CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Baru Rupanya Pengedar Dadah Di Kelantan

18-9-2019 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4806| Komen: 23

Baru sahaja seminggu berkahwin, pasangan suami isteri ditahan polis dalam satu serbuan di rumah di Tumpat hari ini. 

Memetik laporan Harian Metro, dalam serbuan itu, 73 gram dadah dipercayai syabu, tiba botol air ketum, 16 botol ubat batuk jenis Kodein dan lima pil Eramin 5 bernilai RM11,500 dirampas. 


“Turut disita adalah wang tunai berjumlah RM4,000 dan sebuah kereta yang dipercayai baru dibeli suspek secara tunai,” kata Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud.

Kredit foto: Harian Metro

Katanya lagi, suspek yang berusia 38 dan 40 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak tiga bulan lalu.

Aktiviti pengedaran pula dilakukan di sekitar Tumpat dan juga Kota Bharu. 

Difahamkan, suspek memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan selepas ujian saringan dibuat mereka didapati positif dadah jenis Methampethamine.

Kredit foto: BH

“Kedua-dua suspek akan ditahan reman selama enam hari bermula esok sehingga 24 September ini," katanya. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 18-9-2019 05:07 PM
sekhufu               
Quote Perawankota 18-9-2019 05:31 PM
Padanlah jodoh mcmtu
Quote sarah82 18-9-2019 05:48 PM
Ni kata sehidup semati ni..
Quote Pink_Purple 18-9-2019 06:30 PM
sama sama sehati sejiwa
Quote Ismacun 18-9-2019 08:16 PM
Mak aiiii.... betul2 gila ni
Mesti diorg berpegang pd kata2 hikmah ni..
**apa yg penting...kerjasama***
Jahanam hidup
Quote liton 18-9-2019 08:19 PM
Gantung jer 2 ekor tu biar tak membiak..
Quote Alin8810 18-9-2019 08:24 PM
Kelantan. Apa yang nak pelik.
Quote karlnurani 18-9-2019 08:38 PM
dadah perosak bangsa, hapus pengedar dadah moden, macam dah terkawal dadah- dadah ni semua.. kecik2 dulu di timang-timang, bila besar jadi perosak bangsa, kesian mak bapak, berenti la sapa-sapa penghisap dadah..sebelum jadi sampah..
Quote jazaa100 18-9-2019 09:22 PM
Mesti buat kenduri besar besaran...keta pun beli cash....

Urut dada tok lebai yg mana dah mkn nasi kenduri....
Quote beta_carotene 18-9-2019 10:28 PM
Fefeeling Walter White & Skyler White ke dek..
Quote sukacactus 18-9-2019 10:47 PM
Rasanya duit kenduri hantaran semua hasil bisnes ni la agaknya
Quote che-cikL 18-9-2019 10:57 PM
Dh tua bangka barulah jumpa pasangan sekufu, baru nak merasa seminggu ni dapat hidup bersama2 sedadah sehidup semati ke tali gantung.
Quote alinone78 18-9-2019 11:30 PM
fuyohhh special honeymoon depa
kat lokap
Quote FOTHER-MUCKER 18-9-2019 11:35 PM
Nasib baik belum sempat melahirkan anak.
Quote ikanmasin 18-9-2019 11:42 PM
wah pasangan serasi gitu..together2 bersama..
Quote haryatie 19-9-2019 08:00 AM
sehati sejiwa sungguh
Quote Lelli 19-9-2019 08:08 AM
Fulamak...
Curlas p.cik ng m.cik..
Sekapal titanic jgk yea.."you jump, i jump"..oomeyy angattt.
Sekufu sehidup semati sngt...
Enjoy your extend honeymoon dlm jeriji besi tu..
Quote simatakucing 19-9-2019 10:55 AM
"bulan madu di awan biru,hanya kita berdua mengecap nikmat cintaa..."
Quote chinta89 19-9-2019 11:09 AM
sehati sejiwa by Haslinda

https://www.youtube.com/watch?v=vRJTgq0VGRc

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.047830 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top