Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mendedahkan punca beberapa pimpinan parti tidak menghadiri mesyuarat parti. Menurut BERNAMA, antara punca tindakan mereka itu disebabkan permintaan yang tidak dilayan Presiden parti berkenaan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Difahamkan, tiga pucuk surat yang dihantar kepada Anwar semuanya tidak mendapat maklum balas yang diharapkan. "Untuk peringkat awal cukup saya katakan ada beberapa perkara yang kita buat permintaan pada presiden (Anwar) yang setakat ini beliau belum tunaikan. "Ia adalah untuk bertemu presiden. Permintaan itu untuk kita berdamai dan selesaikan beberapa perkara...ia pertemuan presiden bersama anggota Majlis Pimpinan Pusat yang dipilih dalam pemilihan parti," katanya. Tambahnya, kesemua surat itu dihantar ke pejabat presiden dan hanya surat pertama dijawab yang menyatakan Anwar ke Makkah.
Berikutan itu, mereka menghantar surat kedua disusuli surat ketiga pada Isnin lalu, namun hingga kini belum mendapat mendapat maklum balas Anwar. Selain Zuraida, Pengerusi PKR Selangor yang juga Menteri Besar Amirudin Shari antara pimpinan yang tidak hadir ke beberapa mesyuarat parti termasuk Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat pada Ahad lalu. - CARI
|
eizarz: kenapa nak pakai surat..tak boleh email ka...
eizarz replied at 29-8-2019 01:00 PM
kenapa nak pakai surat..tak boleh email ka...
ADVERTISEMENT