CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

A Aida Tidak Sempat Melihat Jenazah Kakak, Terlibat Pula Kemalangan

18-7-2019 09:17 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 12378| Komen: 66|Original author: Oleh: Top5

Pelakon dan penerbit Datuk A Aida mengalami kerugian hampir RM 70,000 setelah kereta Ford Mustangnya terbabas ketika dalam perjalanan ke  ke kampung di Jertih kerana kematian kakak sulung Jumaat lalu. 


Akibat daripada kemalangan yang berlaku, Aida tidak sempat pulang ke kampungnya untuk melihat jenazah arwah kakaknya buat kali terakhir.

Memetik laporan Sinar Harian, dia masih lagi trauma dengan kejadian itu kerana itu kali pertama dia mengalami kemalangan sejak mula memandu kereta.

"Sehingga kini saya masih trauma dengan kemalangan yang berlaku kerana itu merupakan insiden pertama dalam hidup saya sejak mula memandu ketika berusia 20 tahun.

"Ketika kejadian saya cuma memandu dalam kelajuan 50 kilometer sahaja dan tidak tahu bagaimana kenderaan saya boleh hilang kawalan hingga terlanggar pembahagi jalan kiri dan kanan.




Kos membaik pulih kenderaan pula mencecah RM70 ribu.

"Kos untuk membaiki kenderaan tersebut mencecah hampir RM70,000 kerana yang mahal untuk dibaiki semula adalah beg udara kereta.

"Namun, itu semua anggaran yang diberikan pada saya kerana saya masih belum mendapat harga sebenar tentang jumlah kerosakan yang dialami," katanya. 

Aida terbabas di Kilometer 390, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil, Terengganu, ketika dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Jertih kerana kematian kakak sulung Jumaat lalu. - CARI 
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bungaapi 18-7-2019 09:24 AM
Innalillah. Takziah atas pemergian kakaknya dan mengalami kecelakaan jalan raya. Semoga dipermudahkan.
Quote umbut 18-7-2019 09:29 AM
Insuran cover kan.
Quote awanysss 18-7-2019 09:35 AM
takziah....
Quote kucingitam 18-7-2019 09:36 AM
kenapa gambar dia kat kereta tak nampak dia macam trauma? rugi beli mustang tapi bawa 50km/j je..
Quote mieymiey 18-7-2019 09:37 AM
Sempat lagi sheols pose cenggitu.
Apa pun, takziah atas pemergian kakak dan takziah atas kemalangan.
Quote toxicated 18-7-2019 09:38 AM
Motip sempat pose gembira? Nak ckp kete mahal kan, repair mahal, segala2nya mahal. Pdhal patut sedih kakak meninggal.
Quote noodle.baby 18-7-2019 09:40 AM
Motif boleh posing gumbira bagai.
Kakak mati kot.
Ko pun katanya trauma baru lepas eksiden.
Propaaa la cyst.
Quote sweetgirl 18-7-2019 09:48 AM
mieymiey replied at 18-7-2019 09:37 AM
Sempat lagi sheols pose cenggitu.
Apa pun, takziah atas pemergian kakak dan takziah atas kemalangan ...

hahahaha i baru nak ckp... motif sheollsss pose camgitu... cam x sedih pun rhupa dia
Quote lasagna 18-7-2019 09:51 AM
kete hampir setengah juta, bwk 50km/h JERRRRR??
Quote boojaat 18-7-2019 09:54 AM
kucingitam replied at 18-7-2019 09:36 AM
kenapa gambar dia kat kereta tak nampak dia macam trauma? rugi beli mustang tapi bawa 50km/j je..

150km/j kot.. hahahahha.. tipu la kalau dia bawa 50km/j d highway
Quote mieymiey 18-7-2019 09:54 AM
sweetgirl replied at 18-7-2019 09:48 AM
hahahaha i baru nak ckp... motif sheollsss pose camgitu... cam x sedih pun rhupa dia

Statement pun macam nak highlightkan pasal kereta mahal jer
Quote miminn 18-7-2019 09:56 AM
yang gambar dengan kereta tu dah kenapa? tak nampak trauma pun.
Quote Eliadaisy83 18-7-2019 09:57 AM
Dia ni lebih kepada sedih kereta mahal dia rosak berbanding kematian kakak dia
Quote Sachacha 18-7-2019 09:57 AM
Trauma katanya tapi sempat pose lagi
Quote kucingitam 18-7-2019 10:00 AM
boojaat replied at 18-7-2019 09:54 AM
150km/j kot.. hahahahha.. tipu la kalau dia bawa 50km/j d highway

hahah..tu lah..maibi gelak je potong acik mustang..

Quote ctushichan 18-7-2019 10:08 AM
innalillahiwainnailaihirojiun...
Posing dia tak nampak mcm trauma..
Quote annadonna 18-7-2019 10:27 AM
Semua korang nak control ek netizen! habis korang nak dia pose macamana???
Quote LolaRosa 18-7-2019 10:46 AM
Innalillah..
Quote SherryZass 18-7-2019 10:50 AM
Ohh, gitu ya posing dalam keadaan trauma
Apa2pon, Takziah acik Aida

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.152647 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top