Malang bertimpa-timpa bagi keluarga sepasang warga emas Singapura yang tinggal di Toa Payoh apabila kedua-duanya menemui ajal yang tragik pada hari yang sama. Seperti yang dilaporkan oleh portal berita Mothership, seorang wanita warga emas berumur 70 tahun mati terkejut apabila mendapati suaminya, 84, terjatuh dari tingkap rumah pangsa mereka yang terletak di Tingkat 10. Dipercayai suami kepada wanita itu terjatuh ketika cuba menjemur kain. Pada mulanya, jiran pasangan itu menyangka tiang bambu yang terjatuh ke tanah apabila mendengar bunyi kuat tetapi terkejut melihat jasad seorang lelaki yang sudah tidak bernyawa. Polis dan paramedik kemudian dipanggil ke tempat kejadian bagaimanapun mangsa disahkan mati di tempat kejadian. Sejurus selepas itu, isteri kepada lelaki itu pula mendapat serangan jantung. Menurut saksi, si isteri pitam mendengar perkhabaran mengenai suaminya dan dikejarkan oleh ambulan ke hospital berdekatan. Bagaimanapun, laporan berita susulan oleh akhbar The New Paper mengatakan wanita itu juga mati pada hari yang sama selepas CPR gagal memulihkannya.- CARI |
paz replied at 22-9-2019 04:48 PM
Sebabnya nak sidai kain aja. Maknanya bahaya lah process nak sidai kain dia orang ni.
ADVERTISEMENT