CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kalau Bersetubuh Sekali Tak Keluar Anak, Please...'

22-8-2019 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5535| Komen: 16

Seorang ibu terkejut apabila membaca sekeping nota kiriman murid perempuan darjah lima yang mengajak anaknya berusia 12 tahun untuk melakukan hubungan seks.

Menerusi perkongsian di Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi, wanita itu menemui nota berkenaan di dalam beg sekolah anaknya sebelum meminta kanak-kanak lelaki berkenaan menjelaskan perkara sebenar.



Foto: FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Difahamkan, murid perempuan itu merupakan pelajar di sekolah sama dengan anaknya di Selangor.

Berikutan penemuan 'menyeramkan' itu, wanita terbabit memutuskan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Penceramah Murid merangkap Pembantu Pelindung Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Setar, Kedah, Mohd Fairuz Abu yang juga dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi.


Foto: FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi


Menurutnya, dia hanya mampu beristighfar sebaik membaca nota berkenaan.

Katanya, ketika ibu murid lelaki terbabit mengirim pesanan dan bercerita mengenai kejadian, wanita itu memberitahu tangannya menggeletar ketika membaca isi nota berkenaan.


Foto: FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi

“Dia seperti tidak percaya anak lelakinya darjah enam memperoleh surat daripada seorang murid perempuan darjah lima," ujarnya yang turut menjelaskan faktor kejadian seumpama itu boleh berlaku.


Foto: FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Selain itu, Fairuz juga memberi beberapa cadangan dan peringatan kepada ibu bapa dan guru berhubung permasalahan berkenaan. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 22-8-2019 12:10 PM
Utk darjah 5 guna perkataan "bersetubuh" iols quite impressive..
Quote Kurex 22-8-2019 12:16 PM
Aku taknak kecam, sebab anak buah aku kecik lagi...
Quote Boomibulat 22-8-2019 12:18 PM
RatuDunia94 replied at 22-8-2019 12:10 PM
Utk darjah 5 guna perkataan "bersetubuh" iols quite impressive..

Bahasa dlm buku tu..
Quote harisbee 22-8-2019 12:22 PM
anak voter ph ler ni...yg x kesah pun influece luar spt tv lucah etc...dorang leh didik mana baik mana buruk katanya
Quote hatikudus 22-8-2019 12:23 PM
Wartawan Cari takde modal lain ke? Motip bukak thread basi...semalam dah ada tak check ke?
Quote Mata.kucing 22-8-2019 12:44 PM
Hamboiii tang please tuh komaen lg ko yer
Quote EncikRhoma 22-8-2019 02:04 PM
RatuDunia94 replied at 22-8-2019 04:10 AM
Utk darjah 5 guna perkataan "bersetubuh" iols quite impressive..

tak heran sebab tu ayat biasa dalam penulisan. Budak2 sekarang dapat info semua melalui online. Google je. Kalau budak2 dulu dapat info bila ada kawan cerita
Quote awanysss 22-8-2019 02:30 PM
semoga keturunan kite semua dijauhi mende2 mcm ni... termasuk pedo..
Quote -Suri- 22-8-2019 04:33 PM
Moga anak2 dilindungi dan dijauhkan dari benda2 camni..{:stress
Quote Cik_lang 22-8-2019 04:54 PM
cik lang pun taktau makna bersetubuh tuh apa, adoiii laaa
Quote gideoncross 22-8-2019 10:32 PM
Klau thun 2000an dlu kita sllu d sajikan dgn crita "sumbang mahram" d antara ayah, abg, datuk & pakcik dgn budak prmpuan muda dlm family dannnn zaman skrg, crita psl mcm dlm artikel ni lh. Zman dh brubah tpi jln crita lbih kurg je, yg bezanya cuma skrg plaku lbih kpada "brtindak sndri" sbb dh pro.
Quote gideoncross 22-8-2019 10:36 PM
Edited by gideoncross at 22-8-2019 10:37 PM
EncikRhoma replied at 22-8-2019 02:04 PM
tak heran sebab tu ayat biasa dalam penulisan. Budak2 sekarang dapat info semua melalui online. Go ...

Ha'ah, budak2 zman skrg lebih advanced sbb smua skali dh pndai pkai gadgets. Kita dlu2 cuma tau dri crita org lain or dri brita, klau tanya lebih2 kat mak bapak or other elders, hbis lh kna marah & kna ayat cliche which is "Kmu tu budak2 lgi, kmu xfaham apa2, diam je". Budak2 skrg klau d suakan mcm tu, boleh je check sndri kat internet. Xmcm kita dlu, dh kna marah mcm tu trus je diam xbrkutik.

Quote MarissaOberlin 23-8-2019 09:04 AM
Sopan bahasanya guna istilah bersetubuh. Zaman hakak dulu guna term romen je u ols. Tapi idok ler sampai tulis surat cenggitu. Tengok crush dari jauh je uols
Quote makita 23-8-2019 02:07 PM
Erm ni girl zaman skrg cepat sangat nak ekperimen hal2 biologi ni. Sekolah pon lom abes.
Kalu zaman 90an dulu yang mana lepas spm tak sambung belajar, umur 21 da ugut2 pakwe kwen. Pasal da rasa dewasa ye la 4 tahun abes belajar kan.
Mcm abg meols dpt awek tua 4 tahun. Dia baru dpt result spm, gf ajak kwen hahahaha. Abg meols kata mana leh kawen, dia nak sambung belajar kt uni pulak. Hahah tros gf dia cari pakwe tua tros beberapa bulan je dapat kwen.
Quote ReginaGeorge 24-8-2019 08:40 PM
Besar cabaran kita sebagai mak apak.. Anak-anak kita ni umpama ikan. Bila2 masa boleh termakan umpan.
Quote Foxey 24-8-2019 09:16 PM
Scary la kids nowadays

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.058137 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top