CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Rasa Bagus, Datang Ambil Lagu"- M Nasir Cabar Penyanyi BBNU

29-8-2019 11:03 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 20071| Komen: 106|Original author: Oleh: HakirRahman

Penyanyi lagenda tanah air, M Nasir tidaklah kedekut lagu seperti dikatakan sebilangan pihak, tetapi dia meletakkan syarat tertentu kepada penyanyi baru yang hendak menyanyikan lagunya. 


Dilaporkan Kosmo, penyanyi dan komposer berusia 62 tahun itu berkata, antara syaratnya adalah penyanyi BBNU hendaklah mempunyai kualiti yang bagus. 

Pendek kata, jangan sekadar jual rupa dan gosip sahajalah! 


Aku ada banyak lagu, berani datanglah ambil

Foto: Google

"Dalam simpanan saya ada banyak lagu. Kriteria saya mudah, tidak perlu rasa takut. Kalau anda (pendatang baharu) merasakan diri anda bagus, datanglah," katanya. 

Menurutnya lagi, penyanyi sekarang juga hanya tertumpu kepada aspek komersial sahaja, tidak ada identiti sendiri, tidak seperti penyanyi lama. 


Penyanyi sekarang tidak ada identiti muzik
Foto: Instagram

"Sewaktu 40 tahun lalu ketika saya mahu menjadi penyanyi, saya telah tetapkan mahu mencari kelainan, identiti muzik yang berbeza. Pendatang baharu masa kini terlalu fokus pada komersial," jelasnya.

Nah, apa lagi penyanyi baru, berani tak menghadap otai dan meminta lagu untuk dinyanyikan kalau rasa sudah cukup bagus? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote unguaurora 29-8-2019 11:09 AM
Tp lagu2 heols skrg pelik. Mcm lagu2 yg heols bagi kat joey tu.
Quote zunto 29-8-2019 11:15 AM
kalau iols bbnu tu iols sahut cabaran tuh.. hehe
Quote tensic~ 29-8-2019 11:17 AM
Jom pegi konsert dia
Quote kiambang 29-8-2019 11:17 AM
Tak salah mintak lagi kat m nasir. Masa tu  baru tau kemampuan diri ..
Quote palmolive 29-8-2019 11:20 AM
kalo aku penyanyi BBNU, aku pergi...takder la hadap gosip tayang nonet jek
Quote Megikari 29-8-2019 11:20 AM
Toklip, sila la sahut cabaran ni {:laugh
Quote TerataiMelur02 29-8-2019 11:30 AM
Asad mowtah, megat rahim ha ni penyanyi bbnu yg perasan suara sedap.. G la sahut cabaran mnasir ni
Quote diggerr 29-8-2019 11:33 AM
Legenddddd
Quote takayama 29-8-2019 11:43 AM
so apa lg penyani bbnu sila jumpa M Nasir utk dptkan lagu
mana taw dpt lagu sorg legend tetiba sore jd merdu
Quote kiyudi 29-8-2019 11:46 AM
bbnu tkot nk jmpa dia...tkot nti di who are yus kan oleh toksir
Quote inspektoremos21 29-8-2019 12:00 PM
Antara anak didik m.nasir yg iols boleh layan Spider je. Lagu2 spider mostly memang sedap di halwa telinga iols dgn suara tam yg serak2 basah tu. Rasanya semua anugerah diorg pernah dpt dkt malaysia ni. Trofi ABPBH, AJL, AIM, APM semua merasa lah diorg.
Quote Catpaw 29-8-2019 12:17 PM
Megikari replied at 29-8-2019 11:20 AM
Toklip, sila la sahut cabaran ni {:laugh

tok vida sekali
Quote edoraixora 29-8-2019 12:19 PM
mapuhlah kalau nabila razali yg mintak lagu kat m.nasir nanti
Quote edoraixora 29-8-2019 12:19 PM
haqiem rusly rasanya boleh sahut cabaran m nasir tu
Quote chicozinn 29-8-2019 12:20 PM
inspektoremos21 replied at 29-8-2019 12:00 PM
Antara anak didik m.nasir yg iols boleh layan Spider je. Lagu2 spider mostly memang sedap di halwa t ...

tau xpe..sampai skang masih boleh layan lagu2 spider..sayang dorang da xsefemes dulu da skang..

Quote beloomberk 29-8-2019 12:22 PM
Penyanyi icanseeurvoice mostly menyanyi lagi sedap dari bbnu yg sedia ada..
Quote gerbera.memopad 29-8-2019 12:41 PM
Teringin nak pergi konsert beliau November ni tapi dah plan nak pergi cuti-cuti pulak
Quote September14 29-8-2019 12:45 PM
Lgu dia best2 kut... lirik utk lgu2 dia pun mcm di luar kotak...
Quote lasagna 29-8-2019 12:45 PM
inspektoremos21 replied at 29-8-2019 12:00 PM
Antara anak didik m.nasir yg iols boleh layan Spider je. Lagu2 spider mostly memang sedap di halwa t ...

iya betul iols stuju, so far yg brani hanya group Spider jer.
bbnu ni skrg nk jmp tok sir pun agaknya takot, mebi bbnu ni anggap lagu tok sir mcm ber-genre nusantara. tp rsenya tak de lah dia nk buat semua gitu, salah satu contoh lagu Spider tu.

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.102498 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top