CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"I Married My Best Friend.." Akhirnya, Ardel Aryana Sah Berkahwin Dengan Nadzmi Adhwa

2-9-2019 08:59 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 10102| Komen: 45|Original author: intan

Setiap manusia ingin merasa mencintai dan dicintai. Sudah jodoh, perkenalan selama 8 tahun akhirnya ke jinjang pelamin jua.


Aktress yang kini bergelar usahawan pakaian muslimah, Ardel Aryana sah bergelar isteri kepada pelakon muda dan juga aktif bergelar pengacara, Nadzmi Adhwa.

Sebelum ini, peminat sering berteka-teki dengan status hubungan mereka berdua kerana kelihatan amat mesra seperti pasangan bercinta. Namun, Ardel dan Nadzmi lebih suka berteka-teki mengenai status perhubungan mereka.


Menerusi Berita Harian, mereka berdua selamat diijabkabulkan pada jam 5.31 petang semalam. Memilih tarikh awal muharram sebagai tarikh bersejarah mereka berdua bergelar pasangan suami isteri, majlis akad nikah tersebut telah berlangsung di kediaman keluarga Ardel di Seri Kembangan. Majlis tersebut dihadiri kenalan dan ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai.




Hanya sekali lafaz..
Nadzmi telah selamat bernikah dengan Ardel hanya dengan sekali lafaz dan diiringi dengan RM 300 nilai mahar dan senaskah al-quran yang kemudian diberi kepada Ardel sebagai tanda pernikahan mereka. Selain itu, pasangan dua sejoli ini saling berbalas dua dulang hantaran.


Nadzmi juga dikhabarkan telah selamat mengkhatam al-quran pemberian Ardel yang diberi ketika majlis merisik. Namun, majlis pertunangan tidak dilakukan hanyalah majlis khatam Al-quran.


Ketika ditanya mengenai soal zuriat, mereka berdoa tidak menolak jika dikurniakan rezeki anak dalam tempoh terdekat namun disebabkan oleh komitmen kerja, mereka berdua perlu merancang terlebih dahulu.

Mengimbas kembali, kedua mempelai ini mula rapat sejak tahun 2015 lagi selepas penggambaran drama Namaku Bedah. Buat Ardel Aryana dan Nadzmi Adhwa, tahniah diucapkan dan selamat pengantin baru ya! - CARI


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adm7 2-9-2019 09:03 AM
Apa bingai cerita ni pun masuk isu semasa. Tak pernah orang kahwin ke sebelum ni
Quote slyfynx 2-9-2019 09:18 AM
Ni isu semasa ke?
Aish gedik nau eh konon2 malu
Quote Kurex 2-9-2019 09:29 AM
Wowwww ni memang isu besar ni!
"kami cuma kawan baik" tup tup kawen.. Memang aku sumpahkan je retis macam ni walaupun aku tak kenal dia siapa.
Apapun, comel adha ni.. Ada tarikan tersendiri
Quote kasibiman 2-9-2019 09:29 AM
Oii bawangtecit... Whoareyuss neh?

Pokcit Tak kenai
Quote Kurex 2-9-2019 09:29 AM
Tapi pahal makim tembun??
Quote CikB 2-9-2019 09:34 AM
alhamdulillah..tahniah
Quote Kepakmadu 2-9-2019 09:36 AM
Alahhhh overrrrrr.
Quote HYSB 2-9-2019 09:41 AM
yelah yelah {:teatime
Quote Nana_Man 2-9-2019 09:48 AM
Tahniah.. comel dua2 ni..
Quote RatuDunia94 2-9-2019 10:48 AM
Nama sebenar Nurul Hidayah.. jd retis tukar Ardell Aryana.. Apoo??
Quote yuki812 2-9-2019 11:01 AM
langsung tak kenal dua2 ni
Quote shernazz 2-9-2019 11:26 AM
Memang masuk isu semasa
Maknanya

Sapa sapa kena friendzone..
Jangan risau..
Peluang sentiasa ada...
Ikut kata hati anda..

Jangan guna kupon marrybrown
Skang orang guna apps
Quote kookiechip 2-9-2019 11:55 AM
Alhamdulillah.. dah selamat menikah.
Quote batmana 2-9-2019 12:30 PM
berita ini isu semasa
sebab dgn perkahwinan dua org ini, ekonomi negara bertambah meningkat 10%, jalan raya berkurang sesak 10% , penggunaan elektrik berkurangan 10%..

gitula konsepnya..
Quote umbut 2-9-2019 12:39 PM
slyfynx replied at 2-9-2019 09:18 AM
Ni isu semasa ke?
Aish gedik nau eh konon2 malu

Kan.. Maluuuuuu konon.. Sampai mengigil nak sarung cincin.. Sebelum tu kemain rapat dlm keta bagaii.. Nasib kahwin
Quote ajinomotonosuga 2-9-2019 12:44 PM
adm7 replied at 2-9-2019 09:03 AM
Apa bingai cerita ni pun masuk isu semasa. Tak pernah orang kahwin ke sebelum ni

Depa mmg kawinnn..tp tak nikoh yeop

Hok ni nikoh ..tu ler di amik kire

Malaya nii ramai kawin tp lom nikoh okkk?

Cam tak besa lak..eleh kurak kurak dlm baju!!
Quote MissLana 2-9-2019 02:53 PM
umbut replied at 2-9-2019 12:39 PM
Kan.. Maluuuuuu konon.. Sampai mengigil nak sarung cincin.. Sebelum tu kemain rapat dlm keta bagai ...

Hahahahaha betul dulu kan time tomboy bertepuk tampar jgk kan alah alahhhh
Quote MissLana 2-9-2019 02:55 PM
Adel ni dulu sakit kanser ke pastu dah baik ke?
Quote ikanmasin 2-9-2019 03:16 PM
umbut replied at 2-9-2019 12:39 PM
Kan.. Maluuuuuu konon.. Sampai mengigil nak sarung cincin.. Sebelum tu kemain rapat dlm keta bagai ...

mcm gedik akk tgk.malu2 siap menggeletar tgn tu..kalau yg langsung tak pernah jumpa .masa kawin jer
baru jumpa ye lah logik gak.ni dah sll together2 dlm
kereta kemana2 bersama2.ptt nya buat mcm dolo2
masa mak bapa kita kawin.masa batal air sembahyang
dlm bilik jer.jd takde org nampak.mak andam dgn beberapa
org jer.pastu sanding.



Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.048459 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top