CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dividen LTAT Cuma 2 Peratus, Mohamad Sabu Salahkan Kerajaan Terdahulu

1-10-2019 05:35 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2010| Komen: 11|Original author: Tukang Tulis

Dividen dua peratus yang diumumkan LTAT bagi 2018 adalah yang paling rendah dalam sejarahnya. Mohamad Sabu (gambar kecil) menyalahkan pentadbiran terdahulu. Kredit foto: Facebook

Setelah teruk dikecam akibat pemberian dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak dua peratus bagi 2018, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyalahkan kesilapan pentadbiran terdahulu sebagai punca prestasi yang tidak memberangsangkan itu.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Mohamad menyatakan bahawa salah satu puncanya adalah pelaburan tidak munasabah dalam Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bernilai RM500 juta.

Pelaburan dalam AES dikatakan menjadi salah satu punca prestasi kewangan LTAT merudum (gambar hiasan). Kredit foto:  Carian Google

"Dividen LTAT memang tahun ini rendah kerana kita terpaksa cover laporan dahulu yang tidak betul. Sebenarnya Ketua Audit Negara telah menegur laporan tahun 2016 yang dilaporkan pada 2017.

"Ianya tidak betul dan kita terpaksa betulkan segala akaun LTAT.

"Di antaranya melabur kepada AES sehingga LTAT terbantut yang lebih RM500 juta. Kalau wang itu berada di tangan LTAT, buat simpanan kita boleh dapat lebih daripada RM30 juta," jelasnya.

Beliau mengulas tentang pengumuman dividen LTAT dua peratus pada 30 September bagi tahun kewangan berakhir 2018 dengan jumlah agihan RM161.2 juta.

Pengumuman dividen LTAT bagi tahun kewangan berakhir 2018 oleh Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin. Kredit foto: Facebook LTAT
Mohamad berkata, tempoh tiga tahun diperlukan untuk memulihkan prestasi kewangan LTAT setelah kesilapan terdahulu diperbetulkan.

Sewajarnya kerajaan membentangkan perancangan untuk memulihkan kedudukan kewangan LTAT bagi mengembalikan keyakinan semua anggota dan bekas tentera terhadap badan tersebut selepas pemberian dividen paling rendah dalam sejarahnya itu. - CARI


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 1-10-2019 06:05 PM
Senang je keja abang mat
Quote norhaz 1-10-2019 06:08 PM
Bodoh abg mat ni dibawak kemana mana je kan..
Quote mikasa 1-10-2019 06:08 PM
Dulu2 pelaburan byk untung ke
Quote Perawankota 1-10-2019 07:32 PM
Ngantoknyaa
Quote arnauld 1-10-2019 07:49 PM
Bak pepatah kalau dah bodoh tak ke mana hehehe hehehe hehehe
Quote RatuDunia94 1-10-2019 08:20 PM
Sebelum PRU.. "kami akan bla bla bla... undilah kami sbb kami akan bla bla.. percayalah..

Lepas PRU.. "Ini salah kerajaan lama.. semua salah kerajaan lama"

Stop la bg alasan!
Quote eizarz 1-10-2019 09:23 PM
bila org tak abes belajar bercakap...nampak bodo je..
Quote Ina8895 1-10-2019 10:21 PM
eizarz: bila org tak abes belajar bercakap...nampak bodo je..


Sembang kari
Quote hussaini4675 2-10-2019 12:07 PM
Ina8895: Sembang kari


Abang mat memang pandai masak kari
Quote Ina8895 2-10-2019 03:35 PM
Susah lh kalu mcm nie asyik slh kn org jerk..silap2 smpi 5 thun pn ayt yg sama jgk dicakapnya..peningggg lhhhhh
Quote Ina8895 6-10-2019 09:02 PM
Mana boleh percaya cakap syiah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.037985 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top