CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ini Kali Pertama Dan Terakhir Saya Jawab" - Syafie Naswip, Aishah Azman Putus Tunang?

23-7-2019 01:25 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 20695| Komen: 78|Original author: Oleh: LilRose

Baru beberapa bulan bertunang, Syafie Naswip dan Aishah Azman sudah putus? Sekejapnya! Apa dah jadi ni?


Kredit foto: mStar Online


Jawapan Syafie mengenai perkara itu akhirnya merungkai teka-teki yang sering bermain di benak peminat dan warganet apabila gambar pertunangan mereka 'ghaib' dari sosial media.

"Ya, kami sudah putus tunang. Itu sahaja kenyataan yang dapat saya berikan. Malah jika ada yang bertanya, saya tidak akan menjawab lagi tentang perkara ini," tegasnya yang enggan perkara itu dipanjangkan.



Memetik Astro Gempak, Syafie bagaimanapun menegaskan keputusan untuk putus tunang itu dibuat dengan persetujuan bersama.

"Tidak ada orang ketiga, mahupun masalah keluarga, tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskan.

"Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?" katanya.

Tegasnya lagi, ini kali pertama dan terakhir dia membuat kenyataan mengenai pertunangannya yang terkandas di tengah jalan.

Aisyah yang dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.



"Buat masa sekarang, saya tidak mahu keluarkan apa-apa statement. Kalau pihak Ayie (Syafie Naswip) mahu berkata apa-apa, saya tidak boleh menghalang.

"Saya akui dugaan ketika bertunang sangat berat," luahnya.


Kredit foto: Kosmo!

Syafie dan Aishah yang melangsungkan pertunangan pada 7 April lalu dijangka menamatkan zaman solo hujung tahun ini, namun tiada jodoh mereka. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 23-7-2019 01:29 PM
Aik?
Bru bapehari lps tgok hashtag dia #tunangaishah
Putus pulok dah
Quote justchu 23-7-2019 01:32 PM
mcm baru je tgk dlm tv aritu bertunang, biar benar la budak2 ni
Quote kokocrunch 23-7-2019 01:36 PM
dah putus pulak...takde jodoh
Quote awanysss 23-7-2019 01:41 PM
tiada jodoh dah. elok la putus dr bercerai berai kemudian hari..
Quote Bantalkuning 23-7-2019 01:41 PM
serius la??? besar besaran kot time tunang hari tu
Quote ummy43 23-7-2019 01:51 PM
aishah ni canteknya, tapi sayang, kejap je tunang dah  putus pulak
Quote Xim 23-7-2019 01:54 PM
why lah . hmm brtabahlah . ayie kan anak tunggal .
Quote Victorioussss 23-7-2019 02:02 PM
Ok bole iols try ex tunang dia
Quote buapakperut 23-7-2019 02:18 PM
bergetar soltan enggang nampak baju tunang heols ni
Quote piep 23-7-2019 02:27 PM
sayangnya.. dua2 Nampak budak baik.
Quote Orix 23-7-2019 02:32 PM
buapakperut replied at 23-7-2019 02:18 PM
bergetar soltan enggang nampak baju tunang heols ni

helang hurkeh... helang..................
Quote natrahn 23-7-2019 02:32 PM
allah....takde jodoh... bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor
Quote akies 23-7-2019 02:37 PM
Muda lagi. esok2 dh kawin dgn org lain pulak
Quote CiliPadiSedap 23-7-2019 02:40 PM
engang sama enggang terbang, helang putus waze signal
Quote dahlamadah.. 23-7-2019 02:40 PM
masa zaman berkawan2 dulu.. mesra, rapat n nampak serasi nau..!

giler byk video diorang kat u-tube, sama-sama nampak hepi jerrr
Quote ad_hoc79 23-7-2019 02:41 PM
semoga mereka berdua tabah
Quote kaklong32 23-7-2019 02:49 PM
xde jodoh.. suka tgk si syafie ni masak2
Quote mizZue 23-7-2019 02:51 PM
Sungguh2 ayie cari duit jual meboi,semboi,koboi dia..bagus bdknya..takpelah ayie..btl jg..kalau xserasi baik stop skrg.life goes on dikkk...
Quote seri_mawr 23-7-2019 02:58 PM
uiks...takde spekuan knp mereka putus...

kira agak bersih la nama dua org dari gosip2 liar...

takde jodoh...moga masing2 di beri jodoh yang lebih baik suatu hari nanti...

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.068244 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top