CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Cantiknya!" - Tuanku Permaisuri Agong Jadi Idola, Pelajar Pilih Gaya Baginda Untuk Gambar Kelas

29-8-2019 10:52 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 11207| Komen: 45|Original author: natrahn


Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah suka memakai baju kurung setiap hari kerana terinspirasi dengan gaya berpakaian nenda dan bondanya. 

Sejak kecil baginda sering melihat penampilan kedua-dua figura itu sentiasa kemas dan anggun berbaju kurung.

Kredit foto: Google

Oleh itu, baju kurung menjadi busana selesa yang disarung baginda setiap hari ke mana-mana sahaja termasuk keluar membeli-belah atau melawat kampung, selain semestinya ketika menghadiri majlis rasmi.


Kredit foto: Google

"Istana mempunyai peranan menghidupkan pakaian Melayu dan kita boleh mempengaruhi orang untuk mencintainya," titah baginda memetik laporan Berita Harian sebelum ini.

Nampaknya hasrat baginda Raja Permaisuri Agong untuk menghidupkan pakaian Melayu dan memulakan trend berbaju kurung telah menjadi kenyataan. 

Baru-baru ini sekumpulan pelajar perempuan dari SMK Seksyen 24(2) telah memilih gaya Raja Permaisuri Agong untuk digayakan ketika sesi bergambar kelas mereka.

Kredit foto: Twitter Sarah Misha

Kredit foto: Twitter Sarah Misha

Menerusi laman Twitter, salah seorang daripada pelajar perempuan tersebut iaitu Sarah Misha telah berkongsikan gaya pemakaian baju kurung mirip Raja Permaisuri Agong, yang juga merupakan idola mereka.

Perkongsian itu mendapat pujian dari netizen yang suka dengan gaya sopan mereka.


Nampak elegan sampai ada yang menyangka mereka adalah pelajar universiti.


Tuanku Azizah turut memuji gadis-gadis manis tersebut menerusi laman twitter peribadinya.




Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan termasuklah baginda Raja Permaisuri Agong dan Sarah Misha. 

Siapa lagi yang boleh mengekalkan warisan budaya Melayu kalau bukan kita sendiri kan? - CARI 
6

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-8-2019 11:01 AM
Mendunia RPA ye..
Quote ezacbee 29-8-2019 11:03 AM
Glamer dah
Quote Foxey 29-8-2019 11:06 AM
Harap2 kekal berpakaian sopan sampai bila2
Quote moonbug 29-8-2019 11:14 AM
Budak sekolah rupanya. Mula-mula tengok gambar ingatkan student uni
Quote yen 29-8-2019 11:20 AM
cantik....
Quote rospinki 29-8-2019 11:23 AM
hidup bertuhankan IG
Quote cap_ayam 29-8-2019 11:30 AM
Sopan.. nasib baik pakai baju kurung camni lidah kamu semua tak terjelir.. senyum macam tu kan manis sangat..
Quote diggerr 29-8-2019 11:36 AM
Cantik.....
Quote Cpkay 29-8-2019 11:37 AM
cantik.. moga istiqamah ya.. jangan nak batak likes sangat
Quote CatMiow 29-8-2019 11:46 AM
Aku peminat tegar baju kurung sebab evergreen.
Tapi lama2 aku sendiri juga bosan.  Jadi baju aku ada fesyen la sikit...  Baju kurung juga,  tapi moden...  Kembang2 tangan sikit.  Tak la over sangat.

Bukan apa,  bagi aku baju kurung ni pakai apa2 majlis pun sesuai. Dari majlis yg kegembiraan mahupun yg tak gembira (kematian).
Kalau peplum kembang semangkuk, majlis kg2 aku tak kan nak pakai,  ye la aku bukan suka jadi center of attention. Lain la kalau kawen orng yg aku kenal.
Quote natrahn 29-8-2019 11:47 AM
CatMiow replied at 29-8-2019 11:46 AM
Aku peminat tegar baju kurung sebab evergreen.
Tapi lama2 aku sendiri juga bosan.  Jadi baju aku a ...

Peplum kena tengok majlis sbb macam grand sangat fesyen tu.. Baju kurung mmg sesuai semua majlis...
Quote Artemesiaa 29-8-2019 11:50 AM
Kurung tradisi pastinya lebih nampak cantik dan sopan bila dipakai
Quote CatMiow 29-8-2019 11:51 AM
natrahn replied at 29-8-2019 11:47 AM
Peplum kena tengok majlis sbb macam grand sangat fesyen tu.. Baju kurung mmg sesuai semua majlis.. ...

Ada juga peplum yg simple,  tapi badan plus size mcm saya kena 'grand'sikit ombaknya. Baru tak nampak perut.

Tapi simple2 pun tak kan nak bawa g majlis yg hiba2 atau lawat orng kat sepital kan.
Quote natrahn 29-8-2019 11:54 AM
CatMiow replied at 29-8-2019 11:51 AM
Ada juga peplum yg simple,  tapi badan plus size mcm saya kena 'grand'sikit ombaknya.  Baru tak  ...

betul tu... saya suka tengok org pakai peplum..cute... cuma fesyen tu tak sesuai dgn saya sbb kalau saya pakai jadi cute huge
Quote akr 29-8-2019 12:22 PM
skola aku dlu msuk forum pulek.tmpg glemer je la

btw memg nmpk cntik,ayu,sopan bdak2 ni.cun ahhh
Quote gummiebear 29-8-2019 01:16 PM
Sopan jah nampak.. cantikk
Quote EvieWanKenobi 29-8-2019 01:25 PM
kalau ada tukang iron, i pun nak pakai
baju kurung hari2..
Quote mbhcsf 29-8-2019 01:30 PM
i suka baju the Queen ni and satu lagi fashion sense Raja Zarith Sofia.
Quote haziqah 29-8-2019 01:46 PM
Edited by haziqah at 29-8-2019 01:47 PM
cap_ayam replied at 29-8-2019 11:30 AM
Sopan.. nasib baik pakai baju kurung camni lidah kamu semua tak terjelir.. senyum macam tu kan manis ...

Saya takleh tgk pengantin yg buat gaya pelik2. Mcm ni cantik dan sopan sangat. Walaupun depa bukan pengantin

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.044317 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top