Seperti yang kita semua tahu, masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa kini sangat membimbangkan. Mana tidaknya, hampir setiap bulan pasti ada isu atau video yang tular melibatkan anak muda di negara kita. Antara isu-isu yang berkaitan dengan remaja kini adalah kes buli, seks bebas dan kes dadah.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan seorang gadis memijak kitab suci Al-Quran. Video yang berdurasi selama satu minit itu dipercayai berlaku di Kelantan, kerana dialek yang diborakkan di dalam video tersebut adalah dialek dari negeri itu. Video itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata marah akan tindakan itu, namun ada juga yang berpendapat bahawa gadis yang memijak Al-Quran itu hanyalah mangsa buli rakan-rakan.
Semoga video ini disiasat dan pesalah yang sebenar diberi hukuman yang setimpal agar boleh dijadikan pengajaran buat anak muda di luar sana. Berfikir sebelum bertindak! - CARI |
ADVERTISEMENT