CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwa Difitnah, Zamihan Saman Mufti Perlis RM2 Juta

17-7-2019 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2467| Komen: 6

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin dilaporkan memfailkan saman fitnah terhadap Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Dia juga menuntut ganti rugi RM2 juta kerana mufti itu dikatakan telah mengeluarkan ucapan berbaur fitnah berhubung jawatan dan kerjayanya. 

Sinar Harian melaporkan Zamihan memfailkan saman itu melalui Tetuan Azam Aziz Shahrudinali & Co di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 2.30 petang semalam. 

Kredit foto: Carian internet

Difahamkan, Zamihan mendakwa Asri ada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya sebanyak dua kali melalui artikel bertajuk 'Bukan Perlis sahaja' dan diterbitkan pada 14 Oktober 2018 dan sesi forum SOSM yang bertajuk 'Siapa Pengganas & Potensi salahguna Kuasa' di Petaling Jaya pada 9 Februari lalu. 


Antara lain, kenyataan fitnah itu didakwa membawa maksud dia tidak berkelulusan dalam bidang syarak, akidah dan hukum Islam serta didakwa seorang pengganas. 

Akibatnya, dia mendakwa dirinya difitnah teruk dan dipandang hina di mata masyarakat. 

Selain ganti rugi am RM2 juta, Zamihan turut menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta permohonan maaf. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bersotong 17-7-2019 04:59 PM
kapir2 leh nginzal thread ni
Quote Zalimohd 17-7-2019 06:21 PM
Zamihan pun sekali tgok cam taliban pun ada.. Bahasa pun cam penganas
Quote Rob07 18-7-2019 02:51 AM
Bila laaa nak habis kes saman menyaman sesama melayu nih.. adoiii{:stress
Quote Chairman 18-7-2019 09:32 AM
rm2j wooo...sampai pencen x abes makan tu..provided ko tak berjoli sakan la
Quote gigi 18-7-2019 10:51 AM
zamihan ni pon cermin2 kan muka tu
Quote duffyduck 6-9-2019 06:48 PM
kalau dia bukan dr zamihan & bukan dr maza pon aku sokong saman.
aku x gemor sikap manusia nak naik tp jatuhkan org, cerita buruk org instead of cerita kekuatan diri

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.084158 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top