CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Setelah 10 Anak Lelaki Wanita Britain Ini Akhirnya Lahirkan Bayi Perempuan

14-9-2019 09:20 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3612| Komen: 26|Original author: Sang_Pencinta

Impian seorang ibu di Britain akhirnya termakbul apabila beliau melahirkan anak perempuan pertamanya selepas mencipta rekod sebagai wanita pertama di negara itu melahirkan 10 orang anak lelaki berturut-turut.


Alexis Brett, 39 dna suaminya David 44 menyambut kelahiran anak perempuan mereka yang dinamakan Cameron, dua minggu lalu.


Kredit foto: The Sun


Mengetahui dirinya mengandung anak ke 11 pada hari Krismas tahun lalu, Alexis menjangkakan beliau akan menimang anak lelaki lagi tetapi terkejut apabila imbasan menunjukkan dia akan melahirkan anak perempuan.

Pasangan itu mengatakan bahawa mereka tidak menaruh harapan tinggi selepas 10 orang lelaki tetapi sentiasa menantikan rezeki anak perempuan.


"Saya sangat terkejut tetapi gembira," kata Alexis lagi.


Kredit foto: The Sun

"Kini anak-anak lelaki saya sudah berkurangan kenakalan sejak ada adik perempuan, mereka kurang buat bising takut adiknya menangis, mereka juga rajin membantu mendukung, menjaga dan menidurkannya," tambahnya lagi.

Anak-anak lelaki mereka berumur antara dua hingga 17 tahun; Campbell, 17, Harrison, 16, Corey, 14, Lachlan, 11, Brodie, 9, Brahn, 8, Hunter, 6, Mack, 5, Blake, 3 dan Rothagaidh, 2.


Kredit foto: The Sun


Ditanya akhbar The Sun adakah mereka bercadang untuk menambah anak lagi, David berkata mereka kini akan berhenti menambah ahli keluarga.

"Kali ini kami akan betul-betul berhenti, sebelum ini ramai yang bertanya setiap kali kami mendapat anggota baru," kata David lagi.



Kredit foto: Carian Google


Menambah bahawa semua anak-anaknya mempunyai keistimewaan, pasangan itu bersyukur kena tidak pernah mengalami sebarang masalah dan komplikasi semasa mengandung.

"Kami tidak pernah menyesal punya ramai anak, malahan kami sentiasa rasa gembira dengan telatah lucu anak-anak," tambah pasangan itu lagi.


Kredit foto: The Sun



Yang pasti, hanya mereka yang punya anggota keluarga yang ramai tahu akan kemeriahan dan susah peritnya hidup dengan adik-beradik yang banyak karenah masing-masing. - CARI 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikNano 14-9-2019 09:23 AM
Wahh..bestnya anak ramai
Quote Sang_Pencinta 14-9-2019 09:27 AM
Belanja pun besar anak ramai
Quote sarah82 14-9-2019 09:38 AM
Mcm makcik jiran aku.. Dia ada 5 anak lelaki.. Last sekali mengandung dpt juga anak perempuan.. Anak perempuan dia cantik betul.. Ikut muka makcik tu yg pernah jadi kegilaan lelaki2 zaman mudanya.. Suami dia pun ensem.. Putih melepak...
Quote Sang_Pencinta 14-9-2019 09:50 AM
sarah82: Mcm makcik jiran aku.. Dia ada 5 anak lelaki.. Last sekali mengandung dpt juga anak perempuan.. Anak perempuan dia cantik betul.. Ikut muka makcik tu  ...



Pasti jadi kesayangan ni
Quote tikusmontok 14-9-2019 09:54 AM
Bertuahnya adik tentu dilayan umpama puteri.
Quote Kurex 14-9-2019 10:16 AM
Tetiba teringat arwah abg2 aku..
Quote sarah82 14-9-2019 10:20 AM
Sang_Pencinta replied at 14-9-2019 09:50 AM
Pasti jadi kesayangan ni

Mesti la.. Anak mak.. Abg2 x yah kata mmg syg.. Tapi makcik dan pakcik ni anak2 semua taat dan baik.. Plus ensem cantik2..
Quote Cable 14-9-2019 10:25 AM
britain...ada la kapir bongok tu.......dia lebong la konon keje kt london...lg dia kata aurora tu graviti....dngn bangga dn konfiden paria tu cite....aurura tu kerana graviti jugak!!!!!!!!!!....fother... fother....prrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrfght
Quote Sang_Pencinta 14-9-2019 10:26 AM
Kurex replied at 14-9-2019 10:16 AM
Tetiba teringat arwah abg2 aku..

Takziah. Apa jadi?
Quote beta_carotene 14-9-2019 10:30 AM
Inilah yang org dok cakap nak anak ramai boleh buat team bola sepak hahaha

Murah rezeki acik laki bini... Senang nk wat kenduri ramai boleh tolong basuh periuk
Quote Gomea 14-9-2019 04:27 PM
Seronok adik beradik ramai. Tapi time kecik2 mesti dok berkelai ja.
Quote gideoncross 14-9-2019 04:36 PM
Havoc tpi konfem best nanti.
Quote sarahmirza 14-9-2019 05:00 PM
Baju sama je semua...
Quote koko2 14-9-2019 05:21 PM
Beranak ramai ni yg tak tahan ya asik bercekau je masa kekecik ni..

Yg besar pun sama tahap iQ budak tadika.. Asik nk mengusik adik jerrr
Quote kechikchomel 14-9-2019 06:07 PM
Macam sedara iolss gak la. Anak berderet laki. Yg last baru dapat perempuan. Tapi tak la sampai 11 orang. Dalam 7/8 orang kot anak dia.

Good luck la sesape yg nak ngedate Cameron ni nanti. 11 'halangan' kena lalu.
Quote prizadane 14-9-2019 06:20 PM
Cam family iols. 6 orang perempuan kat atas. Parents iols dah pasrah tak dapat anak lelaki. Tup tup mak iols pregnant. Bila check, kembar n both lelaki (abang abang iols). Tapi Allah tu maha merancang... sorang abang iols sakit buah pinggang masa lahir..keluar masuk ward sampai usia remaja. Sorang lagi abang iols, sihat walafiat, best student n top scorer, aktif sukan etc.. sekali Allah jemput yang sihat ni 2 hari sebelum birthday dia yang ke 29 tahun. Makanya tinggal sorang je la anak lelaki mak iols sekarang ni. Pinjaman di dunia ni je..
Quote xtahumenahu 14-9-2019 06:26 PM
Wahh..bestnyaa..pasti meriah...
Just realize yg ramai org sekeliling i camni..member sekolah, ex bf, member opis...sume adik beradik lelaki..yg bongsu pompuan..opkos ditatang bagai minyak yg penuh
Quote CiliPadiSedap 15-9-2019 04:11 AM
Siapa cakap org putih pandai guna kondom? Tipu dosa
Quote dani-rox 15-9-2019 04:16 AM
ramai bodyguard Cameron

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.037828 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top