CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaki Melecur Macam Pakai Stoking Dicelup Dalam Air Panas Oleh Nenek Tiri

22-8-2019 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4212| Komen: 27

Seorang nenek tiri dengan kejam mencelup kaki cucunya berusia dua tahun ke dalam air panas hanya kerana berkelakuan nakal.



Menurut Metro US, kejadian pada 11 Ogos lalu menyebabkan Kaylee Robinson melecur tahap ketiga pada kedua-dua belah kakinya.

Sementara itu, Jennifer Vaughn mengaku bersalah melakukan penderaan terhadap kanak-kanak itu di rumahnya di Chattanooga, Tennessee.



Menurut ibu mangsa, Brittany Smith, dia meninggalkan Kaylee di bawah jagaan Jennifer pada hari kejadian sementara dia dan tunang bersama dua lagi anaknya mandi-manda di sebuah kolam renang.

Katanya, kolam renang itu terlalu dalam dan tidak selamat untuk kanak-kanak seusia Kaylee.




Jadi, mereka memutuskan untuk meminta ibu tiri kepada tunangnya itu menjaga kanak-kanak berkenaan memandangkan suspek pernah melakukannya sebelum ini dan tidak ada masalah dengannya.

Bagaimanapun, sebelum tiba ke destinasi, Brittany menerima panggilan daripada Jennifer yang menyuruhnya segera pulang, namun tidak memberitahu apa yang berlaku.



Sebaik tiba di rumah Jennifer, Brittany mendengar anaknya meraung kesakitan sebelum membawanya ke hospital di mana dia masih menerima rawatan.

Kata Brittany, dia tidak tahu sama ada anaknya itu dapat berjalan semula atau tidak kerana perlu menjalani dua pembedahan untuk diselamatkan. 


Foto: METRO

Jennifer didakwa atas pertuduhan melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak dan mahkamah menetapkan bon jaminan sebanyak ASD150,000 (RM628,320). - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 22-8-2019 05:46 PM
Hakim tolong la hukum setan ni dengan cara mencelup dia 1 badan dalam air panas 7 kali
Quote HujanBatuTiga 22-8-2019 05:48 PM
{:cryrun mampu lagi tersenyum bdk comel tu
Quote Artemesiaa 22-8-2019 05:54 PM
Kesian kanak2 yang tak berdosa jadi tempat lepaskan kemarahan
Quote RatuDunia94 22-8-2019 05:59 PM
Kesiannya adik ni...
Quote sarah82 22-8-2019 06:25 PM
Nenek tiri kamjad.. Patut dia pulak celup dgn ayaq panas.
Quote lilbub 22-8-2019 06:39 PM
Kesiannya adik. Teruk melecur tu
Quote missbigrockstar 22-8-2019 06:57 PM
Kesian adik comel. Semoga cepat sembuh. Nenek tua sila mereput.
Quote ikanmasin 22-8-2019 07:14 PM
sampai hati kalau tak bole jaga ..bgt jer lah
Quote Zeatyisaac 22-8-2019 07:37 PM
Hukum mak dia jugak yang sanggup pergi berkelah dan tinggal kan anak. Apabila ada anak kecik, seorang ibu dan bapa perlu sacrifice. Kalau nak tinggal jugak, bayarlah dengan bayaran yang sepatutnya. Sekali setuju bukan selamanya suka.
I tak sokong tindakan nenek tiri itu tapi dia hanyalah nenek tiri kepada tunang? Boleh fikir tak? Nak hukum nenek itu atas kekejaman, boleh tapi ibu bapa juga perlu dihukum. Sekian.
Quote mawar_pink 22-8-2019 09:03 PM
tergamak btl la..kesian baru 2 thn..
Quote Foxey 23-8-2019 12:22 AM
Ya Rabb, gila nenek tiri ni. Tengok gambar kaki Kaylee melecur, ngeri rasanya. Bayangkan betapa sakitnya dia masa tu
Quote diggerr 23-8-2019 12:34 AM
Tak kesian kerrr
Quote luvemedaa 23-8-2019 09:33 AM
Alahaiii sian anak. Gila kerr nenek nih
Quote fushimi 23-8-2019 09:42 AM
babinya manusia macam ni

selayaknya ko kena celup pulak lepas ni
Quote crazypink 23-8-2019 09:54 AM
Kejam giler nenek nie sakit jiwa nie

kesiannyer kat baby tuh mesti sakit sgt
Quote rayriff 23-8-2019 10:26 AM
dari ko rendam kaki budak tu baikla bagi coklat jah nak diamkan dia. sian mesti menjerit2 sakit
Quote wilsh10 23-8-2019 10:48 AM
hanat sungguh nenek nih
guana boleh tergamak naya kat budak mcm tu sekali
Quote namieamuro 23-8-2019 10:51 AM
teruk gile lecur nye..jadah sgt nenek die ni

Quote bluebellvine 23-8-2019 11:09 AM
ni nenek from hell ni. comel giler budak tu sanggup dia dera smp camtu sekali.. elok rendam nenek tu dlm air panas pulak. biar dia rasa pulak sakit ke tak..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.061326 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top