CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Duit Beli Tuala Wanita Pun Diabai, Wanita Sanggup Korbankan Anak Sendiri

17-9-2019 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2321| Komen: 8

Kecewa dengan suami yang enggan memberi wang untuk membeli tuala wanita, antara punca seorang ibu tergamak menyembelih dua anak kembarnya yang berusia 5 tahun. 

Bukan itu sahaja, selepas membunuh dua anaknya itu, Dewi Regina Ano cuba membunuh diri sendiri dengan menikam perut dan mengelar lehernya menggunakan parang. 

Memetik laporan Kompas, wanita berkenaan ditemui tidak sedarkan diri bersama dua mayat anaknya Angga Masus dan Angkri Masus di sebuah bilik pekerja hotel di Oesapa Barat, 5 September lalu. 

Kredit foto: Tribunnews

Difahamkan, pada mulanya pihak polis menyangka mereka bertiga diserang namun selepas dirawat di hospital Dewi mengaku dia yang bertanggungjawab dalam hal itu.


Katanya, dia membunuh anak kerana mahu membalas dendam dengan suami yang sering mengabaikan mereka. 

“Wanita ini mengaku suaminya tidak pernah memenuhi kehendaknya sebagai isteri dan kurang memberi perhatian kepadanya serta anak-anaknya.

“Suspek bertambah kecewa kerana suaminya langsung tidak mahu memberi wang termasuk membelikan tuala wanita untuknya pada setiap bulan,” kata jurucakap polis.

Foto: Tribunnews

Motif pembunuhan adalah berpunca daripada dendam si isteri yang sangat mendalam sehingga sanggup membunuh anak sendiri, kata sumber itu lagi.

Dewi juga kini mengaku bersalah dan menangis tanpa henti ketika disoal siasat. - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 17-9-2019 02:15 PM
kesiannya..makan dalam ni namanya..dok pendam2 akhirnya meletop
Quote seramado 17-9-2019 02:26 PM
Ayoo knp cmtu
Quote Artemesiaa 17-9-2019 04:10 PM
Dah terlalu tertekan sampai dah tak boleh fikir mana baik buruknya lagi tak hairan kalau macam tu jadinya
Quote nono86 17-9-2019 04:52 PM
Biar laki dia dapat balasan setimpal
Quote giyomi 17-9-2019 06:57 PM
ko kelar lar suami ko sial...yg ko kelar anak tak berdosa tu dah kena
Quote seramado 18-9-2019 06:26 AM
Kesiannya{:cryrun
Quote Buritan 18-9-2019 06:35 AM
giyomi replied at 17-9-2019 06:57 PM
ko kelar lar suami ko sial...yg ko kelar anak tak berdosa tu dah kena

Nak kelar laki bengong tuu tak dpt...
Quote Eric.n9 18-9-2019 06:47 AM
Bila dah terlalu lama simpan dalam jadi begini la...
asal luka skit je, tp dah lama tahap menanah jadi gangren
Kena plak tak dirawat...
Yang jadi mangsa anak2 huhu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.092419 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top