CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Itu Hak Netizen Untuk Komen" - Fizo Tak Ambil Tindakan Undang-undang, Tapi Jangan Melampau!

22-7-2019 11:25 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 10087| Komen: 48|Original author: Oleh: LilRose

"Saya tidak akan mengambil tindakan undang-undang pun, itu hak netizen untuk bercakap."

Sejak kes perceraiannya dengan Mawar Karim, pelbagai versi spekulasi tersebar mengenai perceraian Fizo Omar dan bekas isteri.



Kredit foto: IG Fizo

Pelakon itu bagaimanapun tidak berniat mengambil tindakan undang-undang terhadap warganet yang membawa mulut.

Namun, itu tidak bermakna Fizo akan membiarkannya berlarutan hingga mengaibkannya dan keluarga.

"Tetapi kalau ada yang terlampau sampai mengaibkan dan memberikan kesan tidak baik, saya akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya tak mahu hubungan saya dan bekas isteri menjadi keruh memandangkan kami sudah bersepakat untuk berbaik-baik demi Maryam," katanya kepada Astro Gempak.

Tegas Fizo, dia tidak mahu terlalu memikirkan komen negatif warganet kerana enggan mengeruhkan keadaan.



Kredit foto: IG Fizo

"Saya tak mahu disebabkan kata-kata netizen baik saya dan bekas isteri bergaduh," ujarnya yang menasihati semua pihak untuk berfikiran waras dan membuat keputusan dengan bijak.

Terdahulu, segelintir pihak membuat spekulasi bahawa ibu Fizo menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan yang bercerai talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun melayari bahtera rumah tangga.

Fizo dan Mawar dikurniakan seorang puteri berusia dua tahun yang diberi nama Wan Maryam.


Kredit foto: IG Fizo

Bertabahlah Fizo sekeluarga menghadapi tohmahan dilemparkan warganet. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-7-2019 11:35 AM
Argghhh manis senyuman fizo..
Semoga dapat baring di ribaan paha fizo
Quote haryatie 22-7-2019 11:54 AM
netizen pun jgn lah beria mengutuk mak org
sendiri pun ada mak, sendiri pun nnti akan tua, sendiri pun akan ada anak
blum tentu diri sendiri akn jd mak mertua yg baik atau bgmana
blum tentu diri sendiri pun akn jd menantu yg baik



Quote Boomibulat 22-7-2019 11:54 AM
Edited by Boomibulat at 22-7-2019 12:08 PM
Kurex replied at 22-7-2019 11:35 AM
Argghhh manis senyuman fizo..
Semoga dapat baring di ribaan paha fizo


Pgi la spedo dia..
Quote rebecca_nur 22-7-2019 12:00 PM
Dah tu stop la buat pc

buat senyap  je mcm mawar dn keluarga dia  buat

Quote sonatalady 22-7-2019 12:03 PM
X nak jadi mcm tu...jgnlahh asyik bercerita aje.
Senyap sudah..lama2 hilanglah.
Quote amerald 22-7-2019 12:05 PM
daripada ambik tindakan undang-undang lebih baik kayakan mak kau
Quote Bersotong 22-7-2019 12:15 PM
niage beger ko cne fizo?
Quote KIM.K 22-7-2019 12:40 PM
Kurex: Argghhh manis senyuman fizo..Semoga dapat baring di ribaan paha fizo


Ko dulu cakap tak hencap tengok laki
Quote Kurex 22-7-2019 12:40 PM
rebecca_nur replied at 22-7-2019 12:00 PM
Dah tu stop la buat pc

buat senyap  je mcm mawar dn keluarga dia  buat

Tengok nama kau ni teringat retis nak berapa nak jadi tu. Kejap je nama dia naik lepas tu sendu sampai sekarang..
Quote shahima0909 22-7-2019 01:40 PM
lagi..lagi kisah dia ni ..
Quote caprut 22-7-2019 01:42 PM
Jdi artis xbole tahan cacian. Xpayah jdi artis kalo nk pujian. Artis malaysia sampah.
Quote MissCarcosa9753 22-7-2019 01:50 PM
Saya faham perasaan diceraikan tu mcmn bro

Sabar je lah.
...

Lain kali ceraikan dulu
Quote ira_sindarella 22-7-2019 01:58 PM
dia dok bercakap sampai sidang media hajak wartawan dtg rumah.. netizen yg kena balik.

fizooo, ko tak buat bahan. netizen pun tak hingin bercakap
Quote jijilaaa 22-7-2019 02:06 PM
aritu kata berpisah secara aman. now buat pc bagai..so dah tak aman lah ye? kahkah
Quote Cekla 22-7-2019 02:11 PM
Baru je tgk video dia yg buat prank kat mak dia hadiah kerusi ogawa 20k tu... Apa yg ko nak buktikan fizo?  Bagi dendiam tak boleh ke?
Quote fushimi 22-7-2019 02:26 PM
Cekla replied at 22-7-2019 02:11 PM
Baru je tgk video dia yg buat prank kat mak dia hadiah kerusi ogawa 20k tu... Apa yg ko nak buktikan ...

nak tunjuk heols banyak duit

konon tak harap duit kak mawar
Quote MenteriWanita 22-7-2019 02:38 PM
Aku dah ckp dekat benang sebelah Fizo ni bijak orangnya yang silap dia senang terpengaruh dengan orang sekeliling, masa Mawar jaga dia elok jer aku tgk, sekarang dah macam carca merba bila Mawar tak ada disamping dia,

Mawar ada kata dia nak baiki kesilapan dia, harap Fizo pun perbaiki, yang silap Fizo aku tgk dia tak akui kepandaian Mawar dalam membantu dia nak merancakkan urusan rumahtangga, berat tau kalau pikul rumahtangga sorang2 Fizo oi.

bila kau kahwin dgn wanita bijak macam Mawar, jgn berasa malu nak terima pendapat dia lebih sebab orang bijak tak akan buat keputusan yang merugikan semua pihak, dia mesti nak win2 situation untuk long term, yang jenis bini tak bijak tu yang selfish asik pikir nak untung sendiri,

Akhir kata Fizo dah rugi besar, orang yang ikhlas bantu dia dari segi mental dan fizikal sudah tiada, nak tunggu yang ikhlas lain dtg, payah.
Quote namieamuro 22-7-2019 03:42 PM
takdok pitih nok saman netijen..kalu ado pitih mau jugak die ikot jejak langkah tokbidah

orghe doh senyap sejuk beku kisah mung dgn mawar..ini siap berPC bagai..kejadahnye
Quote Chairman 22-7-2019 05:00 PM
sana tutup mulut sini tutup mulut..kan setel...xyah la bukak ruang utk netizens terus berspekuan

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.052845 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top