CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ijazah Menteri Pun Palsu?

2-10-2013 03:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10808| Komen: 68



KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem menegaskan ijazah yang diperolehi beliau dari sebuah universiti di United Kingdom bukan palsu.

Riot berkata, ijazah itu hanya tidak diiktiraf dan bukannya palsu sebagaimana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa ijazah saya bukan palsu dan ijazah itu cuma tidak diiktiraf,” katanya ketika menjawab pertanyaan Kian Ming pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Kenyataan itu katanya adalah untuk menafikan dakwaan pembangkang mengenai status kelayakan akademik beliau yang didakwa palsu.

“Untuk mendapatkan ijazah ini saya telah bekerja keras kerana saya percaya dengan prinsip ilmu sepanjang hayat,” katanya.



Richard Riot melenting isu miliki ijazah palsu dibangkit di Parlimen

KUALA LUMPUR: Isu ijazah palsu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming telah membuatkan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot hari ini melenting ketika sesi soal jawab lisan di Parlimen.

Richard menegaskan ijazah yang dimilikinya adalah sah dan tulen.

"Saya telah menjadi ahli Parlimen selama enam penggal. 23 tahun saya berada dalam Dewan ini," katanya yang kemudiannya menerima kritikan daripada ahli Parlimen pembangkang kerana tidak menjawab soalan yang diberikan kepadanya.

"Saya pentingkan ilmu sepanjang hayat," kata Richard lagi.

Semasa sesi soal jawab lisan, Kian Ming bertanyakan soalan berkenaan tindakan yang diambil kerajaan terhadap mereka yang memiliki ijazah palsu dengan menggunakan Richard sebagai contoh.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Cheing Jen kemudiannya menuding jari kepada Richard sekaligus membangkitkan kemarahan Richard.

"Saya ingin menegaskan ijazah saya bukan ijazah palsu," kata Richard, dan menambah tindakan Cheing Jen menunjuk kepadanya memerlukan beliau mempertahankan dirinya.

"Kalau tidak saya tidak akan bangun hari ini," katanya lagi.

"Untuk ijazah saya saya bekerja kuat kerana saya percaya ilmu sepanjang hayat," kata ahli Parlimen Serian itu lagi.

Isu ijazah palsu beliau telah dibangkitkan pada Jun lalu, malah beliau turut menyuarakan kemungkinan untuk mengambil tindakan saman terhadap mereka yang menuduh beliau memiliki ijazah palsu.

Tiga ahli Parlimen DAP, termasuk Kian Ming, Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Julian Tan (Stampin) sebelum ini mendakwa Richard memiliki Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland) pada 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadibiran Perniagaan dari Preston University (Amerika Syarikat).

Berita mula diterbitkan pada: Oktober 02, 2013 13:15 (MYT)



Dakwaan Ijazah Palsu, Richard Pertahan Diri



KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu bertukar kecoh apabila Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot membidas dakwaan anggota Parlimen pembangkang berhubung isu ijazah palsu.

Richard menggunakan Dewan Rakyat sebagai ruang untuk mempertahankan dirinya walaupun beliau sepatutnya menjawab soalan lisan yang diajukan kepada kementeriannya.

"Saya ingin menegaskan di sini ijazah saya bukan palsu. Oleh itu, saya pertahan diri saya. Saya bekerja kuat untuk menuntut ilmu sepanjang hayat kerana ia amat penting bagi saya," katanya.

Richard bertindak demikian selepas mengatakan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen telah menunding jari ke arahnya apabila isu ijazah palsu disebut.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee cuba menenangkan dewan tetapi tidak diendahkan Richard dan beberapa anggota Parlimen pembangkang yang terus membidas beliau.

"Kembali ke soalan jawapan Yang Berhormat. Masa kita terhad, ahli-ahli Dewan ramai lagi...Boleh jawab Yang Berhormat," kata Ronald.

Ahli Parlimen Serian itu berkata, beliau telah mendapat Doktor Falsafah (PhD) dari Kuala Lumpur Infrastructure University College pada Julai lalu.

"Kalau Ahli Parlimen Kuching tidak menunjuk jarinya, saya tidak akan menjawab isu itu. Apa yang saya lakukan adalah untuk pertahan diri saya," kata Richard.

Sebelum ini, Richard turut menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan beliau memiliki ijazah dan sarjana dalam bidang sumber manusia dari University of Hertfordshire.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 2-10-2013 01:38 PM
Richard Riot melenting isu miliki ijazah palsu dibangkit di Parlimen

KUALA LUMPUR: Isu ijazah palsu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming telah membuatkan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot hari ini melenting ketika sesi soal jawab lisan di Parlimen.


Richard menegaskan ijazah yang dimilikinya adalah sah dan tulen.


"Saya telah menjadi ahli Parlimen selama enam penggal. 23 tahun saya berada dalam Dewan ini," katanya yang kemudiannya menerima kritikan daripada ahli Parlimen pembangkang kerana tidak menjawab soalan yang diberikan kepadanya.


"Saya pentingkan ilmu sepanjang hayat," kata Richard lagi.


Semasa sesi soal jawab lisan, Kian Ming bertanyakan soalan berkenaan tindakan yang diambil kerajaan terhadap mereka yang memiliki ijazah palsu dengan menggunakan Richard sebagai contoh.


Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Cheing Jen kemudiannya menuding jari kepada Richard sekaligus membangkitkan kemarahan Richard.


"Saya ingin menegaskan ijazah saya bukan ijazah palsu," kata Richard, dan menambah tindakan Cheing Jen menunjuk kepadanya memerlukan beliau mempertahankan dirinya.


"Kalau tidak saya tidak akan bangun hari ini," katanya lagi.


"Untuk ijazah saya saya bekerja kuat kerana saya percaya ilmu sepanjang hayat," kata ahli Parlimen Serian itu lagi.


Isu ijazah palsu beliau telah dibangkitkan pada Jun lalu, malah beliau turut menyuarakan kemungkinan untuk mengambil tindakan saman terhadap mereka yang menuduh beliau memiliki ijazah palsu.


Tiga ahli Parlimen DAP, termasuk Kian Ming, Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Julian Tan (Stampin) sebelum ini mendakwa Richard memiliki Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland) pada 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadibiran Perniagaan dari Preston University (Amerika Syarikat).


Berita mula diterbitkan pada: Oktober 02, 2013 13:15 (MYT)
Tag: Richard Riot






Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... i-parlimen-23113?cp


Quote miawpink 2-10-2013 01:39 PM
macam macam hal
Quote akies 2-10-2013 01:42 PM
ahahha..pembangkang siap korek segala cerita..
manela dia dpt info pasal ijazah palsu ni?
tu pun nak bahaskan kat parlimen ke?
Quote chewan 2-10-2013 01:46 PM
nk jadi mp..stakat pmr pun lepas
Quote callance 2-10-2013 01:48 PM
“Saya ingin menegaskan di sini bahawa ijazah saya bukan palsu dan ijazah itu cuma tidak diiktiraf,”

ape beza ijazah palsu ngan x diiktiraf??
bunyi nye cam same je...
Quote freebird 2-10-2013 01:48 PM
Sapa nak ijazah dari University of East Harvard? University ni kat tingkat satu, deret rumah kedai di Seri Kembangan. Submit karangan 150 perkataan, bayar yuran rm20,000 dah boleh dapat MBA. Majlis konvo dibuat setiap tahun di dewan orang ramai, Seri Kembangan. Ijazah bukan palsu tapi tak di iktiraf.
Quote jaa139 2-10-2013 01:51 PM
keadaan macam dato fazli je..ijazah tak diiktiraf..penat2 blajar, rupanya tak iktiraf
Quote totokreturn 2-10-2013 01:57 PM
Terasa satim diman spm, ketua umno selangor, calon mb selangor dari umno bn yg pengalaman luas sebagai despqtch yg naik pangkat jadi kerani cabuk upm yg tup2 ada phd tau...
Quote ifanonline 2-10-2013 01:57 PM
nak jadi MP ade UPSR pun boleh malaysia ni...
Quote Cakkkk....aaaa 2-10-2013 01:59 PM
bakal jadi quote of the year nih...

'bukan palsu, cuma tidak diiktiraf...'

errr...maknanya???

Quote Cakkkk....aaaa 2-10-2013 02:00 PM
aku nak try sambung ayat...

saya wanita!! cuma x diiktiraf sebagai wanita!!

kata seorang pondan...
Quote freebird 2-10-2013 02:01 PM
Apa yang bekerja keras, penat belajar? Bayar duit je......
Quote totokreturn 2-10-2013 02:06 PM
freebird posted on 2-10-2013 01:48 PM
Sapa nak ijazah dari University of East Harvard? University ni kat tingkat satu, deret rumah kedai d ...

Jangan lupa sewa jubah rm100 sambil bergambar belakang bookshelf sambil pegang gulung kertas....nanti nak tampal kat dinding rumah...




Quote airfilterkotor 2-10-2013 02:08 PM
Dalam gomen, macamana ijazah tak diiktiraf buleh lepas kandang naik jadi menteri...?
Quote azharuchan 2-10-2013 02:08 PM
walaupun ijazah ku tidak diiktiraf, tatapi PM tetap mengiktiraf aku dgn menjadikan aku menteri...korang hado??
Quote totokreturn 2-10-2013 02:09 PM
Cakkkk....aaaa posted on 2-10-2013 02:00 PM
aku nak try sambung ayat...

saya wanita!! cuma x diiktiraf sebagai wanita!!

Alaa.... nih semua pitnah pembangkang nih.....

Ini bukan kenyataan palsu, cuma tak diiktiraf jerk..... - menteri umno richard riot
Quote tuakang 2-10-2013 02:13 PM
ijazah palsu bagaikan beg LV China di pasaran ..
Quote yanzhuo 2-10-2013 02:16 PM
untung lah dia, ijazah tak diiktiraf pun boleh jd menteri..sedangkan amalan biasa, kalau ijazah tak iktiraf payah nak dpt kerja..nak sambung belajar pun payah sgt
Quote the_killer 2-10-2013 02:16 PM
ayat ni kalo diungkapkan 500 tahun dahulu releven la

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.059661 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top