Mantan Perdana Menteri membelanjakan kira-kira RM3.3 juta untuk membeli barangan kemas De Grisogono di Itali sebagai hadiah kepada isteri bekas Perdana Menteri Qatar. Lapor Utusan, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Husain, 54, berkata, perkara itu diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak ketika kenyataannya dirakamkan SPRM.
"Itu dakwaan Datuk Seri Najib. Beliau juga terangkan jumlah digunakan seperti mana hasil siasatan," kata saksi pendakwaan ke-57 itu ketika menjawab soalan peguam Farhan yang mewakili Najib dalam perbicaraan berhubung penyelewengan dana SRC International hari ini. Beliau juga mengesahkan Najib menyatakan barangan kemas itu diberi kepada pemimpin luar negara kerana mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia.
Dalam perbicaraan sebelum ini, Naib Presiden Kanan Kumpulan Ambank, Yeoh Eng Leong, 58, mengemukakan keterangan mengenai transaksi kad kredit bekas Perdana Menteri itu yang menunjukkan sebanyak RM2.86 dibelanjakan di butik barangan kemas berkenaan menggunakan kad kredit Mastercard Ambank miliknya. Manakala, kad kredit Visa Ambank menunjukkan dua transaksi pembayaran berjumlah RM456,360.51. Sementara itu, BH Online melaporkan, Eng Leong mendakwa kedua-dua kad kredit Ambank itu mempunyai limit penggunaan berjumlah RM3 juta. - CARI
|
Minami2013: Wow...
ahd_naa replied at 25-8-2019 09:28 PM
tujuan bagi bekas isteri orang?
kucingitam replied at 26-8-2019 11:46 AM
bukan bekas isteri la...isteri bekas pemimpin...hihi..
beli brg kemas bg kat bini org juta2...gun ...
ahd_naa replied at 26-8-2019 09:57 PM
hahahaa.. my bad. untungla bini orang tu.
ADVERTISEMENT