CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dahla Karamel, Bubuh Sirap Lagi, Boba, Whipping Cream. Tak Takut Kena Dialisis Ke?"

27-8-2019 02:19 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13980| Komen: 128|Original author: Shimmer Shine




Rakyat Malaysia dengan minuman manis seakan tidak dapat dipisahkan.  Sebut sahaja minuman yang ditambah 'pearl' atau boba semakin dikenali ramai hinggakan anak kecil pun sudah pandai meminta-minta. 

Bukan itu sahaja,  kafe hipster dan restoran berjenama antarabangsa pun turut menghidangkan gaya hidup urban,  kononnya. 

Sudahlah minuman berkaramel,  diletakkan sirap gula lagi,  tabur dengan karamel di bahagian bawah dan atas dan akhir sekali masukkan whipped cream yang menjadi kebanggan segelintir orang. 

Namun, hakikat yang terpaksa dihadapi selepas itu sangat menyakitkan.  Ini kerana hampir 40,000 warga Malaysia disahkan mengalami kegagalan buah pinggang dan ianya berpunca daripada minuman manis! 





Kredit foto: Twitter

Hal ini sangat menggusarkan di mana kesan negatifnya bukan lagi memberi impak kepada orang tua sahaja,  malahan generasi muda yang sangat menyukai minuman tidak sihat ini! 


Foto : Google

Angka ini akan semakin meningkat jika obses terhadap 'minuman potong kaki' ini tidak dihalang. Malahan ada yang berkata mujurlah kos perubatan di negara kita masih mendapat subsidi kerajaan.  Jika tidak, memang parah! 

"Nasib kita bukan macam amerika, insulin pun 
almost free, kalau tak ramai dah mati. Oh well"

foto : Google

Bagaimanapun, ada yang berkata ianya boleh diambil selagi kita mampu mengawalnya.  Sebagai contoh,  sebulan sekali sahaja dibenarkan. 

"Tbh... I nak rasa je. As self reward myself. I think ok kalau nak minum but kena cut 500kcal per daily."


Jadi,  bagaimana?  Takut kan melihat orang muda-muda belum 30an lagi terpaksa membuat dialisis kerana masalah yang dicari sendiri. - CARI 
2

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beatgirlX 27-8-2019 02:21 PM
Boboa hunting...terpengaruh la ni..
Harap2 trend ni cepat berlalu bagaikan anginnn
Quote haryatie 27-8-2019 02:27 PM
manis2 ni aku x minum la
hari2 minum air putih kosong jerk
Quote CatMiow 27-8-2019 02:33 PM
Yg kena tu jenis tak biasa minum air kosong kot. Dah tu kat rumah hadap lagi air kordial.

Quote duradanis 27-8-2019 02:38 PM
kalau dah selalu minum manis, bila tak dapat rasa mengelupor je.. tu yg ada tu siap hunting benda mcm ni..
harap2 berpada2 la nk minum, klau boleh elakkn. cuba la
Quote Madel 27-8-2019 02:41 PM
Naseb baik aku bukan peminat manis2 ni
Aritu brown pearl kat Family Mart sekali je beli..tak sedap pun.
Tak leh telan manis berlemak2 gini.
Quote ctaz 27-8-2019 02:41 PM
giler....
bila umur 30++ baru menyesal....
Quote Fleur81 27-8-2019 02:41 PM
Terus terasa insaf kejap tak nak minum manis2 ni
Quote ifanonline 27-8-2019 02:43 PM
nak minum boleh...takde la tak minum langsung..but u have to drink a lot of water after that..and regular excercise...banyak makan nasik juga boleh menyebabkan kencing manis...
Quote dua_chzy 27-8-2019 02:46 PM
CatMiow replied at 27-8-2019 02:33 PM
Yg kena tu jenis tak biasa minum air kosong kot. Dah tu kat rumah hadap lagi air kordial.

Pehtu sayur hijau tanak makan. Ikan pon jarang makan. Asyik melantak ayam dan daging. Masak pon balik2 stail goreng, balik2 bersantan, balik2 gulai masak kasi pecah minyak segala. Makan sayur hijau tumis bawang putih ngan garam jah (or if nak sedap sikit, letak la oyster sos), tak reti.

Selayaknyalah dapat penyakit macam2.
Quote diggerr 27-8-2019 02:54 PM
Pakej cepat ke spital
Quote kikuri 27-8-2019 03:00 PM
mujo aku tak gemor benda2 gini... kalo tak skang ni mesti aku dah kena cucuk insulin gamaknya
Quote saviour_09 27-8-2019 03:00 PM
benci aku  manis2 ni
benda ntah korang kemaruk sangat

sakit tekak oi
diabetes lagi satu hal

aiyoooo korang millenial
Quote keds 27-8-2019 03:03 PM
Biarkan dia nak minum....20 tahun lagi tempah katil hospital sebab makan Manis berkilo kilo camni... Sendiri Cari penyakit...
Quote Cpkay 27-8-2019 03:03 PM
boleh je.. in moderate. bukan setiap minggu..
sebulan sekali untuk hilangkan sugar craving
Quote Supersirap 27-8-2019 03:04 PM
Boleh minum manis tetapi kena kawal, jangan terlebih minum sudah
Quote weezerfan 27-8-2019 03:05 PM
Aku rasa si epal akan jd org pertama yg kena dialisis dek bobba tea ni
Quote amyza 27-8-2019 03:11 PM
Beli lah jugak sebab nak try. Tak boleh beli selalu, parah poket.
Quote supermum 27-8-2019 03:12 PM
Everything in moderation lah. Nak cut off terus nanti hilang nikmat hidup.
Quote sonatalady 27-8-2019 03:13 PM
Dah cuba yg viral ni...tu lah sekali aje.
X tau napa org kata sedap...memang manis...pearl tu pn payah nak kunyah.
Citarasa x sama kot..tp rasa sedap lg teh ais.

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.054315 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top