CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kenyataan Syafiq Kyle Dah Cukup," - Mimi Lana Enggan Ulas Hubungan Cinta

29-7-2019 09:41 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 16005| Komen: 55|Original author: Oleh: intan

Pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle memang tidak asing lagi dalam industri hiburan di Malaysia. Diakui nama mereka semakin meningkat naik, kedua-dua pelakon ini dikatakan bercinta. Betul ke? 



Tidak lama dulu, ada juga Mimi Lana memuat naik foto mesra yang memperlihatkan beliau memeluk Syafiq Kyle dari belakang. Lantas, peminat yang menantikan berita kesahihan bahawa kedua-dua pelakon ini bercinta ternyata teruja selepas Syafiq Kyle sendiri berkongsi mengenai hubungan mereka kepada media, baru-baru ini. 

Peminat juga tertanya-tanya kenapa hanya Mimi yang selalu memuat naik gambar bersama Syafiq, tetapi si lelaki tidak pula banyak foto bersama dikongsi dengan peminat? Dah putus cinta ke?




Menurut Mimi, foto itu dirakam ketika mereka menjalani penggambaran drama, 'Bukan Cinta Aku'

"Ianya sekadar untuk mempromosikan drama tersebut. Orang dah sedia tahu hubungan kami dan itu bukan kali pertama saya muat naik gambar bersama," ujar Mimi ketika ditemui di Anugerah Stail EH! di Hotel Equilatoral, Kuala Lumpur.

Ketika ditanyakan mengenai status hubunga mereka berdua;

"Saya rasa kenyataan Syafiq sebelum ini dah cukup memadai untuk semua orang faham.
"Jadi, tak perlu ulas panjang-panjang dan besarkan hal ini takut berita mengenai hubungan ini lebih dapat perhatian daripada karier kami," jelasnya.



Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin meminta orang ramai serta peminat untuk tidak lagi bertanyakan lebih lanjut mengenai hubungan istimewanya dengan pelakon lelaki yang semakin hangat itu kerana tidak mahu terkenal dengan gosip percintaan dan bukannya bakat dalam lakonan.

Mimi dan Syafiq ketika memberitahu tentang hubungan istimewa mereka, mengakui telah mengenali rapat antara satu sama lain sejak empat tahun yang lalu.

Ingatkan Mimi patah hati, rupanya dalam hati masih ada cinta. Doakan yang terbaik untuk mereka ya! - CARI
3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • mzcoach

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mleeen82 29-7-2019 09:47 AM
Mimi & Capik……..
Quote VitchyPinkVitch 29-7-2019 09:52 AM
Good dik mimi lana. Xmelebih2.
Quote boojaat 29-7-2019 09:55 AM
Mimi x marah ke dgn kes video capik blkg sikit?
Quote lolipopbiru 29-7-2019 10:14 AM
tak cukup power couple ni nak lawan zahirAH couple.couple ni kesenduan sedikit.
Quote damian_lee 29-7-2019 10:17 AM
lolipopbiru replied at 29-7-2019 02:14 AM
tak cukup power couple ni nak lawan zahirAH couple.couple ni kesenduan sedikit.

kalau baca jawapan mimi pun diorang mcm x suka expose sangat pun
for me .... better that way ...
nanti bila putus/cerai ... xdelah netizen ungkit2 sampai kiamat
macam kisah aiman dengan fatiah ...
fatiah skrg nk move on pun susah
netizen asyik nak drag jer pasal kisah silam dia ....
Quote kokocrunch 29-7-2019 10:20 AM
moga berjodohan....
Quote tulanglampai 29-7-2019 10:21 AM
boojaat replied at 29-7-2019 09:55 AM
Mimi x marah ke dgn kes video capik blkg sikit?

kan? sbb kata dah kenal lama. tp belakang cikit baru2 je jdi hahah adoi
Quote lolipopi 29-7-2019 10:34 AM
Cantik mimi ni tinggi leher pun tinggi terletak.. Jelesss
Quote cicicumel 29-7-2019 10:39 AM
i yakin depa x kan kawin.... nnt putus lettew
Quote Kurex 29-7-2019 10:50 AM
Semoga dapat didukungi capik ke atas katil..
Suka tengok dia senyum..
Btw hari tu nampak mimi ni. Kelam je muka. Aku tau tu mimi sebab kawan aku exited gila nampak dia depan2.. Masa tu 1 st time aku tau dia pelakon & tak twrasa nak tgk drama dia..
Lainlah tengok capik, baru best.
Quote Y-Nots! 29-7-2019 10:51 AM
boojaat replied at 29-7-2019 09:55 AM
Mimi x marah ke dgn kes video capik blkg sikit?

alamak, susah ni. Hahahaha
Quote isteri_ayil 29-7-2019 10:55 AM
mmg suka kalau diaorg ni bercinta...  sgt sepadan
Quote bawangkecik 29-7-2019 11:04 AM
eloknya capik, bergetar rasa
Quote VirusDetected 29-7-2019 11:08 AM
low profile
Quote MentariSenja 29-7-2019 11:14 AM
Dimata meols, mimi ni pelakon wanita baru yg paling berbakat...secukup rasa gitu. Wish u all the best mimi.
Quote aemon 29-7-2019 11:15 AM
suka tengok mimi.tinggi lampai betul dalam cite mawar murni tu
Quote aemon 29-7-2019 11:16 AM
Kurex replied at 29-7-2019 10:50 AM
Semoga dapat didukungi capik ke atas katil..
Suka tengok dia senyum..
Btw hari tu nampak mimi ni.  ...

amboi kurex..kalau si capik puji melambung-lambung.sampai ke mimi kemain mengata.
Quote seller6183 29-7-2019 11:22 AM
Quote Kurex 29-7-2019 11:26 AM
aemon replied at 29-7-2019 11:16 AM
amboi kurex..kalau si capik puji melambung-lambung.sampai ke mimi kemain mengata.

Apa salahnya puji keindahan Tuhan. Lagipun capik kan ada kesedapan tersendiri.. Tapi memang betul, muka gf dia kelam. Dekat gambar macam cerah, bila depan2 memang kelam. Setakat tinggi tu je la..

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.057217 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top