CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kongsi Gambar Kena Gari, Suami Nadya Syahera Dicekup 'Simpan' PATI?

28-8-2019 02:55 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 15119| Komen: 65|Original author: SakuraJo

Suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi sebelum ini menarik perhatian netizen dengan kisah masalah rumah tangganya.

Tak lama selepas itu, dilaporkan pula restoran miliknya di Shah Alam terbakar dijilat api.

Terbaru, nama Fizul sekali lagi menjadi bualan ramai selepas dikatakan dicekup pihak berkuasa. Apa yang terjadi sebenarnya?


Memetik laporan Utusan Malaysia, Fizul mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan membenarkan imigran haram tinggal dalam sebuah premis.

Difahamkan, dia dengan sengaja membenarkan tujuh imigran haram tinggal di sebuah premis di Seksyen 7 Shah Alam pada 20 Februari lalu.

Dengan ini Seksyen memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang tinggal di dalam premisnya itu.


Namun, Fizul menerusi peguamnya dikatakan memohon untuk menangguhkan keputusan mahkamah pada tarikh lain atas alasan tidak cukup wang.

Dia juga telah diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Menerusi Instagram juga Fizul berkongsi gambar tangannya digari. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 28-8-2019 03:08 PM
Terus keluar ayat2 agama
Quote nia_salina 28-8-2019 03:12 PM
umbut: Terus keluar ayat2 agama


khennnn .baru la nampak suci tak bersalah uols
Quote gracieyna 28-8-2019 03:16 PM
tak rasa kesian masalahnya.
Quote chicozinn 28-8-2019 03:21 PM
kalu ko x up kat ig xde pun org tau psal ko kne tgkap la pijol..memang sek2 kito jange pecoh ni suka ea nama pijol pijo ni?
Quote Melorqe 28-8-2019 03:23 PM
takkan la tak tau
orang tgh membenteras pati
ko nak tolong but apa
ramai ooo pati yg bekerja kat restoren dan kedai2
aku tak faham kenapa tak de yg kena tangkap
senang2 je imigresen boleh buat random check kat premis.
Quote edoraixora 28-8-2019 03:23 PM
dah mengaku salah jadahnya sebut mahkamah dunia & akhirat bagai
Quote kucingitam 28-8-2019 03:32 PM
takde hashtag ke kali ni?
Quote Juliamubin 28-8-2019 03:37 PM
x buat poll patut kena tangkap atau x ker
Quote fifie_olin 28-8-2019 03:39 PM
bangga tayang tgn kena gari
Quote prettyuglybabe 28-8-2019 03:51 PM
sapa yang amik gambar tu?
entah-entah saja mintak kena gari nak amik gambar punya pasal
Quote ikanmasin 28-8-2019 04:07 PM
jenis yg mengharapkan org like bagai..batak
sgt.dr org tak tau jadi tau..
Quote Loh_83 28-8-2019 04:18 PM
Boley meh amek gambar time tangan tengah kene gari??



Quote buapakperut 28-8-2019 04:48 PM
saje nak glemer ke. dah terbakar pun sendu kan
Quote lasagna 28-8-2019 04:59 PM
asben dh mgaku, dia plak nk bermadah agama..
mcm-mcm hal.. pegi simpan pati tu dah nape laa.. haa kedai sheol dh beroperasi semula kaa?
Quote Cenderakirana9 28-8-2019 06:03 PM
Perlu ke upload gambar kena gari..
Quote aammyy 28-8-2019 06:08 PM
Menyampahnye lahai dgn dua orang ni... Semua benda nak kena masuk sosmed ke haaa... Dah buat salah pastu nak main2 dunia akhirat jadah?
Quote eyansss 28-8-2019 06:30 PM
Dengan ini Seksyen memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang tinggal di dalam premisnya itu.
bagi setiap warga asing?  dia simpan 7 warga asing, maknanya dia kena bayar rm210k la eh...
Quote drivethru 28-8-2019 06:43 PM
Dia ni dulu edisi calculator kan?

Dia jugak yang kuat melatah tu kan?
Quote sfrnna 28-8-2019 06:45 PM
batak like ke apa ni. perasaan malu dah hilang kaa

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.137719 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top