CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Kelab Malam Halal, Arab Saudi Anjur Festival Muzik Antarabangsa Pula

15-7-2019 09:48 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4416| Komen: 15|Original author: Oleh: natrahn


 


Selepas kontroversi pembukaan kelab malam halal di Arab Saudi yang dikecam hebat pada 13 Jun lalu, nampaknya kerajaan Arab Saudi 'buat hal' lagi apabila dilaporkan bakal menganjurkan festival muzik antarabangsa yang menampilkan barisan artis terkenal di dunia pada musim haji kali ini. 

Festival ini dikhabarkan merupakan salah satu pelan pembaharuan Putera Mahkota Mohammed bin Salman dalam usaha memodenkan negara itu.
 

Raed Abuzinadah, Ketua Pengarah Jeddah Season  dan Robert Quirke, President ROQU Media International semasa sidang akhbar Jeddah World Fest

Menurut Harpers Bazar Arabia, Jeddah World Fest dijadual berlangsung pada 18 Julai 2019 di Stadium KASS (King Abdullah Sport Stadium), Jeddah. Festival muzik antarabangsa ini merupakan festival muzik yang mendapat liputan secara langsung oleh MTV dan merupakan yang terbesar pernah diadakan di Arab Saudi buat julung-julung kalinya. 

Sebuah pentas dengan saiz 100 meter lebar, 18 meter tinggi dan kedalaman 50 meter dibina khas untuk acara ini dan seterusnya menjadikan ia sebuah panggung muzik terbesar pernah dibina di Timur Tengah.  

 
Nicky Minaj telah menarik diri daripada menyertai festival ini atas sokongan beliau 
pada golongan LGBTQ, hak wanita dan kebebasan bersuara dalam kerajaan konservatif

Festival ini dilaporkan bakal membawa penyanyi Liam Payne dan DJ Steve Aoki serta beberapa barisan artis antarabangsa terkemuka lain untuk melakukan persembahan di stadium tersebut.
 

 


Memandangkan acara yang pertama seumpama ini bakal berlaku di bumi kelahiran Islam, festival ini mendapat bantahan Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim). 

Menurut Mapim, amat malang sekali apabila para ulama di bawah kerajaan Arab Saudi membisu sehingga tidak kedengaran sebarang suara menegur Raja Salman kerana buat kali pertamanya membenarkan acara seperti ini diadakan di atas bumi yang berdirinya dua masjid suci umat Islam iaitu Masjidil Haram (Kaabah) di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. 


Presiden Mapim - Mohd Azmi Abd Hamid

Presiden Mapim berkata para ulama tidak seharusnya berdiam diri dalam isu ini dan berusaha menegur agar tanah suci itu tidak dicemari budaya jahiliah. Lebih parah, Jeddah adalah termasuk dalam kawasan miqat Haji dan kini musim para jemaah Haji dari seluruh dunia sedang berpusu-pusu untuk menunaikan haji pada musim ini dan jarak antara Mekah dan Jeddah hanya 50 kilometer.  

Mohd Azmi menggesa para ulama seluruh negara mengadakan sidang khas membincangkan tindakan yang perlu diambil bagi menegur Arab Saudi serta menggembleng umat Islam untuk bangkit bersama menentang pencemaran ke atas tanah suci ini.
 
Namun, Arab Saudi mendakwa festival itu selaras dengan undang-undang negaranya dan bebas arak serta dadah. Semoga kerajaan Arab Saudi dapat mengkaji semula kesesuaian membuat festival sebegini di masa akan datang. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 15-7-2019 09:52 AM
all out ya saudi skarang.. maybe konsep alang2 dajjal dah nak kuar nie, better lah msuk gear 5 trus tuk aktiviti2 jahiliah kt jeddah nun. time is running out..
Quote ainashiqa 15-7-2019 11:05 AM
Takut lak aku baca  news mcm ni.. Mmg la kiamat da terlalu hampir
Quote melinda_kerr 15-7-2019 11:07 AM
Bknke kena kecam juga sbab konsert bts? Dasyat ek depan skrang.. hehe
Quote kelana36 15-7-2019 11:11 AM
Sapa berani sanggah raja raja kat arab Saudi. Hukum mati terus.
Quote MissVixen 15-7-2019 11:18 AM
Raja2 ni dah penat nak naik jet untuk berparti. sekarang buat di negara sendiri je.
Quote Kurex 15-7-2019 11:26 AM
Ulama sini pun membisu jugak lagi2 ulama wakanda dinda
Quote Melorqe 15-7-2019 11:34 AM
apo nak jadi la tok arab ni sekelian.
Quote chicozinn 15-7-2019 11:40 AM
petanda kiamat nak dekat kot ni..Allahu..masalahnya time musim haji tu..elok putera salman tu kena petir je la biar waras skit otak dia tu..nicky minaj siap dipanggil bukan bisher2..
Quote crazybeach 15-7-2019 01:37 PM
nampak pelik jah hidung steve aoki tuh. nose job gone wrong kah. si liam pulak napa nampak very the gayah
Quote pyropura 15-7-2019 03:18 PM
Elok ler start boikot buat  haji umroh semua. Tanah Saudick dah tak.suci lagi, dah sama macam Puchong atau Jalan Alor jah
Quote J4I 15-7-2019 07:21 PM
Tak lama dah tu. Mungkin suatu hari nanti kita akan lihat kejatuhan kerajaan Saudi pulak.
Quote Dwdrum 15-7-2019 07:38 PM
steeeve aooooki

sangat menjadi hasil brainwash oleh lobai jumud tentang kiamat pada ummah malaya.... ber cucuran airmata sambil minta ke jatuhan negara islam lain....

arab saudi akan lebih maju ada untuk tourist melancong selain lobai dan lobainita..

keepit up..amerikaaa
Quote RatuDunia94 15-7-2019 08:31 PM
Adakah buat konsert tu guna duit hasil org melancong ke mekah madinah etc saban tahun tu??
Quote slavehunter 16-7-2019 12:16 AM
Jeddah tu memang ada kawasan expat dan ada bar lama dah. I seram la dengar tanda2 tanah suci dah moden ni.
Quote puteralilin 17-7-2019 09:31 AM
Putera Mahkota Mohammed bin Salman ni mmg nampak sgt cilake dia,...lagi mampos klu dia jadi raja nnt, bapak dia pun nampak cam x lama dh tu...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.041215 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top