CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kenapa Salahkan Artis Jual Flavour Vape?' - Ini Jawapan Doktor Pakar Atas Kenyataan Shuib

25-9-2019 10:55 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 16748| Komen: 51|Original author: Sang_Pencinta

Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 35, dalam kenyataannya kepada MStar semalam berkata golongan selebriti yang menjual flavour vape atau e-rokok tidak seharusnya dipersalahkan apabila budaya itu semakin berleluasa di kalangan generasi muda.




Kredit foto: Mstar


Dalam kenyataan itu, Shuib mengatakan tidak ada bezanya sama ada artis mempromosi vape atau tidak kerana yang penting adalah pemantauan ibu bapa.


Kredit foto: MStar



'Kesalahan cuba diletakkan di bahu kami sebagai artis yang menjadi duta mempromosi flavour vape' katanya kepada mStar.

Kenyataan itu bagaimanapun dikecam oleh pelbagai pihak, terutamanya pengamal perubatan yang menyifatkannya tidak bertanggungjawab dan tidak memikirkan kesan negatifnya kepada generasi muda.


Kredit foto: Mstar


Dr. Rusyainie Ramli dalam penulisannya di Facebook berkata statistic kini menunjukkan seramai 300, 000 pelajar sekolah menengah ketagih vape dan pod walaupun iklan rokok telah disekat di media perdana. 

Beliau menegaskan, sebagai seorang ibu bapa dan personaliti berpengaruh, adalah menjadi kewajipan bersama untuk menerangkan kesan negatif rokok dan vape dan tidak berpaksikan keuntungan sebagai tuan punya produk atau duta.



Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook



Dr. Rusyainie turut mengingatkan golongan selebriti mengenai fatwa yang jelas mengatakan vape dan rokok adalah haram, jadi kaedah mendapat rezeki daripadanya untuk menyara keluarga boleh dipertikaikan.



Kredit foto: Carian Google


Selain beberapa orang pakar perubatan yang turut membidas kenyataan Shuib, netizen juga turut mengatakan kenyataan itu tidak cerdik.

'Kalau nak jadi artis pun biarlah cerdik. Ramai kot artis-artis di Malaysia yang cerdik dan terserlah penampilannya dan bagi statement yang bijak dan mencerminkan keperibadian yang tinggi' kata seorang netizen.

'Duit je difikirkannya. Langsung tak fikir tanggungjawab pada masyarakat' tambahnya lagi.


Kredit foto: Facebook


Persoalannya, sejauh manakah peranan artis dalam tanggungjawab mereka dalam perkara ini? Setujukah anda dengan kenyataan Shuib bahawa tidak ada bezanya sama ada artis mempromosi vape atau tidak kerana yang penting adalah pemantauan ibu bapa? - CARI 

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 25-9-2019 10:58 AM
Artis mesti nak buat kenyataan tak bijak demi duit kan?
Quote kucingitam 25-9-2019 11:09 AM
tahla..malas aku nak kecam..walau mcm2 ayat nak keluar dr mulut ni
Quote Sang_Pencinta 25-9-2019 11:14 AM
kucingitam replied at 25-9-2019 11:09 AM
tahla..malas aku nak kecam..walau mcm2 ayat nak keluar dr mulut ni

Kecam je sis
Quote Sazida 25-9-2019 11:16 AM
Hudunya shuib bersut bagai pastu pakai spek hitam kepala botak.igt dh nmpk mcm mafia lah tu
Quote Boomibulat 25-9-2019 11:20 AM
Mohon shuib jual dildo..semoga dpt mengekang seks bebas
Quote MariaClara 25-9-2019 11:29 AM
jawapan dia menunjukkan siapa dia yg sebenar...

semua sbb duit
Quote kucingitam 25-9-2019 11:31 AM
MariaClara replied at 25-9-2019 11:29 AM
jawapan dia menunjukkan siapa dia yg sebenar...

semua sbb duit

kan...buat kerja sebab di bayar..so takyah peduli kesan dia apa..ehh kurang bijak sangat laki si sarah ni la..

Quote kucingitam 25-9-2019 11:32 AM

ahahah...kusabar2 kan aje

Quote eLiaD 25-9-2019 11:41 AM
Edited by eLiaD at 25-9-2019 11:42 AM

style hippies + reggea kot sbb nk sama tema flavor yg dia promot honey juana tp biasa la artis klau bg komen nmpk bangang X abis cola
Quote Sang_Pencinta 25-9-2019 11:43 AM
Anak dia besar panjang ber vape baru dia faham
Quote Teru2Bozu 25-9-2019 11:47 AM
kalau tak bijak baru la dapur berasap..
Quote cikatilia 25-9-2019 11:50 AM
Boomibulat replied at 25-9-2019 11:20 AM
Mohon shuib jual dildo..semoga dpt mengekang seks bebas

pastu boleh bini dia jadi model
memperaga and test power product ..

Quote MariaClara 25-9-2019 11:58 AM
kucingitam replied at 25-9-2019 11:31 AM
kan...buat kerja sebab di bayar..so takyah peduli kesan dia apa..ehh kurang bijak sangat laki si s ...

ya bijak tu takde...dia cakap macam takda anak-anak yer..

risau nanti anak2 jadikan dia role model..bole laaa isap vape..bapak aku yg jadi duta...

time tu kita tgk dia meloncat ke tak?
Quote airmineral 25-9-2019 12:25 PM
pendek kata dia nak bagitau yang dia ni boleh di"beli" je la?
dia ni hisap vape ke?

ayat mmg tak bertanggungjawab


Quote Biabetik 25-9-2019 12:31 PM
Semoga bininya hisap vape dan tiup2 asap depan mukanya. Amiiin
Quote cmf_DetConan 25-9-2019 12:37 PM
semoga berjaya memantau anak2 ko ye soib
Quote msdummy.2018 25-9-2019 12:38 PM
i pun nk kecam gak nie....lepas nie pengedar dadah boleh ckp gak..apa salahnya promote dadah....ibu bapa yg bersalah sebab xpantau anak2...
Quote tri-max 25-9-2019 12:45 PM
aku da lama pangkah couple dua ekoq ni, rakus sgt nak glemer
mestilah shuib nak duit, kan maintenance sarah tinggi (tak sedar diri pendek )
Quote BoongaKertas 25-9-2019 12:58 PM
iols suka ayat,

"MONKEY SEE, MONKEY DO" tu. sbb terimagine muka shuib. omg, rasa berdosa now

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.060144 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top