CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Indonesia Menetapkan Had Umur 19 Tahun Untuk Berkahwin. Malaysia Pula Bila?

20-9-2019 10:30 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 3772| Komen: 11|Original author: Mat

Sebelum ini, jika berlakunya perkahwinan yang melibatkan individu berumur bawah 17 tahun, ianya akan menjadi masalah yang sangat besar. Beberapa pihak akan menuduh ianya adalah isu pedophile apabila seseorang bernikah dengan kanak-kanak yang masih bersekolah, namun ada juga yang berpendapat bahawa wanita boleh berkahwin tidak mengira umurnya jika dia telah mencapai akil baligh. 


Sumber Gambar: Buzznews
Baru-baru ini, parlimen Indonesia telah berjaya menaikkan had umur untuk bernikah bagi wanita daripada 16 tahun kepada 19 tahun. Sebelum ini, perkahwinan bawah umur di Indonesia semakin menjadi-jadi dan hal ini telah meletakkan Indonesia pada kedudukan kelapan dalam senarai negara yang merekodkan perkahwinan bawah umur tertinggi.

Jadi pada pendapat anda, perlukah Malaysia melakukan perkara yang sama dalam menetapkan had umur untuk berkahwin. Sekurang-kurangnya mengharamkan mereka yang masih bersekolah untuk berkahwin. Bukannya kita mahu menidakkan jodoh ataupun mengawal hidup remaja ini, tetapi bukankah mereka masih tidak matang untuk berfikir dan berkahwin pada umur seawal zaman persekolahan?


Sumber Gambar: Mstar
Mungkin sesetengah daripada anda berpendapat bahawa ianya adalah logik untuk kanak-kanak bernikah kerana Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Aisyah yang ketika itu berumur 6 tahun, namun itu tidak boleh menjadi sebab untuk kita melakukan perkara yang sama kerana kita bukanlah maksum seperti Nabi. 

Wanita sepatutnya diberikan pendidikan yang cukup dan tidak ditindas seperti ini. Malaysia sepatutnya menetapkan umur berkahwin untuk mereka yang berada di bawah umur, sekurang-kurangnya selepas habis zaman persekolahan.

Apa pendapat korang dalam isu ini, perlukah Malaysia melakukan perkara yang sama seperti Indonesia? Berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.- CARI 
3

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haitu 20-9-2019 10:33 AM
kenape nak tiru  indon malaysia lebih maju dan lebih  suci molya lebih beriman darpada indon jangan pernah nak tiru indon yg dibawah taraf malaysia patutnya had umur di malaysia diturunkan lagi dibawah indon tak sudi nak tiru indon ,jodoh ketentuan allah jgn tiru indon yg liberal nak tentang ketentuan allah punya
Quote sapeka 20-9-2019 10:37 AM
Kahwin awal muda sgt buat pe dik?
Banyak lagi potensi diri ko yang ko tak temui
Banyak lagi perkara best2 yang ko tak jumpa lagi
Nikmati dulu masa remaja
Kumpul duit
Belajar bagi habis
Dapat kerja...pegi melancong
Pastu cari la pasangan hidup
Quote EJALTI 20-9-2019 10:40 AM
haitu replied at 20-9-2019 02:33 AM
kenape nak tiru  indon malaysia lebih maju dan lebih  suci molya lebih beriman darpada indon jangan  ...

PancaSIAL indogneSIAL garuduburku...

Indon jongos sampah sial lahanat bangsat keparat tolol goblok anjing kurap ummah gagal total keturunan babu pelacur henjutan Belanda...

Kehkehkeh...
Quote iznanaziz 20-9-2019 11:07 AM
sapeka replied at 20-9-2019 10:37 AM
Kahwin awal muda sgt buat pe dik?
Banyak lagi potensi diri ko yang ko tak temui
Banyak lagi perkar ...

kan...ramai lagi orang yg ko boleh jumpa dik, bila ko dah bekerja
Quote royaldanish 20-9-2019 11:47 AM
Budak budak sekarang ni cepat betul cair
Quote chicozinn 20-9-2019 12:07 PM
ni la gejala yg kena pantau skang ni..umo baru 14 tahun da berair sibuk nak kawen..bila tnya kenapa kurang kasih sayang..pastu bila soal2 lagi mak pak keje siang malam manjang amik ot dek kelangsungan hidup jadi sunyi..

kadang jangan nak salahkan anak je, mungkin salah mak pak sebab kurang bagi perhatian pada anak2 lagi2 anak2 yg tengah remaja ni. kalu btul nak keje kuat ot siang malam time budak masih kecik sbelum dorang skola nk keje tu keje la simpan duit..nasihat untuk aku gak ni sbab manjang gaji xckup time tengah bulan
Quote Artemesiaa 20-9-2019 12:44 PM
Sepatutnya negara kita dah lama tetapkan had umur sebegitu dari dulu lagi
Quote nono86 22-9-2019 02:12 PM
Kalau malaysia ni budak sekolah tak sabar nak kawin tanak sekolah. Dah masuk 2, 3 tahun takpun anak dah 2,3 laki pun tinggal la.. Menjanda, pahtu mula la masuk surat kabar.
Quote harisbee 22-9-2019 05:10 PM
Baikla kawin dr berzina sana sini...anak luar nikah berderet...membunuh dgn pengguguran paksa...korang nak bertanghungjwb ke?
Quote chinta89 23-9-2019 02:39 PM
x fhm aku ape yg dikejarkan sgt nk kawin muda2 nih..x nkke rasa bekerja n menikmatihidup bujang puas2?
Quote djzara81 24-10-2019 11:01 AM
Aku 50-50 bab ni. Sbb islam dah ada garis panduan bab perkahwinan. Aku xnk pertikai bab2 Feqah sbb x mahir. But at the same time,  jika ada undang2 letak had umur perkahwinan ni lebih kpd protect masa dpn bdk2, i’m fine. Tp yg aku menyampah, kt UK, byk kes underage sex smpi terberanak pinak but they dont give a shit or condemn. But kt mesia, bila ada yg memperjuangkn perkahwinan underage utk elakkan penzinaan, ramai yg menentang.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044255 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top