpn ni dah terima tak payah la canang canang kat socmed, nak semua org tau ke ko skt mental, pastu kawan2 keluarga bini ko pon dari taktau, tau dia kawen ngan laki sakitmental, kesian wife ko.ko Sakit2 mental pon pandai bertwitter bagai yer mengurat pmpn hurm
Quote susukambingbest 13-7-2019 08:52 PM
Moga dipermudahkn smuanya. Sbb dah kawin kan. Apapun dik, akk rasa prkhwinan ni bkn kptusan yg baik utk psakit mental. Seriusss sgt2 xelok

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.108614 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top