CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siang Seperti Malam - Hutan Amazon Terbakar Teruk

23-8-2019 11:01 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7173| Komen: 46|Original author: natrahn

Kredit Foto - Google

Hutan Amazon, hutan tropika terbesar di dunia dan menyumbangkan 20% kadar oksigen dunia kini berubah seperti malam walaupun pada waktu siang kerana kepulan asap memenuhi ruang langit.

Ia sekaligus menyebabkan sinaran marahari ditutupi asap dan debu.

Kredit Foto - Reuters 

Apabila tiba waktu malam suasana langit diterangi api yang terus marak. 

Kredit Foto - Reuters

Kredit Foto - New York Post : Bandar Terbesar Brazil - Sao Paolo menjadi gelap pada waktu siang kerana asap tebal

Hutan Amazon sedang terbakar pada kadar satu padang bola setiap minit namun malapetaka ini tidak menimbulkan sebarang kerisauan kepada Presiden Brazil Javier Bolsorano.

Kredit Foto - Google : Presiden Brazil, Jari Bolsonaro

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro pada Khamis berkata, pihak kerajaan tidak dapat bertindak dengan cekap kerana kekangan sumber untuk memadamkan kebakaran.

Rakyat Brazil dan masyarakat dunia bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataannya yang sekadar menyatakan tentang usaha menyiasat punca kebakaran.

Sejak lebih seminggu yang lalu, pelbagai imej dan video mengerikan sudah tersebar di susur masa media. Warganet di seluruh dunia menyuarakan kebimbangan itu di dunia maya dengan pelbagai hashtag digunakan antaranya #AmazonFires, #SaveAmazonRainforest dan #PrayforAmazonia.

Kredit Foto - Twitter Christiano Ronaldo

Kredit Foto - Instagram Leonardo Dicaprio

Kebakaran hutan Amazon satu tamparan hebat kepada penduduk Bumi. Kebakaran ini bukan hanya membahayakan hutan tetapi nyawa manusia dan haiwan juga terancam.


Kredit Foto - Reuters

Impak pembakaran ini membahayakan alam sekitar sejagat kerana hutan Amazon antara penyerap karbon yang penting yang masih wujud. Kehilangan hutan Amazon akan memberi impak negatif kepada usaha melambatkan pemanasan global yang akan menyebabkan naiknya paras laut. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harizs 23-8-2019 11:03 AM
#PrayForAmazon

Mengikut berita terkini, kepulan asap dari kebakaran di hutan amazon telah merebak sehingga ke bandar Sao Paulo.

Kebakaran disebabkan cuaca terlalu kering akibat pemanasan global.

Jarak kedua-dua lokasi ini adalah 2700km++!

Nampak tak betapa luasnya kawasan yang terbakar tu

Fyi, hutan amazon menyumbang 20% sumber oksigen di bumi. Sebab tu  hutan amazon turut dikenali sebagai 'planet's lungs'.
Quote toynme 23-8-2019 11:07 AM
kesian tgk haiwan mati beramai2.........
Quote Suchi 23-8-2019 11:13 AM
Akhirnya ade gak kuar berita nih, sedih gila tengok gambar2 haiwan yg mati tu.
Gitu je mati terbakar belaka. Dahlaa tak kuatkuasakan undang2.

Quote Suchi 23-8-2019 11:16 AM
Dah 3 minggu terbakar langsung takde coverage dr media apanihhhhh?nak sorok ke??
Memang tak risau langsung ke apa depa ni??? Iols tgk smlm berita pasal ni kuar kat fb rasa nak marah n mengamuk.


Quote eyansss 23-8-2019 11:25 AM
tahniah manusia...  tahniah...
Quote Kurex 23-8-2019 11:26 AM
Apa punca kebakaran? Iols usha ig Gisele Bundchen, jadi iols tau 3 hari lepas
Quote Artemesiaa 23-8-2019 11:28 AM
Amat menyedihkan banyak kemusnahan berlaku
Quote annehuda 23-8-2019 11:31 AM
harizs replied at 23-8-2019 11:03 AM
#PrayForAmazon

Mengikut berita terkini, kepulan asap dari kebakaran di hutan amazon telah mereba ...

bohong la sbb cuaca terlampau kering. sbnrnye mmg kerajaan brazil aim nak usahakan rainforest tu, tu yg dibakar and brazil pun buat bodo je. kalau ditebang obvious sgt, ha bako je. ujung2 salahkan cuaca.
Quote harizs 23-8-2019 11:40 AM
Kurex replied at 23-8-2019 11:26 AM
Apa punca kebakaran? Iols usha ig Gisele Bundchen, jadi iols tau 3 hari lepas

Ini puncanya...

[youtube]kA7opFdGs7g[/youtube]
Quote whadda 23-8-2019 11:56 AM
macam tak semangat je presiden brazil tu bagi pendapat.. ala2 redho.. ko nak tebang sebenarnye kann.. bertempiaran lari la orang2 asli dalam hutan tu
Quote damsel_fiji 23-8-2019 12:10 PM
Kesian .. harus sloth yg slow tu banyak mati rentung terbakar
Quote DollahRepek 23-8-2019 12:19 PM
OMG..Dahsyatnya
Quote chicozinn 23-8-2019 12:58 PM
takkan la 3mggu dibiarkan aje??bomba mana??tipu la
Quote CiliPadiSedap 23-8-2019 02:02 PM
lepas ni siapa perlukan bantuan oxygen CPR  kaka sediakan tp syaratnya bagi gambar size pasport no filter ok.
Quote CiliPadiSedap 23-8-2019 02:03 PM
chicozinn replied at 23-8-2019 12:58 PM
takkan la 3mggu dibiarkan aje??bomba mana??tipu la

tebakar skala besar ni bukan kerja bomba sis, kena guna pembenihan awan nano. indonesia jerebu bomba dia org pun buat xtahu. inikan amazon.
Quote ell768 23-8-2019 02:09 PM
celaka betul manusia yg buat keje bodoh mcm ni...mmg nak mati sgt laa tu
Quote diggerr 23-8-2019 02:44 PM
Dunia semakin scary
Quote kelana36 23-8-2019 03:57 PM
Terbakar pulak... ala sayangnya.

Teringat masa fly dari Caracas ke Buenos Aries, hijau sejauh mata memandang, dengan sungai sungai yang jernih air nya.
Quote cupu 23-8-2019 04:22 PM
damsel_fiji replied at 23-8-2019 12:10 PM
Kesian .. harus sloth yg slow tu banyak mati rentung terbakar

Kesiannya dia..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.056371 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top