CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Longgok Sampah Sampai Bumbung" - Ragam Penduduk Buat Orang Tak Sanggup Untuk Berjiran

19-9-2019 12:47 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 9718| Komen: 76|Original author: intan

Rumahku syurgaku, begitulah kata pepatah yang sering menggambarkan kepentingan mempunyai tempat berteduh untuk setiap manusia. Untuk menjadi syurga kediaman, rumah haruslah bersih dan selesa untuk didiami.

Sekadar gambar hiasan

Kalau hidup berjiran kenalah bertimbang rasa walaupun rumah itu anda yang punya. Tapi kalau ada yang jenis macam ini, pening kepala juga nak atasi. Hormat jiran sekeliling  kerana kawasan perumahan adalah hak privasi setiap individu.

Berlonggok sampah sampai bumbung..

Menurut laporan Harian Metro, rumah tersebut didiami oleh suami isteri yang menjalankan aktiviti mengumpul barangan kitar semula untuk djual kepada peraih barang kitar semula.

foto: Harian Metro

Sampah sarap itu dikumpul sehingga mencacatkan pemandangan kawasan perumah tersebut, malah turut mengundang haiwan berbahaya seperti tikus dan ular.

Menurut penduduk Jalan Melati 5, Taman Dusun Setia itu, mereka sudah menegur perbuatan tuan rumah tersebut namun tidak diendahkan. Saudara Nordin Hasan, 71, mengakui dirinya dan keluarga paling terkesan kerana duduk bersebelahan dengan rumah tersebut.

"Saya tak mahu bergaduh dengan sesiapa kerana hidup dalam komuniti, jadi saya dan keluarga terpaksa melalui perkara ini setiap hari,"
"Barang yang dikumpul memang banyak, kami cuma risau jika berlaku perkara tidak diingini seperti kebakaran, pasangan suami isteri itu terperangkap dalam timbunan barang yang banyak."

Malah, ada kalanya barang yang dikumpul atas bumbung itu jatuh ke kawasan rumah orang lain. Ketika siasatan dilakukan di rumah tersebut, pasangan tersebut disyaki keluar mencari barang terpakai.

Antara barang terpakai yang boleh didapati ketika tinjauan oleh pihak berkuasa adalah tong buruk, tilam buruk, besi dan kotak.

Tindakan serta merta telah diambil oleh Jabatan Perlesenan Pembersihan MPS berhubung permasalahan itu. Lelaki itu telah dikenakan kompoun atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred 1996. 

Anda ada pengalaman macam ini hidup berjiran seperti ini?  Kongsikan kepada kami. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beloomberk 16-9-2019 05:03 PM
Sejenis hoader la ni..menyusahkan jiran tetangga je..hishhh
Quote acikhan 16-9-2019 05:07 PM
Mcm2 Hal la jiran cmnie.. mlm nie nak g jenguk la umah jiran kat dusun Setia nie
Quote acikhan 16-9-2019 05:07 PM
Mcm2 Hal la jiran cmnie.. mlm nie nak g jenguk la umah jiran kat dusun Setia nie
Quote Knowlee 16-9-2019 05:08 PM
Extreme hoarder ni
Quote damsel_fiji 16-9-2019 05:14 PM
ni bukan hoarder, tp meniaga barang lusuh..mmg banyak jiran bangang camnih..nak meniaga kat rumah sampai menyusahkan jiran2
Quote Nham22 16-9-2019 05:19 PM
Kenape rumah die kecik. Jaa
Quote mily 16-9-2019 05:21 PM
kalau meniaga..mesti lah dah jualkan brg2 yg dia kutip tu...asal masih lagi dekat rumahnya? ni penyimpan...bkn penjual.
kalau mcm ni..baik beli tanah..buat simpan situ barang2 yg dikutip dr jdkan rumah d taman pusat pengumpulan brg2..
Quote ikanmasin 16-9-2019 05:25 PM
teruk nye perangai..dah sampai menyusahkan
jiran2 ..dgn sikap baran lg tak bole ditegur.kalau
apa2 jadi dah semua jiran terbabit pl..
Quote Cable 16-9-2019 05:45 PM
bangsa pairoparia ke cne ni erk?
Quote noradaniez 16-9-2019 05:56 PM
Aku dah rasa youollss. Hazab sungguh dgn baunya lg. jiran aku ni jenis yg korek tong sampah subuh2 tu. Sia bawak balik sangkut kat pagar rumah dia. Bau sampah tu Allah je yg tau busuknya. Aku bg tau masaalah dgn persatuan penduduk, dorang dtg bg nasihat. Terus tak tegur aku. Nasib dah pindah. Aman hidup aku.
Quote miss_baby 16-9-2019 06:09 PM
rasa nak bakar jer sampah2 tu..
Quote najib888 16-9-2019 06:45 PM
Mungkin dia terpana dengan quotes “one man trash is another man's treasure”..
Quote umbut 16-9-2019 06:55 PM
Kesian umah sebelah.. bau busuk, lipan bagai mesti rayap umah sebelah
Quote aurorayasmeen 16-9-2019 11:13 PM
Ngeri dpt jiran cmni..
Quote che-cikL 16-9-2019 11:37 PM
Bila nak jualnya tu?
Quote cupu 16-9-2019 11:41 PM
Sakitnya hati tgk...aku dulu bjiran kongsi pagar...dianjemur kain buruk je pun pagar BELAKANG tu pun dh puas istigfar..klu kn macam ni xtau la..
Quote TOPwind 17-9-2019 12:58 AM
masa dia takde rumah suruhlah lori sampah angkut
Quote Betara_Indera 17-9-2019 08:56 AM
kalau rumah die corner lot, tak tau la bnyk mane beliau bwk balik
Quote hawk77 17-9-2019 09:09 AM
meniaga brg2 terpakai ker

berapa sen sangat jual brg2 camni?

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.065129 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top