CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Edisi Ayam Masak Kurma Pulak: 271 Pelajar Keracunan Makanan

4-10-2013 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14812| Komen: 92

Description: Tapah: Seramai 26 Daripada 271 Pelajar Sekolah Menengah Sains (Sms) Tapah, Di Sini, Yang Mengalami Keracunan Makanan Menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (Pmr) Di Wad Hospital Tapah (Ht), S ...

Tapah: Seramai 26 daripada 271 pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah, di sini, yang mengalami keracunan makanan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di wad Hospital Tapah (HT), semalam dalam keadaan kurang sihat.


Daripada 271 pelajar itu, 67 pelajar dikejarkan ke Hospital Tapah bermula jam 9 pagi kelmarin, manakala selebihnya dibawa ke Klinik Kesihatan Jalan Damai, di sini untuk rawatan lanjut.
Semua 271 pelajar terbabit mengalami cirit-birit dan muntah-muntah selepas makan malam di dewan asrama sekolah itu, kelmarin.

Antara menu dihidangkan ialah ayam masak kurma. (gambar hiasan)


Mangsa, Muhammad Aswad Shurhan, 17, berkata, dia makan pada jam 6.30 petang kelmarin sebelum sakit perut selepas Subuh.
“Saya berasa mual dan cirit birit sehingga berulang ke tandas lebih empat kali. Saya ingat simptom itu hanya berlaku pada saya saja, tetapi separuh rakan sekelas turut mengalaminya.

“Kemudian kami mendengar pengumuman guru meminta semua pelajar yang mengalami simptom sama berkumpul di perpustakaan sekolah untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di hospital, di sini, semalam.
Sementara itu, ibu kepada seorang mangsa, Rohana Rosmin, 50, dari Langkap, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian menimpa anaknya, Nureliana Najibah Rosli, 14, selepas dihubungi pengurusan sekolah itu pada jam 1 petang.
“Saya terkejut dan takut lebih-lebih lagi dengan kes kematian akibat keracunan makanan di Alor Setar, Kedah yang berlaku beberapa hari lalu.

“Alhamdulillah tindakan pantas guru membawa anak saya menerima rawatan mengelak kejadian lebih buruk,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, 27 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan dimasukkan ke Hospital Tapah, termasuk dua daripadanya masih ditahan di wad untuk rawatan lanjut, manakala selebihnya dibenarkan pulang. 

“Mereka mengalami simptom pening, loya, cirit-birit dan muntah,” katanya selepas melawat mangsa keracunan di hospital berkenaan, di sini, petang semalam.
Katanya, Jabatan Kesihatan sudah mengambil sampel makanan untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca keracunan.
“Bagaimanapun, semua mangsa dilaporkan stabil dan pelajar yang menduduki PMR menjalani peperiksaan di Unit Kecemasan hospital, sebelum dibenarkan keluar jam 5.30 petang tadi (semalam),” katanya.


Menurutnya, dia difahamkan pengendali makanan di dewan makan asrama terbabit baru dua minggu beroperasi, bagaimanapun pihak berkuasa kesihatan sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian dan menyiasat dari semua aspek.
“Kita bimbang kejadian keracunan makanan di Kedah yang menyebabkan empat kematian berulang. Saya harap pihak bertanggungjawab menyiasat perkara ini,” katanya.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 4-10-2013 08:22 AM
ayam lagik....
knpa yerk ..??..
Quote JunkMail 4-10-2013 08:23 AM
ayam dari pembekal yg sama ke? ce la pegi cek pembekal ayam tu ntah2 tgh menternak segerombolan bakteria dlm reban..
Quote tapibukanaku 4-10-2013 08:25 AM
haryatie posted on 4-10-2013 08:22 AM
ayam lagik....
knpa yerk ..??..

cam musim keracunan lah pulak
Quote sapp73 4-10-2013 08:26 AM
Disebabkan kes kematian akibat keracunan kat kedah tu, ramai yang trauma...kesian adik adik ni sit exam dslm keadaan kurang sihat...adakah hidangan ayam jugak penyebsb keracunan tu
Quote PICes_Boy 4-10-2013 08:26 AM
a'ah..aku pun pikir yg sama..ntah2 pembekal ayam tu yg problem.. semua kes kena kat utara...
Quote LolaCarero 4-10-2013 08:40 AM
It's a diversion issues. Bagi semua org panic talking about keracunan to cover up Audit Negara punya cerita . Common la takkan la kes mcm ni yang boleh cause kematian di ambil as a joke. Tak sensitive langsung.

True, I pun rasa, better la check tempat ternak & proses ayam ni.. COuld be the root cause.
Quote tapibukanaku 4-10-2013 09:23 AM
Lagi gulai beracun
271 pelajar SM Sains Tapah, Perak, sakit perut, muntah selepas makan ayam masak kurma

Tapah: Tidak sampai seminggu empat orang meninggal dunia akibat memakan ayam masak merah di Kedah, dua lagi kes keracunan makanan dilaporkan di Perak dan Pulau Pinang, malam kelmarin.

Di Perak, 271 pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah di sini, termasuk 26 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan.


Semua mereka berusia 13 hingga 17 tahun mengalami cirit-birit, pening dan muntah selepas dipercayai makan ayam masak kurma yang disediakan di asrama sekolah itu, malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata 67 pelajar yang mengalami cirit-birit dan muntah dibawa ke Hospital Tapah (HT) sejak jam 9 pagi semalam dan selebihnya ke Klinik Kesihatan Jalan Damai di sini.
Quote purpledesire 4-10-2013 09:27 AM
pelik.?? nape asyik pasal ayam jer..
dah la itu makanan kegemaranku..


Quote tapibukanaku 4-10-2013 09:29 AM
purpledesire posted on 4-10-2013 09:27 AM
pelik.?? nape asyik pasal ayam jer..
dah la itu makanan kegemaranku..

musim ayam mengganas..
Quote mybluegetz 4-10-2013 09:32 AM
kalau dgr ayam masak kurma takut santan atau santan kotak dah ala2 rosak
Quote nur_firdaus 4-10-2013 09:35 AM
ayam oh ayam....

cuba cek pembekal ayam tu siapa...

ntah2 suma kes2 ayam ni dr pembekal/tmpt ternakan yg sama...
Quote rospinki 4-10-2013 09:37 AM
Nmpk sgt org kita sini tahap pengotoran dia dari segi penyediaan makanan amat membimbangkan. Belum lagi aku dengar orang seberang laut cina selatan maut atau keracunan makanan kenduri mcmni.
Quote gaara_X 4-10-2013 09:40 AM
Ayam tu...goreng laa awal.awal......tak de skill punya tukang masak....
Quote biosfree 4-10-2013 09:44 AM
Sabotaj ker???
Quote antagenaiz 4-10-2013 09:45 AM
naik kan harga ayam utk mungurangkan kadar keracunan makanan - muntri
Quote vv2005 4-10-2013 09:53 AM
AYAM..AYAM...nampak gayanya x mau makan ayam buat sementara ni
Quote boyagombak 4-10-2013 10:00 AM
ni smua ayam punya pasal, Muntri suda kasik ayam naik harga, ayam pun sudaprotes meracunkan diri sundrik
Quote tapibukanaku 4-10-2013 10:03 AM
plan nak makan ayam kat texas chicken
Quote fatehana 4-10-2013 10:04 AM
ayam lg ke
sian kat budak2 yg nak duduk PMR pg ni
sure rs x selesa
nampaknya kena stop mkn ayam esp kat fastfood

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.065073 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top