CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ada Anak Kecil? Ini Fakta Mengenai Pedofilia Yang Perlu Anda Tahu!

27-8-2019 11:47 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 6279| Komen: 9|Original author: intan

Kecoh seketika rakyat Malaysia apabila isu pedofil heboh diperkatakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ini merupakan satu kebimbangan terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah.

Apa itu Pedofilia?

Menurut kajian, pedofilia merupakan satu orientasi seksual di mana pelaku mempunyai keinginan seksual luar biasa terhadap kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah, malah sehingga ada yang bernafsu terhadap bayi satu bulan! Ngeri! Manakala terma pedofil merujuk kepada pelaku pedofilia.

Secara lanjutnya, pedofilia merupakan sejenis keinginan untuk melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak serta bayi. Walaupun sekadar mempunyai rasa tertarik dan berfantasi melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak walaupun tidak pernah menyentuh mereka, seseorang itu masih dianggap sebagai pedofilia.


Persatuan Psikiatri Amerika (APA) telah mengklasifikasikan manusia yang mempunyai nafsu dan keinginan seks terhadap kanak-kanak ini adalah mempunyai penyakit mental.

Peningkatan kes kehilangan kanak-kanak di Malaysia juga semakin membimbangkan. Apakah yang telah terjadi sebenarnya? Ke manakah kanak-kanak kecil yang tidak berdaya ini pergi? Persoalan tersebut kini dilihat semakin meruncing dengan pendedahan laman 'dark web' yang dikatakan menjadi salah satu punca kehilangan kanak-kanak ini. 

Di laman 'dark web' ini, terdapat beribu laman yang memaparkan video serta gambar-gambar sadis memaparkan anak-anak kecil didera, dirogol dan dibunuh. Malah, terdapat kes di mana pedofil mengaut jutaan ringgit kerana menjual gambar dan video bayi semuda 1 bulan diperlakukan secara ganas akibat dirogol oleh lelaki dewasa.

Namun, yang mengejutkan  Malaysia terdapat juga manusia bergelar pedofil ini yang tidak segan silu menawarkan video dan gambar lucah anak kecil dalam aplikasi seperti Whatsapp Group dan Telegram. 


Mengikut statistik daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, seramai hampir 5000 individu dilaporkan hilang pada tahun 2013, dan hanya lebih kurang 2,400 orang berjaya ditemui semula. Yang menyayat hati, 45 peratus daripada kes orang hilang melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun.


Richard Huckle
Mengimbas kembali sejarah pedofilia yang pernah berlaku di negara kita, iaitu kes Richard Huckel. Dia yang merupakan seorang sukarelawan berimej baik dan dilihat sebagai seorang yang sayangkan kanak-kanak. Richard telah ditahan dan didapati telah melakukan perbuatan keji tersebut selama 9 tahun sebelum diberkas polis pada tahun 2017. Kebanyakan mangsa Richard berumur dalam kalangan 6 bulan sehingga 12 tahun. 

Hanya selepas penahanan Richard itu, kerajaan Malaysia baru menubuhkan undang-undang mengenai jenayah seksual kanak-kanak pada tahun 2017. 

Baru-baru ini kecoh pula mengenai seorang pedofil dari Malaysia yang mengakui 'tidak merasa apa yang dilakukannya itu salah' akibat perbuatannya mengumpul hampir 30,000 video dan gambar lucah kanak-kanak, serta video seks yang diklasifikasikan sebagai 'Kelas A' dalam sejarah kesalahan melibatkan pedofilia.

Nur Fitri Azmeer Nordin, pelajar Malaysia di London yang telah diberkas kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak. Kini dia sedang menyambung pelajaran di peringkat PHD di UKM.

Sebagai ibu bapa, apa yang perlu dilakukan dalam memastikan keselamatan anak-anak?


Bahaya itu tidak diundang, malang itu tidak berbaur. Namun sebagai ibu-bapa, paling tidak pun kita boleh memastikan keselamatan anak-anak lebih terjamin di bawah pengawasan kita. Antara yang boleh dilakukan adalah:

1. Tidak sesekali memuat naik gambar atau video anak-anak kecil tidak berbaju atau berpakaian tidak sopan di laman sosial. 
2. Bersifat selektif dan lebih baik merahsiakan kepada umum di mana lokasi anak anda bersekolah dan sebagainya.
3. Latih anak anda untuk tidak memberi kebenaran kepada sesiapa pun untuk menyentuh kemaluan dan bahagian intim mereka.
4. Sering bertanyakan apa yang terjadi di sekolah, taska dan sebagainya. Kenal pasti jika terdapat perubahanpada tubuh badan terutama bahagian intim.
5. Beri perhatian jika anak kelihatan tidak selesa, atau kelihatan murung berbanding hari biasa. 
6. Tidak membiarkan anak-anak berseorangan di tempat awam tanpa pengawasan orang yang dipercayai.
7. Sentiasa membuat pemeriksaan ke atas telefon bimbit anda jika terdapat perkara mencurigakan.

Diharap semua ibu-bapa memberi lebih perhatian kepada isu ini kerana sesungguhnya perkara ini sangat serius! Hubungi talian Nur 15999 atau segera membuat laporan pemeriksaan kesihatan jika anak-anak anda menjadi mangsa pedofilia. - CARI 

Kredit info: Says.com
2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 27-8-2019 11:58 AM
Pedophilia dan cannibalism walk hand in hand as elite ritual. Semua negara ada. Anak kecil kalau hilang takkan jumpa lagi dah
Quote diggerr 27-8-2019 12:05 PM
Berhati hati semuaaa
Quote Artemesiaa 27-8-2019 12:08 PM
Dah ada penerangan dan saranan elok diberi perhatian
Quote Peterpan17 27-8-2019 08:58 PM
Minta para pembekap pedo Fitri masuk dan memberi sepatah dua kata.
Quote dani-rox 27-8-2019 11:44 PM
1. Talk about body parts early.

Name body parts and talk about them very early. Use proper names for body parts, or at least teach your child what the actual words are for their body parts. I can’t tell you how many young children I have worked with who have called their vagina their “bottom.” Feeling comfortable using these words and knowing what they mean can help a child talk clearly if something inappropriate has happened.

2. Teach them that some body parts are private.

Tell your child that their private parts are called private because they are not for everyone to see. Explain that mommy and daddy can see them naked, but people outside of the home should only see them with their clothes on. Explain how their doctor can see them without their clothes because mommy and daddy are there with them and the doctor is checking their body.

3. Teach your child body boundaries.

Tell your child matter-of-factly that no one should touch their private parts and that no one should ask them to touch somebody else’s private parts. Parents will often forget the second part of this sentence. Sexual abuse often begins with the perpetrator asking the child to touch them or someone else.

4. Tell your child that body secrets are not okay.

Most perpetrators will tell the child to keep the abuse a secret. This can be done in a friendly way, such as, “I love playing with you, but if you tell anyone else what we played they won’t let me come over again.” Or it can be a threat: “This is our secret. If you tell anyone I will tell them it was your idea and you will get in big trouble!” Tell your kids that no matter what anyone tells them, body secrets are not okay and they should always tell you if someone tries to make them keep a body secret.

5. Tell your child that no one should take pictures of their private parts.

This one is often missed by parents. There is a whole sick world out there of pedophiles who love to take and trade pictures of naked children online. This is an epidemic and it puts your child at risk. Tell your kids that no one should ever take pictures of their private parts.

6. Teach your child how to get out of scary or uncomfortable situations.

Some children are uncomfortable with telling people “no”— especially older peers or adults. Tell them that it’s okay to tell an adult they have to leave, if something that feels wrong is happening, and help give them words to get out of uncomfortable situations. Tell your child that if someone wants to see or touch private parts they can tell them that they need to leave to go potty.

7. Have a code word your children can use when they feel unsafe or want to be picked up.

As children get a little bit older, you can give them a code word that they can use when they are feeling unsafe. This can be used at home, when there are guests in the house or when they are on a play date or a sleepover.

8. Tell your children they will never be in trouble if they tell you a body secret.

Children often tell me that they didn’t say anything because they thought they would get in trouble, too. This fear is often used by the perpetrator. Tell your child that no matter what happens, when they tell you anything about body safety or body secrets they will NEVER get in trouble.

9. Tell your child that a body touch might tickle or feel good.

Many parents and books talk about “good touch and bad touch,” but this can be confusing because often these touches do not hurt or feel bad. I prefer the term “secret touch,” as it is a more accurate depiction of what might happen.

10. Tell your child that these rules apply even with people they know and even with another child.

This is an important point to discuss with your child. When you ask a young child what a “bad guy” looks like they will most likely describe a cartoonish villain. You can say something like, “Mommy and daddy might touch your private parts when we are cleaning you or if you need cream — but no one else should touch you there. Not friends, not aunts or uncles, not teachers or coaches. Even if you like them or think they are in charge, they should still not touch your private parts.”


THINGS TO REMEMBER…

1. If Your Child is Sexually Abused, Don’t Blame Them. Often times, the abuser will make a child feel as if they contributed to their abuse. A child is never at fault – adults know better and must accept full responsibility for their actions.

2. You Probably Won’t Recognize a Pedophile. Despite the picture people may have of a pedophile, there is not one “look” for a sexual predator. They come from a variety of backgrounds, professions, and ethnic backgrounds. Usually the pedophile is known by both the child and you.
Quote cmf_Strawberry 28-8-2019 08:59 AM
Sedih sgt2 and depressing. Semoga lebih byk kempen dan kesedaran pasalni. Kdg i wonder negara mcm uk n us yang kononnya strict tp lebih byk secret crime paedo ni. Refer to thread eipstein.
Quote Mierafaziera 28-8-2019 09:11 AM
cmf_Strawberry replied at 28-8-2019 08:59 AM
Sedih sgt2 and depressing. Semoga lebih byk kempen dan kesedaran pasalni. Kdg i wonder negara mcm uk ...

betul...sedihnya..kaka kemurungan rasa baca thread ni...Ya Allah lindungilah anak2 ku dan seluruh kanak2 didunia ni dari gangguan pedo!!
Quote kechikchomel 30-8-2019 10:28 PM
Kawan iolss suka sangat buat yg no.1 tu. Berapa kali dah dia upload kat FB tu.
Ada je org tegur, tapi dia buat tak tau je.

Ehhhh!!!! Bodoh la ko pompuan!!!!
Quote mayakaren 13-9-2019 11:02 PM
Semoga anak anak semua dilindungi Allah swt..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.097259 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top