Makanan segera memang sedap dijamah tambahan ketika sedang lapar yang amat sangat. Tapi kadang-kadang tu bergantung kepada nasib juga dapat makanan yang tepat dengan citarasa. Misalnya, hendak bahagian paha tetapi dapat dada ayam. Kecewa sungguh! Seorang wanita bernama Ernie Mah telah berkongsi foto memaparkan dua ketul ayam KFC yang kelihatan sungguh sedih sekali keadaannya. Beliau membeli hidangan tersebut yang terdiri daripada dua ketul ayam dan kentang lenyek dengan harga S$7.95 (RM24.40) di Hillion Mall, Singapura. Menurutnya, ketika melihat saiz dua ketul ayam tersebut yang kelihatan sangat 'kurus', beliau meminta staff KFC cawangan tersebut untuk menukar dengan saiz yang lebih besar.
Ternyata,'posting' tersebut tular di media sosial dan membangkitkan perbincangan dalam kalangan warga net. "Bayar $7.95 untuk 2 ketul ayam KFC di Hillion Mall" "Minta Kelvin T, salah seorang staff untuk tukar peha ayam kepada saiz lebih besar tapi tidak boleh" Namun permintaan Ernie itu ditolak atas dasar polisi syarikat. Polisi restoran berkenaan hanya membenarkan satu ketul ayam saiz besar dan satu lagi bersaiz kecil diberikan kepada pelanggan. Namun, foto yang dimuatnaik menunjukkan dua ketul ayam di mana salah satunya adalah paha ayam yang sangat kecil saiznya. Malah, staff KFC tersebut lupa pula untuk memberinya sudu untuk hidangan kentang lenyeknya! Boleh cetus kemarahan kalau tengah lapar ni. Anda ada pengalaman macam ini di restoran makanan segera? Kongsikan kepada kami.- CARI
|
moonbug replied at 19-7-2019 10:40 AM
Yang penting box besar
azwanaliori replied at 19-7-2019 10:42 AM
Klu aku bayar utk makanan tu aku ada hak utk pilih ayam mana aku nak.
ADVERTISEMENT