CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Waduh Pak! Mengapa Bawa Ubat Kuat Ke Tanah Suci?

15-7-2019 11:31 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7033| Komen: 25|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Akhmad Jauhari menunjukkan ubat kuat dan jamu yang dirampas pihak berkuasa Arab Saudi. Kredit foto: Jawa Pos


Kebiasaannya, umat Islam yang bakal mengerjakan ibadah haji di tanah suci Mekah hanya membawa barangan yang diperlukan untuk keperluan mereka beribadah.

Lain pula halnya dengan sekumpulan jemaah haji dari Indonesia yang dikesan membawa beratus-beratus bungkusan barangan yang dicurigai oleh pihak berkuasa Arab Saudi sebaik sahaja mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz, Madinah.

Memetik laporan Jawa Pos pada 13 Julai, sebahagian besar daripada barangan yang dirampas adalah 'ubat kuat' yang terdiri daripada 633 bungkus jamu untuk tenaga batin lelaki, enam bungkus jamu rapat wangi dan pelbagi jenis jamu yang lain.


Turut dirampas adalah 65 kotak rokok dan beratus-ratus paket minuman segera. 

Pihak berkuasa Arab Saudi merampas ratusan barang mencurigakan yang dibawa oleh bakal-bakal hari dari Indonesia sebaik sahaja mereka tiba di Lapangan Terbang Putera Mohammad bin Abdulaziz, Madinah (gambar hiasan). Kredit foto: DetikNews

Ketua penyelia jemaah haji Indonesia di Madinah, Akhmad Jauhari memberitahu, pihak berkuasa Arab Saudi menyita semua ubat tradisional berkenaan kerana maklumat kandungan tidak dipamerkan pada bungkusan. 

"Mengapa jemaah haji membawa jamu rapat wangi dan lain-lain? Kalau bawa minyak angin, parasetamol atau ubat mengurangkan sakit dan jumlahnya wajar, ya tidak ada masalah," jelasnya.

Menurut beliau, rokok pula dirampas kerana dibawa masuk melebihi had 20 bungkus yang dibenarkan sekali gus dicurigai sebagai barang dagangan.

Pihak berkuasa Arab Saudi seterusnya menyerahkan semua barangan yang dirampas kepada jawatankuasa penyelenggara ibadah haji Indonesia di Madinah.

Manfaatkan sepenuhnya kesempatan berada di tanah suci Mekah dan Madinah untuk melakukan amal ibadah (gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google

Akhmad menegaskan, semua barangan yang berada dalam simpanan pihaknya tidak akan dipulangkan kepada bakal-bakal haji terbabit.

Bila berada di tanah suci, beri tumpuan kepada amal ibadah dan bakal haji seharusnya 'berehat' seketika daripada melakukan aktiviti yang memerlukan ubat kuat. - CARI

2

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 15-7-2019 11:52 AM
Bisnes kat tanah suci?
Quote Melorqe 15-7-2019 11:55 AM
dah semestinya la tu
berbisness
mula2 bawa sample
lepas tu pos je.
Quote zulka 15-7-2019 11:56 AM

yup, sure...
Quote zulka 15-7-2019 11:57 AM
kalau nk kata kegunaan sendiri, bukan tidur sama dgn isteri pun...bilik lain2
Quote sqlite3 15-7-2019 11:58 AM
rapet wangi?
Quote hussaini4675 15-7-2019 12:01 PM
Mungkin peniaga Indonesia kat sana yang kirim. Sekali kat airport kena geledah pulak.
Quote chinta89 15-7-2019 12:26 PM
kalau bawak ubat keperluan diri pun, perlu dlm kuantiti sewajarnya. kalau penuh beg/jumlah mencurigakan, mmg mendapat la.. inikah pula jamu2 rapat dan ubat kuat?

nak kuat ape, nk rapat ape... suami isteri bilik asing2.
Quote lipans 15-7-2019 12:40 PM
apa yg nak dikuatkan time haji?
Quote palmolive 15-7-2019 12:41 PM
COD kat mekah la tu
Quote bulan_gerhana 15-7-2019 12:53 PM
"Mengapa jemaah haji membawa jamu rapat wangi dan lain-lain? Kalau bawa minyak angin, parasetamol atau ubat mengurangkan sakit dan jumlahnya wajar, ya tidak ada masalah," jelasnya.

Menurut beliau, rokok pula dirampas kerana dibawa masuk melebihi had 20 bungkus yang dibenarkan sekali gus dicurigai sebagai barang dagangan.


ni utk meniaga ni... bukan nak buat haji betul2.. maybe bwk stok utk sedara mara kat sana kot.. hehhehe

Kat indon ade badan yg mengurus jemaah ke.. x rasa ade kan... x de yg sama cam tabung haji kan..

la hai... jamu rapat lagi kau... nnti dlm ihram kot hadoi
Quote RatuDunia94 15-7-2019 08:02 PM
Ada yg kirim la tu.. ummah indon ramai kan yg stay sana..
Quote batmana 15-7-2019 09:06 PM
dia bukan jual ubat aja, tapi jual masakan pun ada
wat cam gerai
Quote selipar_hijau 15-7-2019 09:10 PM
Ya awloh kok bisa gitu
Quote sidewinder 16-7-2019 06:44 AM
Main curi2 bagai melepaskan batuk ditangga.....tak pun nak terai ngan pak arab bg yg perempuan....yg laki lak nak terai awek arab....tp benda ni biasa  utk org indon
Quote Bedah.Cun 16-7-2019 08:48 AM
Jamu ngehooh bikin jualan iya wak
Quote Mfzg89 16-7-2019 09:55 AM
cari market kat arab ler tu...mcm korng la g indo g borong baju melayu indon pastu balik jual kt sini katanye fesyen terkini...
Quote yuki812 16-7-2019 10:05 AM
takkan nk jual kat pak arab kot..masuk market sana..
pak ereb  ni bkn sememangnya kuat2 belaka kan..
Quote Malaysia.Doom 16-7-2019 11:25 PM
Mfzg89 replied at 16-7-2019 09:55 AM
cari market kat arab ler tu...mcm korng la g indo g borong baju melayu indon pastu balik jual kt sin ...

Melayu panggil Baju Melayu Moden...Kat Indon panggil Baju Koko
Quote Pink_Purple 16-7-2019 11:32 PM
indon   indon..            

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.200432 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top