CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Malu Je Tandas Kita Kotor, Busuk" - Tun M

13-8-2019 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5280| Komen: 51

"Saya malu kerana saya sering kali pergi 'inspection' tandas di Malaysia untuk tengok bersih atau tidak dan biasanya tidak dan busuk. Itu mencerminkan sifat yang ada pada kita, sepatutnya kita berasa malu dengan keadaan itu."


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewa dan malu dengan keadaan tandas awam di Malaysia yang kotor dan busuk, sekali gus mencerminkan kesedaran sivik yang rendah dalam kalangan masyarakat.


Foto: IG

"Sekarang kita mempunyai masalah sampah di sekeliling yang dibuang merata tempat selain kes kecurian air, paip, elektrik dan juga lampu jalan. Ini berlaku kerana kita tiada nilai sivik yang tinggi," katanya dipetik dari Utusan.

Tegasnya, usaha mendidik dalam bidang sivik bukan tanggungjawab ibu bapa semata-mata kerana tidak semua ibu bapa ada pegangan yang baik kepada nilai-nilai yang mulia.


"Oleh itu, kita perlu susun nilai hidup terbaik yang perlu diterap kepada anak-anak. Ini menjadikan satu daripada tugas pendidikan dalam membentuk masyarakat bertanggungjawab," ujarnya.

Harapan beliau, pendidikan sivik yang diperkenalkan di sekolah sejak Jun lalu dapat membentuk masyarakat bertanggungjawab, prihatin dan bertimbang rasa.

"Saya percaya, Malaysia akan menjadi negara maju, bersih dan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia sekiranya rakyat mempunyai nilai sivik yang tinggi," katanya ketika berucap bagi merasmikan Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Kementerian Pendidikan di Dewan De Seri Endon Puspanitapuri. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hussaini4675 13-8-2019 02:14 PM
memang le hancing. pemimpin ph kaki kencing.
Quote seller6183 13-8-2019 02:25 PM
pendidikan sivik bukan dah lama ada ke? tapi sama je. sebab parents tak praktik kan dari rumah.
Quote Orix 13-8-2019 02:28 PM
Iols plg tak paham org tak flush lepas membuang......... elok mampuss jah org mcmni

Selain tu iols suka toilet kt klcc tak guna kepala paip dlm tandas, cebok pun air direct dalam mangkuk tandas tu ala2 kt jepun.
Quote Mfzg89 13-8-2019 03:00 PM
Orix replied at 13-8-2019 02:28 PM
Iols plg tak paham org tak flush lepas membuang......... elok mampuss jah org mcmni

Selain tu iol ...

paling nyirap g mall toilet ada 10 tapi 1-2 ye yg ada paip..yahudi buat tandas camnila..nak cebok kena Q dahtu air kencing titik2 & tapak kasut lekit2 atas tu..
Quote belon 13-8-2019 03:02 PM
Tandas kt mall memang teruk
Quote Skuau 13-8-2019 03:12 PM
"Ta' tau...ta'tau...ta'tau.."-bangla,nepal,myanmar,indon,vietnam,pilak,negro dll.
Quote harizs 13-8-2019 03:14 PM
22 tahun ko jd pm ko buat apa. Baru sedar ka
Quote Cpkay 13-8-2019 03:21 PM
hahahahha.. baru tau ke ?
Quote lipans 13-8-2019 03:25 PM
Aku ada pernah pergi streven corvey 7 habit punya ceramah, penceramah tu cakap zaman paklah adalah zaman semua tandas malaysia dinaik taraf dengan jayanya. Sebelum tu, tandas di malaysia semua tersangat la teruk.

Maknanya, skrg pun dah way better dari zaman PM ke-4.
Quote buragazz 13-8-2019 04:04 PM
seller6183 replied at 13-8-2019 02:25 PM
pendidikan sivik bukan dah lama ada ke? tapi sama je. sebab parents tak praktik kan dari rumah.

Pastu bila cikgu nak ajor kat sekolah.. contoh cuci tandas.. Mak bapak pulak cakap "Anak kami bukan cleaner"
Abis tu.. jadi ler tandas berkerak...
Quote chicozinn 13-8-2019 04:25 PM
harizs replied at 13-8-2019 03:14 PM
22 tahun ko jd pm ko buat apa. Baru sedar ka

mungkin baru semalam dia gi jamban tapi orang lupa nak cucikan untuk dia kot..hehehehhe

Quote monreyes 13-8-2019 05:02 PM
x lama lagi dia pun sama berak berterabur
Quote Rogue98 13-8-2019 05:07 PM
Sedar diri sikit lahh...hari2 rakyat kena kencing dgn Atok n the gang...bukan tandas awam jer busuk n kotor.... satu negara pun sama....
Quote ainashiqa 13-8-2019 05:19 PM
Toilet kt malaysia memang kotor pun.. Org yg pakai kebanyakkannya x reti jg kebersihan
Quote TerataiMelur02 13-8-2019 05:39 PM
Manusia paling x berguna bila buang air xreti nak flush.
Kar RnR ke, mall ke sama je. Punya la tabah acik2  cleaner kt malaysia ni
Quote pulauturtle 13-8-2019 05:53 PM
Prrfff...sibuk nak kereta terbang+proton 3.0+jaga tol highway....mana ada pandang masalah toilet...
Quote diggerr 13-8-2019 06:56 PM
Teringat ade lagu tandas dulu {:run
Quote LadyCarefree 13-8-2019 07:33 PM
seller6183: pendidikan sivik bukan dah lama ada ke? tapi sama je. sebab parents tak praktik kan dari rumah.


Parents pon sama naik jijik klau guna tandas
Quote najib888 13-8-2019 08:07 PM
Lagu asal Sudirman-Punch Card. Tapi ni versi Ropie Cecupak & Osman Kering

[youtube]JrwdV2qSF-E[/youtube]

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.085654 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top