CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pose 'Menjeling' Tengku Afzan Mencuit Hati Netizen

5-9-2019 10:30 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 14359| Komen: 33|Original author: Oleh: natrahn


Puteri Afzan kerap dilihat bersama adindanya, Puteri Jihan menemani ayahanda dan bonda mereka menghadiri beberapa majlis rami dan ternyata mencuri perhatian lensa kamera serta rakyat jelata.

Seorang pelayar Twitter @journaljeeb mengusik Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah susulan gambar puteri jelita itu dirakam memberikan pose sambil menjeling.

Gambar itu dirakam ketika Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bersama adindanya Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah. 





Puteri Afzan membalas pertanyaan berbaur usikan tersebut sambil berseloroh.

"Hahahaha. Saya dan jeling tak boleh dipisahkan." ujarnya.




Dalam hantaran berasingan, Puteri Afzan memuat naik entri memberitahu tabiat jelingnya sudah bermula sejak kecil lagi sambil berkongsi sekeping gambar sebagai bukti.

Perkongsian tersebut diulang kicau 12,100 kali dan 42,500 tanda suka ketika artikel ditulis.




Lebih mencuti hati, Puteri Afzan turut berkongsi sekeping gambar menunjukan baginda sedang tersenyum manis seolah-olah memandang kamera.

"Saya pandai senyum pun bukan pandai jeling je." tulisnya.



Tidak berakhir di situ, seorang pengguna Twitter lain turut memuat naik gambar Puteri Afzan dan ayahandanya YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Gambar tersebut menunjukkan YDP Agong turut memberikan pose menjeling.

Puteri Afzan memang 'sporting' habis apabila menulis kapsyen " Like father like daughter" seolah-olah memberitahu bahawa pose menjeling baginda selama ini diwarisi daripada bapanya.


Foto: Twitter

Nampaknya, selain bondanya yang menjadi perhatian, gelagat puteri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini tidak terkecuali menjadi tumpuan rakyat jelata. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote luluaurora 5-9-2019 10:45 AM
Hehehe.. Air muka dia mcm serius tapi still menawann..
Quote kualibesi 5-9-2019 11:00 AM
semenjak SP naikkk jadi agung, bru nk kenal kerabat2 depa. haha
Quote NBM 5-9-2019 11:09 AM
serius tapi cantik tak sabar nak tengok putera raja mana yg akan jadi suami
Quote Sazida 5-9-2019 11:16 AM
Sejenis muka cute mcm selena gomez.
Quote sarah82 5-9-2019 11:16 AM
Sejujurnya aku nampak YDPA & RPA betul2 berusaha pulihkan imej istana pada mata rakyat...
Quote BlueRose99 5-9-2019 11:20 AM


Chomel!

Quote awanysss 5-9-2019 11:57 AM
rajin melayan marhaen ye.
Quote Miss.Rara 5-9-2019 12:37 PM
comelll bambam masa kecik...

sampai dah besor lawaaaa dan cuteeee
Quote Artemesiaa 5-9-2019 12:51 PM
Like father like daughter cute je jelingannya
Quote diss69 5-9-2019 01:05 PM
Lucu jugak nengok.. {:love
Quote miss_perfect 5-9-2019 01:26 PM
Tengku Afzan ni yang ada kembar kan? twin dia comel macam dia tak?
Quote helicornia 5-9-2019 01:28 PM
apa ni apa ni
menjeling pun bole jadi isu
Quote natrahn 5-9-2019 01:52 PM
helicornia replied at 5-9-2019 01:28 PM
apa ni apa ni
menjeling pun bole jadi isu

hahahaha sebab anak raja jeling...orang biasa jeling sampai juling pon no one cares hehehe
Quote mizruncing 5-9-2019 02:05 PM
anak pn sempoi. tp suka tgk muka tengku iman n tengku jihan. sejenis natural beauty n have their own class
Quote belilies 5-9-2019 02:23 PM
Iols salah pandang muka sheols cam izara aisyah
Quote cclina2 5-9-2019 02:27 PM
lawa...tapi tak fashionable sgt kan...ayu je tgk..beza dari anak2 dari julia rais..
Quote lalalxlx 5-9-2019 02:52 PM
hehehe pandai tengku melawak
Quote Melorqe 5-9-2019 03:28 PM
awanysss replied at 5-9-2019 11:57 AM
rajin melayan marhaen ye.

ya laa yang sebelum ni versi veteren
mana reti layan net netizen merapu

yg sekarang versi muda, ada anak gen Z.
Quote Beribear 5-9-2019 04:01 PM
belilies replied at 5-9-2019 02:23 PM
Iols salah pandang muka sheols cam izara aisyah

Iolss pon tengok cam izara.. Time tengok maal hijrah kat rtm, bila lensa kamera ambil muka dorg malu2 je... Comel

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.038702 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top