Bagai tidak berkesudahan, kemalangan melibatkan eskalator masih terus berlaku di China. Terbaru, seorang wanita kehilangan kakinya selepas tersepit di eskalator di sebuah pusat beli belah di Heilongjiang.
Shanghaiist melaporkan, keluarga mangsa mendakwa wanita itu mengunjungi pusat beli belah berkenaan bersama adik perempuannya pada hujung minggu lalu sebelum sebuah eskalator yang digunakannya dikatakan tiba-tiba mengalami kerosakan menyebabkan kedua-dua kakinya tersepit. Bagaimanapun, beberapa saksi di lokasi kejadian mendakwa sebaliknya yang berlaku. Kata mereka kepada wartawan tempatan, ketika kejadian eskalator berkenaan dalam proses penyelenggaraan apabila wanita terbabit tidak mengendahkan amaran dan berdegil menggunakannya. Difahamkan, kaki wanita itu terpaksa dipotong selepas kemalangan terbabit dan pihak berkuasa sedang melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sejumlah besar kemalangan melibatkan eskalator dilaporkan berlaku di China hingga menyebabkan kecederaan parah dan kematian. Awal bulan lalu, seorang kanak-kanak nyaris parah di pusat beli belah di Hunan apabila tangannya tersepit pada eskalator, namun sempat diselamatkan staf yang bergegas menekan butang kecemasan untuk memberhentikan eskalator berkenaan. - CARI
|
hussaini4675 replied at 23-7-2019 12:39 PM
Sakit gila tu
Modngengade replied at 23-7-2019 01:52 PM
bangsa paling degil di dunia....banga paling pengotor di dunia...saper lagi jika bukan jinjang lakna ...
Modngengade replied at 23-7-2019 01:52 PM
bangsa paling degil di dunia....banga paling pengotor di dunia...saper lagi jika bukan jinjang lakna ...
nononcrux replied at 23-7-2019 04:51 PM
nape jinjang? leher jinjang ke
ADVERTISEMENT