CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kari Kambing Pekat Tanpa Santan, Rasanya Tetap Memukau Tak Cukup Sepinggan Nasi

21-8-2019 10:35 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 18947| Komen: 22|Original author: Oleh: natrahn

Ramai orang Malaysia takut makan daging kambing kerana katanya, ia menjadi punca pening kepala selepas memakannya dan ramai tidak suka dengan bau hamis kambing yang kuat. 

Sebenarnya, daging kambing ada khasiatnya tersendiri dan kajian membuktikan daging kambing mempunyai kandungan kolestrol, kalori dan lemak paling rendah berbanding sumber daging lain.



Kredit Foto - FB Sheena Supramaniam

Biarpun kari ini dimasak tanpa menggunakan santan, rasanya tetap memukau, tidak pedas dan daging langsung tiada bau hamis. Apa yang menarik tentang kari ini, rasanya makin sedap jika dipanaskan keesokan harinya. 


Resepi Kari Kambing Pekat Tanpa Santan

Bahan-bahannya : 
  • 1-1.5 kg daging kambing
  • * 2 inci halia 
  • * 7 ulas bawang putih
  • * 5 ulas bawang merah     - Bahan bertanda * dikisar
  • **2 batang kayu manis
  • **2 biji bunga lawang
  • **3 biji bunga cengkih
  • **3 biji buah pelaga
  • **1 sudu besar jintan manis
  • **2 tangkai daun kari       - Bahan bertanda ** bahan rempah tumis
  • 4 biji tomato
  • 3-5 sudu serbuk kari daging/ayam
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • Serbuk cili ( ikut tahap kepedasan disukai)
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya


Cara memasaknya :-

1. Basuh daging kambing bersama serbuk kunyit sehingga bersih dan toskan.(4 kali cuci)
2. Panaskan minyak, tumis bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan kisar.


3. Masukkan daging kambing.



4. Masukkan serbuk kunyit.




5. Tambahkan sedikit air sehingga menutupi daging kambing.



6. Masak sehingga mendidih dan masukkan tomato.



7. Pindahkan dalam periuk seperti dalam gambar. Pressure cooker old school. Kacau setiap 15-20 minit sehingga daging masak sepenuhnya. ( maksimum satu jam )



8. Masukkan serbuk kari daging/ayam, serbuk cili, kentang dan tomato. Biarkan seketika hingga kentang lembut dan gulai kari masak. 



9. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Resepi kari kambing ini sangat sesuai dimakan bersama nasi hujan panas, nasi jagung atau nasi minyak, mahupun nasi putih biasa dan roti jala. 

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. - CARI







Kredit resepi: Sheena Supramaniam
7

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • gigihadid


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 21-8-2019 12:04 PM
Alamak aii.. lebur lagi la diet aku...
Quote hatikudus 21-8-2019 12:34 PM
Nak buat tapi tukar daging lembu la...kambing dah try makan sampai skrg masih tak boleh sb baunya tu
Quote MayaDelaRosa 21-8-2019 01:58 PM
Ni resepi kat group maSakan di fb ni...Bru je bca smlm....Laju wartawan sini..

Quote natrahn 21-8-2019 02:40 PM
MayaDelaRosa replied at 21-8-2019 01:58 PM
Ni resepi kat group maSakan di fb ni...Bru je bca smlm....Laju wartawan sini..

benda bagus kita kongsi hihihi
Quote geenie 21-8-2019 04:03 PM
MayaDelaRosa replied at 21-8-2019 01:58 PM
Ni resepi kat group maSakan di fb ni...Bru je bca smlm....Laju wartawan sini..

ingtkan aku sorg je yg prasan. hahaha


Quote Lengkong 21-8-2019 06:55 PM
Suka kari...tapi tak pernah masak sendiri kari kambing risau kut berbau.





Quote Sazida 21-8-2019 07:26 PM
Lengkong replied at 21-8-2019 06:55 PM
Suka kari...tapi tak pernah masak sendiri kari kambing risau kut berbau.

Basuh dengan garam bukit. Pastu gaulkan  dgn asam jawa. Baru bilas.,,
Quote diggerr 21-8-2019 09:15 PM
Ni style mamak ni
Quote mata.kail 10-9-2019 08:42 PM
menyelerakan
Quote natrahn 11-9-2019 11:01 AM

trylah..kalau tak makan kambing, bole cuba daging lembu/ayam
Quote mata.kail 11-9-2019 01:03 PM
natrahn replied at 11-9-2019 11:01 AM
trylah..kalau tak makan kambing, bole cuba daging lembu/ayam

hehehe mcm tau2 je sy x brapa suka makan daging kambing..
tp apapun akan dicuba suatu masa nanti dengan daging ayam
Quote natrahn 11-9-2019 01:22 PM
mata.kail replied at 11-9-2019 01:03 PM
hehehe mcm tau2 je sy x brapa suka makan daging kambing..
tp apapun akan dicuba suatu masa nanti  ...

hihi...saya  pun kurang sikit kalau kambing masak kari...kambing bakar tekak boleh terima lagi.. saya pun dah cuba dengan daging ayam...nalareke sangat heheheh
Quote mata.kail 11-9-2019 01:26 PM
natrahn replied at 11-9-2019 01:22 PM
hihi...saya  pun kurang sikit kalau kambing masak kari...kambing bakar tekak boleh terima lagi.. s ...

ramai pla yg x brapa suka makan daging kambing..
okay akan dicuba nanti nyum3 dengan daging ayam..
Quote lututputih 15-9-2019 06:19 PM
yummeh kari kambing...selalu masak letak santan..lepas boleh la cuba tanpa santan..
Quote puanbintang 17-9-2019 02:56 PM
memang menyelerakan..bertambah- tambah la nasi kalau makan gulai kari kambing ni haaa
Quote LadyCarefree 22-9-2019 05:06 PM
Iols xpandai masak dn xminat masak tp boleh eh tambah rempah kari macam tu je?
Quote palmolive 22-9-2019 06:53 PM
tomato berapa kali nak masuk...
serbuk kari patut masuk awal nak bagi sebati ngan daging
Quote MissVixen 22-9-2019 08:25 PM
Kambing / mutton biasa ok lagi. Masak kari dan sup mamak sedap. Tapi lamb tu, lemaknya melekat2. Lepas makan sakit kepala. Yang selalu dibakar tu pakai lamb kan? Daging lagi cepat masak dan banyak lemak
Quote jo_je 21-11-2019 04:35 PM
alamak......

nak cubalah.... last gambar tu.. sedapnya

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.052294 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top