CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ingatkan Hantu..." Misteri Penampakan Nenek Tua Berjalan Di Wad Pukul 2 Pagi Terjawab

11-7-2019 03:15 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 11544| Komen: 39|Original author: Oleh: intan

Jika kita pernah terpaksa bermalam di wad pasti ada rasa seram sejuk sikit kan apabila malam menjelma. Yalah, hospital kan tempat orang sakit malah mungkin katil yang kita inap itu pernah berlaku kematian suatu ketika dahulu. 

Semalam, tular di media sosial Twitter apabila gambar yang memaparkan seorang wanita tua yang kelihatan berjalan terbongkok-bongkok di dalam wad pada jam sekitar 2 pagi. 

Yang menjadi punca kekecohan apabila gambar itu dikatakan diambil oleh doktor yang bertugas dan doktor tersebut bertindak menegur wanita tua itu tetapi tidak mendapat sebarang respon. Yang menambahkan lagi perasa, wajah wanita tua tersebut agak menakutkan dan kelihatan seperti hantu.

Tambah doktor tersebut, wad tersebut tiada warga emas yang ditahan dalam wad tersebut lantas mengaitkan dengan perkara misteri di hospital yang terletak di Negeri Sembilan itu.


Gara-gara gambar tersebut, kecoh seketika laman twitter kerana sekali imbas, memang menakutkan jika benar ianya hantu. Namun, ada juga yang tidak setuju dengan tindakan memuat naik gambar tersebut kerana hal sebenarnya, 'hantu' tersebut memang benar pesakit di dalam wad itu. Macam-macam!


Perkara ini didedahkan sendiri oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan apabila mereka tampil memberi penjelasan dan mengesahkan kelibat wanita itu sememangnya salah seorang pesakit di hospital itu di laman Facebook.

Jabatan Kesihatan menyelusuri posting mereka juga meminta jasa baik mana-mana pihak yang memuat naik mengenai perkara tersebut supaya memadam demi menjaga privasi pesakit dan waris warga emas yang terlibat. - CARI 
3

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 11-7-2019 03:17 PM
Sekali imbas memang nampak macam nenek kebayan huhuhu jalan terbongkok camtu.. kesiannnya
Quote greantea 11-7-2019 03:56 PM
kalo aku terserempak ngan makcik ni pkl 2 pg, aku pon pk lain gak
Quote seri_mawr 11-7-2019 04:03 PM
adeii..makcik nak kemana pagi2 jalan2 gitu....
klu pi toilet nurse tak tolong teman ke dah tua2 mcm gini..?

klu aku pun mau pengsan ni...2,3 pagi nmpk nenek ni berjalan2...
Quote LadyCarefree 11-7-2019 04:04 PM
Bangang giler la orng yng suka suka amek gmbar pastu post. Xkirala gmbar siapa sbab apa. Patot kene ada law kena denda ribu raban post gmbar orng tanpa izin. Unless kt public event ke apa.
Quote puanbintang 11-7-2019 04:17 PM
ajenya..kesian kat nenek tu tak pasal2 digelar hantu..tapi yela kalau dah pukul 2-3 pagi, mau tak meremang bulu roma kalau nampak gini rupanya
Quote cikkittydiva 11-7-2019 04:20 PM
Tapi muka dia mcm putih tu dia pakai bedak sejuk ke..
Quote LipasComel 11-7-2019 04:21 PM
org tua kan suka merayau. lagi2 yg ada penyakit alzheimer ke, demetia ke. mmg diorg paling aktif malam. siang tido pulak kdg2 tu. malam2 kalau tak melolong, dia merayau. arwah ayah i dulu nasib lumpuh pinggang ke bawah. kalau tak dia pun merayau sampai entah ke mana. pukul 3 pagi dia duduk depan pintu kata nak tunggu doktor. pastu jerit "tolong2". sabo je la.
Quote sarah82 11-7-2019 05:41 PM
Bagi aku yg selalu lepak wad ni.. Aku mengantuk.. Aku tido.. Lantak la bunyi apa pun.. Dah tempat berdarah dan org sakit.. Opkos la byk gangguannya.. Cuma x patut snap dan viral tanpa confirm betul ka tu manusia or makhluk yg tak berfaedah..
Quote cikatilia 11-7-2019 05:49 PM
celaka tol sapa yg suka nau nak viral tak sudah2

ko imagine tu nenek/ makcik/ emak sapa2
tup2 anakdia nampak viral tu

elok la disaman kaki gila viral tuh
Quote kaklong32 11-7-2019 05:50 PM
sian nenek ni x pasal2 viral
tapi yela ai kalo nmpk mlm2 gini harus la pikir benda tu huhu
Quote sarah82 11-7-2019 05:50 PM
seri_mawr replied at 11-7-2019 04:03 PM
adeii..makcik nak kemana pagi2 jalan2 gitu....
klu pi toilet nurse tak tolong teman ke dah tua2 mcm ...

Rasanya nenek ni pi ambik air.. Kalau ikut design wad sama mcm Sultanah Bahiyah bilik air kat tepi menghala nenek tu berjalan.

Kalau ada waris jaga sepatutnya waris yg teman nenek ni ke tandas atau ambik sendiri air kat pantry.
Quote angel.dust 11-7-2019 06:22 PM
Kesian nenek. Tetiba viral pulak. koajaq kan disuspeknya hantu.
Quote donashikun 11-7-2019 06:54 PM
Tp sekali tengok mmg menakutkan gmbr ni.. Terasa meremang plak..
Quote cikbawang237 12-7-2019 09:40 AM
hahahaha sian nenek ni tak pasal2 viral
Quote supernaturalee 12-7-2019 09:51 AM
Yang menjadi punca kekecohan apabila gambar itu dikatakan diambil oleh doktor yang bertugas dan doktor tersebut bertindak menegur wanita tua itu tetapi tidak mendapat sebarang respon. Yang menambahkan lagi perasa, wajah wanita tua tersebut agak menakutkan dan kelihatan seperti hantu.



motif dr tu kata xtau
kot iye pun die br bertugas
xde ke nk check utk confirmkn list patient yg ada dlm wad tu

Quote namieamuro 12-7-2019 11:02 AM
sape pulak rajin snap gambar dlm wad ni..dah tu pi lak viralkan..bijak btl..

kalau i kat situ, mau berpeluh jugak la tgk kelibat nenek ni
Quote sufi^_^ 12-7-2019 11:04 AM
LadyCarefree replied at 11-7-2019 08:04 AM
Bangang giler la orng yng suka suka amek gmbar pastu post. Xkirala gmbar siapa sbab apa. Patot kene  ...

Dalam kes ni, doktor yang bangang. Sebab doktor yang amik gambar ni.
Quote sufi^_^ 12-7-2019 11:05 AM
sarah82 replied at 11-7-2019 09:50 AM
Rasanya nenek ni pi ambik air.. Kalau ikut design wad sama mcm Sultanah Bahiyah bilik air kat tepi ...

Hospital Tampin, NS ni. Wad 2a atau 2b.
Quote nononcrux 12-7-2019 11:08 AM
sangap fames ke ape

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.048694 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top