CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Che Puan Khaleeda Dipuji Rakyat, Pilih Untuk Bersalin Di Hospital Kerajaan

18-7-2019 09:55 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 29542| Komen: 222|Original author: Oleh: Myeonir

Seperti yang kita ketahui, Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menimang anak ketiganya kelmarin.

Selepas selamat melahirkan putera kedua mereka itu, Che Puan Khaleeda telah pun pulang ke kediamannya untuk memulakan sesi berpantang.


Kredit foto: Instagram
Walaupun masih penat masih bersisa selepas bertarung nyawa melahirkan bayinya itu, Che Puan Khaleeda sempat mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kerana banyak membantunya semasa proses bersalin.



Kredit foto: Instagram
Menerusi entri itu, ramai netizen yang memuji Che Puan Khaleeda yang merendah diri kerana memilih untuk bersalin di hospital kerajaan walaupun beliau boleh memilih hospital swasta yang lain.

Kredit foto: Instagram
Rupanya ada wad diraja di HSA. -CARI
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 18-7-2019 10:01 AM
TT....bukan rupanya ada...kebanyakan hospital besar akan ada wad diraja hokey??adoiiiii
Quote gadis_tulip 18-7-2019 10:04 AM
Sedihnya la raykat maheran yang taktau spital gomen ade wad diraja. Wad diraja nie bukan nye cam wad raykat maheran biasa. Lagi mewah dari spital private kot. Adoiii
Quote prizadane 18-7-2019 10:05 AM
Edited by prizadane at 18-7-2019 10:08 AM

Ya ampun, mostly hospital kerajaan yang besar memang ada ward diraja la. Hospital shah alam ni pun ada ward diraja. N tolong ingat, ward diraja hospital gomen ni lagi mewah dari hospital private ye dari segi servis n infrastructure. Korang ingat CPK beranak duduk kat ward kelas 3 cam rakyat marhaen?
Quote Xim 18-7-2019 10:06 AM
prizadane replied at 18-7-2019 10:05 AM
Ya ampun, mostly hospital kerajaan yang besar memang ada ward diraja la. Hospital shah alam ni pun a ...

Patutla dlm gmbr nmpk lawa je bilik tu . He5
Quote tikusmontok 18-7-2019 10:09 AM
Masuk wad marhain la baru puji
Quote NazRysha 18-7-2019 10:10 AM
awat la netizen bodoh mcm keldai
Quote prizadane 18-7-2019 10:12 AM
tikusmontok replied at 18-7-2019 10:09 AM
Masuk wad marhain la baru puji

Takkan helang nak duduk 1 ward dengan pipit? Hahahha
Quote lyza2474 18-7-2019 10:12 AM
kesian ko dikkk....  
Quote awanysss 18-7-2019 10:13 AM
walaupun hospital kerajaan tp facilities dia lg helokkkk dr private.. dia bersalin kat wad diraja.. bukan berhimpit2 mcm marhaen
Quote Meiizu 18-7-2019 10:23 AM
tanganku ni gatal sgt takleh tahan nak komen..sanggup log in ehhhh hellllo tu bukan humble, korang ingat dia mcm korang ke?? wad dia masuk tu bukan macam kamu ngertiii. tulaaaaa orang suruh belajar pandai2 tak nak, sebok nak kawin awal ja tau
Quote coco 18-7-2019 10:26 AM
bodohnya siapa yang cakap humble.  wad dia wad di raja.   serba serbi hebat.  mengalahkan wad VIP sepital swasta.  tengok la nurse2 yg handle dia... semua pun uniform warna .... staff nurse and matron je... mana ada yg pangkat2 bawahan handle.
Quote coco 18-7-2019 10:27 AM
prizadane replied at 18-7-2019 10:12 AM
Takkan helang nak duduk 1 ward dengan pipit? Hahahha

kaaann.... helang mesti la dok wad helang... tapi yang pelik pipit pipit ni masih la dok berkicau helang tu merendah diri.
Quote prizadane 18-7-2019 10:32 AM
Meiizu replied at 18-7-2019 10:23 AM
tanganku ni gatal sgt takleh tahan nak komen..sanggup log in ehhhh hellllo tu bukan humble, kor ...

Iols faham kegatalan tangan uols waktu baca komen-komen tersebut.. kekeke.. eh, dia beranak siap ada doula okay.  Rakyat marhaen nak bawak doula ke wad bersalin gomen,  kena jegil bijik mata n kena halau dek nurse n doctor..
Quote jalfa 18-7-2019 10:33 AM
Biarlah cp nak ambel and oned...kang dia mintak nak bersalin kat The portland kang..korang jugak x cukup tangan nak tekan kibod nk membawang
Quote sfrnna 18-7-2019 10:33 AM
Wad diraja laaaa. Apa yang humble nye pon taktau... Wad kelas 1 pun x dipandang okee.
Quote Jiyongie88 18-7-2019 10:39 AM
Wad Diraja HSA memang cantik la. Much better than private hosp pun. Tapi ni bukan humble since wad Diraja bezanya mcm langit dgn bumi dgn wad2 lain kt govt hosp
Quote kucingitam 18-7-2019 10:56 AM
bbnu sangat marhaen...tak pernah gi spital barangkali tak tau wujudnya wad diraja kat hospital nu..
Quote kucingitam 18-7-2019 10:57 AM
prizadane replied at 18-7-2019 10:32 AM
Iols faham kegatalan tangan uols waktu baca komen-komen tersebut.. kekeke.. eh, dia beranak siap a ...

harap doula dia bukan yang ada kes di jb itu hihi

Quote siticat 18-7-2019 11:04 AM
semoga anak raja yang baru ni ikut kebijaksanaan papanya, sayang dan prihatin akan nasib dan isu isu rakyat

hati bersih, jiwa murni juga pemurah dan selalu bersama rakyat

daulat tuanku



Lihat semua komen(222)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.114611 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top