CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Terpesona Gadis Melayu Pakai Sari Jadi Pengapit Pengantin India

27-8-2019 12:01 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 17511| Komen: 72|Original author: Sang_Pencinta

Malaysia terkenal dengan kekayaan budaya termasuklah pakaian tradisi. Sering kita melihat gadis India dan Cina memakai baju kurung tetapi jarang bagi gadis Melayu untuk memakai Cheongsam, apa lagi Sari. 


Bagaimanapun, keputusan seorang gadis Melayu memilih untuk memakai sari dalam satu majlis perkahwinan rakannya yang berketurunan India, mendapat perhatian ramai.




Kredit foto: Twitter



Pemilihan pakaian sari oleh Jasila, 24, yang menjadi salah seorang pengapit kepada rakannya itu sangat unik kerana beliau menggabungkan pakaian traditional India itu dengan hijab.

Kredit foto: Twitter



"Saya tunjukkan kepada Twitter dulu gambar saya sebagai pengapit versi Malayalee," katanya. Susulan itu, tweet tersebut menjadi hangat dengan 4400 likes dan 840 kicauan semula.



Kredit foto: Twitter


Tidak seperti sari biasa, sari yang dipakai oleh beliau mempunyai lengan yang panjang. Ianya dikatakan ditempah khas dari India. Selain mendapat pujian melangit daripada rakan-rakannya yang berketurunan Melayu, Jasila juga mendapat banyak komen daripada netizen berketurunan India.



Kredit foto: Twitter


"Kamu sangat cantik dengan sari, saya akan menunjukkan gambar ini kepada anak saya supaya berbangga dangan pakaian tradisi kami," kata seorang wanita India.

"Saya seorang warga Malaysia berketurunan Malayalee dan sangat kagum dengan usaha kamu berpakaian sari," kata seorang lagi.

Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter



Tidak ketinggalan beberapa orang netizen Melayu yang turut memuatnaik gambar mereka berpakaian sari yang berwarna warni, seakan memulakan trend seperti itu.

Kredit foto: Twitter



Bagaimanapun, Jasila berkata beliau tidak bermaksud untuk mempromosikan Melayu memakai sari tetapi hanya berkongsikan pengalamannya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakannya.  Apa-apapun, beliau memang tampak manis dengan pakaian tradisi suku India tersebut. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diggerr 27-8-2019 12:04 PM
Cantik {:love
Quote akakdendeng 27-8-2019 12:05 PM
cantik budak ni
Quote aHoi83 27-8-2019 12:09 PM
Tgk mata , hidung n bibirnya rasenya ade darah leluhur
Quote Artemesiaa 27-8-2019 12:19 PM
Bukan benda baru pun sebelum ni pun ada je yang dah cuba sebegitu
Quote whadda 27-8-2019 12:24 PM
sedara mara ke.. muka pon nampak mix yindia
Quote fliphair8 27-8-2019 12:27 PM
sari, cheongsam, kebaya nyonya, punjabi suit, ni sume cantik dipakai.....merasa la pakai pi wedding bangsa2 lain.
Quote selipar_hijau 27-8-2019 12:28 PM
Pic yg bawah tu amatlah buruk
Quote addved 27-8-2019 12:33 PM
hmmm netizen ni hidup kat dunia mana ek?
normal la melayu pakai sari, indian pakai cheongsam, chinese pakai baju kurung vice versa.
ni pon nak jadikan cerita ke?
Quote Miawlover 27-8-2019 12:39 PM
Body cantik, pakai apa pun nmpk cantik terletak..
Quote cikmi 27-8-2019 12:52 PM
sarinya cantik
Quote sarahmirza 27-8-2019 12:57 PM
Jakunnya warga twitter..
Kawan2 I dah bertahun2 dulu pakai sari dengan tudung masa annual dinner tema Bollywood...

Quote haryatie 27-8-2019 01:10 PM
xde yg pelik nya pakai pakaian kaum lain
mengikut kesesuaian dn masa
kat ofis aku ni yg lelaki melayu pun ada yg pakai sari
time buat persembahan  annual dinner la ...
Quote xtahumenahu 27-8-2019 01:15 PM
Malayalee tu mamak ke apa?
Quote Rainrein 27-8-2019 01:22 PM
Netizen dah xde bende nak puji, lantokk la korang
Quote ally9970 27-8-2019 01:23 PM
apa yg big huha nyer? melayu pakai sari, india pakai cheongsam, cina pakai kurung, what's new?
Quote jane_hopper 27-8-2019 01:27 PM
Sheolls ingt sheolls org pertama malay yg pkai sari? Tudung tu lg satu nk pkai pkai la elok2, dh knp nmpk rambut tu?
Quote misc 27-8-2019 01:27 PM
Takde rare sgt pun kalau untuk special occasion mcm annual dinner company atau wedding. baju apa lagi yg kita tak pernah pakai. Ikut tema lah.
Quote misc 27-8-2019 01:33 PM
xtahumenahu replied at 27-8-2019 01:15 PM
Malayalee tu mamak ke apa?

tak salah aku satu bangsa dari india sana.
Quote husie91 27-8-2019 01:35 PM
selipar_hijau: Pic yg bawah tu amatlah buruk

Buruk sebab dah bersari sana sini tapi pakai inner spoil k.. pastu shawl lepas mcm tuh. Dgn combination warna sari mcm2 colour ada. Yg adik twidder tu cantik sbb warna semua sekata shawl pon liliy kemas bawak ke belakang dgn makeup yg tak heavy wah gitu aku kritik

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.100801 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top