CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Selepas Mawar-Fizo Bercerai, Warganet Bahas Isu 'Rumah 2 Permaisuri' Pula

22-7-2019 10:34 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 20181| Komen: 65|Original author: Oleh: HakirRahman

Kecoh perceraian Fizo Omar dan Mawar Karim sampai nama ibu Fizo terheret sama. Tetapi, kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku dalam kisah rumah tangga orang, jadi kita doakan sajalah yang terbaik untuk semua. 


Bagaimanapun, yang membingungkan sebenarnya adalah isu duduk serumah dengan mentua selepas berkahwin. Lebih panas daripada isu hantaran kahwin RM15,000 atau isu video menteri. 

Rata-rata kaum hawa menyatakan sokongan kepada Mawar, memberitahu mereka faham perasaan "tidak senang" duduk serumah dengan mentua. 

Menurut seorang pengguna Twitter, dalam sebuah rumah tidak boleh ada dua permaisuri, malah mentua pun dianggap orang ketiga! Baru mentua tu, kalau madu bagaimana la kisahnya, ya? 


NAMPAK REMEH TAPI ISU BESAR
FOTO: TWITTER

Katanya lagi, selagi mentua itu sihat dan boleh menguruskan diri sendiri, eloklah anak-anak yang berkahwin hidup di rumah lain sebelum timbul apa-apa isu. Lain cerita kalau mentua itu sakit, memanglah kena duduk serumah kerana mahu menjaganya.


ISTERI PUN ADA HAK
FOTO: TWITTER

Tambahnya, ini pandangan yang tidak popular sebab mungkin ramai yang nampak macam derhaka. Tetapi, isteri pun ada hak dan tidak ramai suami yang sanggup memihak kepada isteri kalau berlawan dengan ibu. Betul juga tu, kan? Diluah mati emak, ditelan mati isteri. 


JANGAN GANGGU HAK ISTERI
FOTO: TWITTER

Tidak tinggal sebumbung bukan bermaksud tidak mampu menjaga ibu bapa. Zaman sekarang, telefon di hujung jari, jadi boleh sahaja berpindah ke rumah yang dekat, asalkan jangan rumah yang sama. Hilang privasi! 


UNTUK HORMATI HAK MASING-MASING
FOTO: TWITTER

Pendapat ini turut disokong ramai wanita lain yang lebih suka hidup berasingan bila sudah berkahwin. Sebelum wujud masalah, kita cegahlah masalah itu kan. 


RAMAI YANG MENYOKONG
FOTO: TWITTER

Jadi, para wanita setuju tak dengan pandangan ni? Dan lelaki pula, bukan mudah nak menguruskan hati wanita yang asyik memendam. Kita pun kadang-kadang tak tahu apa masalahnya, tahu-tahu dah meletup. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anarina 22-7-2019 10:48 AM
Mil aku, bila dh kawin duk serumah, kita g honeymoon perli2 kata tinggalkan dia sorang, dia takut, bila kita nak p midnight tgk wayang perli2, kdg2 tulah benda camni buat kita menantu pempuan turned off gila, br kawin sebulan 2 kot, kalau tau mmg aku xingin nak kawin tp sejenis mak pijow la pijak semut tak mati, n sama aku last kopek bergaduh mulut pulangkan balik anak dia, blm setahun lg kawin, malas aku nak berebut, nasib anak ko tau mak fulfil part lain, sampai masanya wife fulfil bahagian lain, tak sama, so handle la nikmat tu elok2, nasib baik, eh tp kalau pilih mak pun aku tak ralat sbb mcm mawar la korbankan kebahagian sbb tu MAK takleh ganti so aku pulangkan anak ko sbb tu yg terbaik, now 12 yrs alhamdulillah never ada isu suami isteria aman damai
Quote Kurex 22-7-2019 11:05 AM
Semoga dapat dijadikan bantal peluk fizo omar
Quote ziezot 22-7-2019 11:05 AM
Yup setuju! Mak aku pun nasihatkan anak2 jangan duduk dgn die lepas kawin. Pandai2 la uruskan rumahtangga sendiri. Baik buruk pasangan, sendiri je tahu. Sendiri selesaikan.
Dah ade anak pun jangan harapkan mak yg jaga. Anak sendiri, ko la jaga. Mak ko penat dah jaga ko dari kecik
Quote cikkittydiva 22-7-2019 11:05 AM
Antara doa2 aku mudahan la bila tua nanti aku x menyusahkan anak menantu. Aamiin
Quote haryatie 22-7-2019 11:07 AM
ikut keadaan masing2 lah
kalau serasi dn memahami antara mak mertua/menantu  boleh jerk duduk serumah
dlm hal ni x semua mertua jahat/x semua menantu baik
rezeki masing2
kdg2 menantu pun kena la faham kalau da itu jerk anak harapan mak mertua kena la bertahan
sgb suami kena la main peranan yg betul, dn pndai bertindak mengikut keadaan
Quote Suchi 22-7-2019 11:12 AM
cikkittydiva replied at 22-7-2019 11:05 AM
Antara doa2 aku mudahan la bila tua nanti aku x menyusahkan anak menantu. Aamiin

Kena mati awal kalau gitu, mcm arwah mak iols selalu ckp tanak hidup lama2 sampai nyanyuk sampai kena cara mkn minum lampin bagai.
So arwah mak ninggal awal la kira 60 lebih gak  umur.
Quote Boomibulat 22-7-2019 11:22 AM
Kurex replied at 22-7-2019 11:05 AM
Semoga dapat dijadikan bantal peluk fizo omar

Siapa...?     
Quote KIM.K 22-7-2019 11:29 AM
Betul..arwah bapa selalu pesan, there cannot be two queens in the same kitchen

Ibu memang syurga kita, tapi jangan jadi bendul sehingga tak nampak apa-apa kebenaran. Masih kena berfikir baik dan buruk situasi. Jangan jadi level headed, takmau fikir jauh
Quote Kurex 22-7-2019 11:32 AM

mestilah aku
Quote Boomibulat 22-7-2019 11:37 AM
Kurex replied at 22-7-2019 11:32 AM
mestilah aku

Quote chinta89 22-7-2019 11:51 AM
ramai mak2 yg suka buat drama macam mak fizo "takkan saya nak tgk rumahtangga anak sy sendiri musnah"

bak kata sorang porumer,

lelaki kalau sokong mak dia, dia salah.
kalau sokong bini dia, dia salah.

so, ko sbg anak lelaki juga seorang suami, kena pandai handle. kalau x pandai handle, ko mmg x layak kawin lagi. Jadi la anak emak sb ko hadap sgt syurga bawak tapak kaki mak tanpa sedar ko bukan ketua keluarga yg bagus malah abaikan segala hak isteri dan anak!
Quote cikkittydiva 22-7-2019 11:53 AM
Edited by cikkittydiva at 22-7-2019 12:03 PM
Suchi replied at 22-7-2019 11:12 AM
Kena mati awal kalau gitu, mcm arwah mak iols selalu ckp tanak hidup lama2 sampai nyanyuk sampai k ...


Itula..orang tua makin lama makin sensitip..hati mudah koyak..
Dpt tgk anak besar..berjaya dpt jodoh baik2 jadikla.. aku da penah rasa kot tinggal dgn mentua.. sejujurnya tak best..oppps!!
Quote mrs_salvatore 22-7-2019 12:49 PM
dulu bapak aku pun mcm ni. dh elok2 duk damansara, abg die pggl suruh duduk ngan mak diorg. so bapak aku balik la

tp nenek aku tu mmg mak mertua from hell. awal2 pun mmg nenek aku tak berkenan ngan mak aku sbb mak aku ni anak sulung, bapak pulak dah takde. mak aku suri rumah je. mcm mak aku ni kaki ngikis bapak aku la.  byk gak benda yg mak aku makan hati ngan nenek aku, masa kitorg kecik2, nenek aku tak kasik minum susu formula, sbb susu tu mahal, kasik minum kopi je. mak aku masak, nenek aku pegi buang. nk tgk tv malam2, nenek aku suruh tutup, sebab bazir letrik katenye.

skali tu mak aku ajak pindah, mak aku ugut gak bapak aku masa tu. taknak pindah die nak larik bawak anak2. bapak aku pun pindah, tp tu pun pindah sebelah rumah je. tp dulik ape mak aku, barulah mak aku rasa lega dan bahagia dah duduk rumah sendiri.

tp lelaki ni pun korg kene bijak gak, ye tau la tu mak ko, tp ko sendiri pun kene tau gak mak ko tu perangai camne. tak semua mak tu perangai mcm bidadari syurga. pandai2 la lelaki nk menilai.
Quote AznieBunnie 22-7-2019 01:00 PM
Suchi replied at 22-7-2019 11:12 AM
Kena mati awal kalau gitu, mcm arwah mak iols selalu ckp tanak hidup lama2 sampai nyanyuk sampai k ...

sorry to hear that.
arwah meninggal sbb apa ye, if you dont mind sharing.
Quote Orix 22-7-2019 01:33 PM
Suchi replied at 22-7-2019 11:12 AM
Kena mati awal kalau gitu, mcm arwah mak iols selalu ckp tanak hidup lama2 sampai nyanyuk sampai k ...

eeeee choyyyyyyyyyyy
Quote amerald 22-7-2019 01:56 PM
jangan terlalu baik dan jangan rapat sangat..
nanti makan ulam jantung semua

Quote awanysss 22-7-2019 02:10 PM
susah betul rumahtangga ni ye.
takyah kawin la camni
Quote uda 22-7-2019 02:44 PM
I pun serba salah juga.
Mak mertua nak duduk sekali.  Duduk dengan anak perempuan dia pun dia selalu complain. Pastu compain tentang setiap menantu dia. Ada aje yang tak kena. Anak perempuan dia pun tak tahan dengan mak dia sendiri sebab cerewet. Nak lauk daging aje. Pastu tak mau masak, suruh anak dia yang masak. Anak dia kerja so balik lambat, apastu compalin lambat masaklah. Bila beli makanan kat luar, dia boleh buang, dia kata tak sedap.
Isy.. macamnanalah dia nak duduk dengan I. I ni dahlah menantu yang dia paling tak suka dulu.
Quote chipsmoremore 22-7-2019 02:49 PM
awanysss replied at 22-7-2019 02:10 PM
susah betul rumahtangga ni ye.
takyah kawin la camni

tengok rezeki ko dik...bukan semua mak mertua jahat

contoh mak sis sendiri cukup baik dgn menantu perempuan walaupun menantunya kalo balik kg mcm mem besorrr... malas kedapur ngemas rumah pun x nak... bangun tido pun pun matahari dah tinggi


tapi mak sis layan makan minum serba cukup... dgn alasan mak sis x suka buat abg sis bergaduh laki bini

sebenarnya mak sis sayangkan abg tu x mau dia rasa serba salah nanti wife merajuk x nak pulak balik kg atau bercerai berai...




Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.140994 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top