CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mampu Tewaskan Lin Dan, Daren Liew Pengganti Lee Chong Wei Yang Dicari-cari?

28-9-2019 10:06 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6652| Komen: 30|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Selepas Dato Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya, Malaysia kelihatan tidak lagi mampu menyaingi keunggulan seteru utamanya dalam sukan badminton iaitu China. 

Apa lagi apabila bertemu dengan pemenang dua pingat emas Olimpik, Lin Dan.



Kredit foto: Berita Harian

Bagaimanapun, pelapis yang ditunggu-tunggu nampaknya sudah muncul apabila seorang pemain Malaysia, Daren Liew, 32, berjaya menjinakkan Lin Dan dalam pusingan pertama Terbuka Korea pada Rabu lalu di Incheon.

Menurut The Star, pemain Malaysia itu berjaya menewaskan Lin Dan dengan kiraan mata 21-19, 21-14 dalam masa 43 minit sahaja untuk maju ke pusingan kedua.

Selain dipuji kerana semangat juangnya, Daren juga disifatkan sebagai seorang yang fokus dan merendah diri.

'Semestinya saya sangat gembira memenangi perlawanan dengan Lin Dan tetapi pada masa sama, saya mahu berikan tumpuan untuk perlawanan seterusnya,' kata Daren.  



Kredit foto: MStar

Bagaimanapun, menurut berita terkini, Daren tewas di pusingan kedua kepada pemain India, P. Kashyap walaupun menunjukkan permainan memberangsangkan.

Walaupun memenangi perlawanan menentang Lin Dan, peluang Daren untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 masih lagi tipis memandangkan ranking dunianya masih di kedudukan ke 33. 

Pusingan kelayakan akan bermula April depan dan Malaysia hanya boleh menghantar dua pemain jika kedua-duanya menduduki sekurang-kurangnya kedudukan ke-16. Sehingga kini, hanya Lee Zii Jia mempunya harapan cerah.

Bagaimanapun, Daren tidak akan menyerah kalah dengan mudah.

'Saya tidak akan putus asa, masih ada enam bulan untuk menempa kelayakan dan saya akan terus berusaha di kejohanan yang akan datang,' tegasnya.


Kredit foto: Stadium Astro

Persoalannya, walaupun Daren mempunyai semangat tinggi, ramai yang skeptikal memandangkan usianya pada 32 tahun diibaratkan sudah di penghujung kerjaya. Mampukah beliau menjadi pelapis kepada Lee Chong Wei kelak? - CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beloomberk 28-9-2019 10:18 AM
Dia ni x konsisten..skjp ok skjp x..most of the times, x ok..lcw pnah nasihat ld, tolong buang sifat bongkak n rsa bagus dlm diri..tu yg halang diri dia utk jdi the best..
Quote Sang_Pencinta 28-9-2019 10:19 AM
Potensi ada tp tak konsisten
Quote beloomberk 28-9-2019 10:21 AM
Focus more on lee zi jia n leong jun hao sbb dua2 masih muda n ada potensi..
Quote RatuDunia94 28-9-2019 10:55 AM
Masalahnya Lin Dan tu pon dh kertu.. meanwhile China bersusun yach pengganti Lin Dan yg muda2 belaka. Malaysia bukan kena letak Lin Dan as bench mark sahaja..
Quote renko 28-9-2019 11:04 AM
hhahahahhaha
baru bangga pastu kalah
'puihhh
Quote Cookingholic 28-9-2019 01:05 PM
RatuDunia94 replied at 28-9-2019 10:55 AM
Masalahnya Lin Dan tu pon dh kertu.. meanwhile China bersusun yach pengganti Lin Dan yg muda2 belaka ...

Betul tuh. Skrg byk player boleh kalahkan Lin Dan. Skrg semua nation fokus nak beat Momota.
Quote CiliPadiSedap 28-9-2019 01:27 PM
lin dan ni kalau buka baju habis @Kurex cari sabun untuk tembak dinding dapur rumah dia
Quote Kurex 28-9-2019 01:40 PM
CiliPadiSedap replied at 28-9-2019 01:27 PM
lin dan ni kalau buka baju habis @Kurex cari sabun untuk tembak dinding dapur rumah dia

Tak nak kulopppp
Quote imthegirl 28-9-2019 01:42 PM
Dah berkurun dia ni. Masa thomas cup last edition sempat kena julang kejap lepas tu kena kecam terus.

Awat, kalahkan Lin Dan dah jadi benchmark untuk jadi pemain hebat ka? Lin Dan dah yesterday, sekarang jepon india denmark ramai lagi single men yang kuat yang kena kalahkan.
Quote Biabetik 28-9-2019 01:52 PM
Lin Dan pun dh nak di penghujung karier, senang nk dikalahkan
Quote axl_bach 28-9-2019 02:08 PM
32 tahun nk jadi pengganti LCW? Benchmark kalahkan LD?

Now era Momota la weihhh
Quote cm_matjawasp 28-9-2019 02:21 PM
Ni semua puak sepet, biar la kalah ke menang , tak bangga aku .
Quote top5complete 28-9-2019 04:08 PM
hahaha, lin dan bukan power lagi macam dulu.. lawan sebenar yang patut kita takut adalah Chen Long & Shi Yuqi.. mereka berdua ni pelapis lin dan..
Quote chicozinn 28-9-2019 07:02 PM
Dah rendangkan lin dan terus kayap ngan kashyap..{:smile
Quote Zona2020 28-9-2019 07:45 PM
Menang dgn lin dan kalah dgn hindu.. Dah tua.. Bersara lah...byk playar malaysia..cina ni lah paling membosankan
Quote sidewinder 28-9-2019 08:33 PM
Lin Dan pun dah tak mcm dulu......kalah kan Lin Dan dah kira power ? kemonnnn tu Momota World # 1 skrang dia kena target utk kalahkan bkn Lin Dan......
Quote billionman78 29-9-2019 02:21 AM
Lindan tu baya2 Lee ching wei aje. Dah di penghujung karier.
Quote diss69 29-9-2019 03:12 AM
billionman78 replied at 29-9-2019 02:21 AM
Lindan tu baya2 Lee ching wei aje. Dah di penghujung karier.

Daren pon bukan muda lagi, rasa xjauh dngn umur chong wei.. Kena ada ramai lagi pelapis2 muda..
Quote prizadane 29-9-2019 03:41 AM
Tak payah la liew darren ni. Dah tua. Berapa tahun je lagi pun nak 40.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050925 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top