Bermula 23 Julai sehingga 26 Julai ini, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual. Antara Kawasan yang terlibat adalah Pantai Dalam, Bukit Melawati, Ampang Jaya dan Ukay Perdana.
Menurut Pengurusan Air Selangor, gangguan bekalan air ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1. Penambahbaikan ini adalah betujuan untuk meningkatkan mutu sistem bekalan air kepada pengguna di Kuala Lumpur dan Selangor. Bekalan air akan ditutup bermula jam 9 pagi pada 23 Julai ini di beberapa kawasan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Buat pengguna yang mahu periksa lokasi yang terjejas dan jadual gangguan air, anda boleh berbuat demikian dengan melayari laman rasmi Syabas, http://www.syabas.com.my atau memeriksa maklumat di Aplikasi 'Air Selangor' di App Store atau Google Play. Buat mereka yang terjejas, jangan lupa untuk menyimpan bekalan air! - CARI |
koko2 replied at 18-7-2019 11:54 AM
Daerah Sepang kena tak? Spesifik area SG. MERAB...
Mohon jawaban SEGERA.. Tq
intan_smsb replied at 18-7-2019 10:46 AM
aritu tu ganguan bekalan air jugak
sungguh2 meols tadah air, air mandi, air masak air minum
elok j ...
hafiz.ahmad replied at 18-7-2019 05:50 PM
Sedih betul KL /Selangor ni asyik ada masalah je hahaha
MissCarcosa9753 replied at 20-7-2019 10:07 AM
Ditangguhkan
ADVERTISEMENT