Jijiknya! Bayangkan apabila seorang guru mengaji sanggup meraba anak murid lelakinya sendiri saban hari yang dikenalinya di sebuah masjid di Jeram sejak Ogos tahun lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, ia menyebabkan remaja tersebut berasa trauma dengan sikap keji guru mengajinya itu. Malah, menurut ibunya yang dikenali sebagai Rahmah (bukan nama sebenar), 36 guru itu turut bertindak memijak dan menumbuk anaknya sehingga patah tangan kiri. Mangsa dikatakan sering diugut bunuh termasuk diacu pisau di leher jika cuba memberitahu sesiapa perbuatannya. "Saya amat berharap suspek ini dapat ditahan segera dan dikenakan hukuman setimpal sebelum lebih ramai lagi menjadi mangsa lelaki tidak berperikemanusiaan ini," katanya.
"Anak saya terima pelawaan tanpa syak wasangka namun tidak menyangka sejak dari itu lelaki terbabit mula melakukan perlakuan tidak senonoh serta mendera anak secara mental dan fizikal tanpa saya sedari," katanya yang berkata lelaki tersebut yang mempelawa anaknya belajar mengaji dengannya. Ibu remaja ini mula menghidu rahsia ini apabila anaknya cedera hingga berdarah termasuk bibirnya pada 21 September lalu. "Saya bertanya kenapa bibir berdarah. Anak tidak menjawab dan terus ke rumah kawannya. "Setengah jam kemudian saya menerima WhatsApp dari anak dan saat itu terbongkar rahsia yang dia didera oleh lelaki itu sepanjang mereka berkawan," katanya. Suspek kini sedang dikesan selepas wanita ini membuat laporan polis di Balai Polis Jeram. - CARI
|
ADVERTISEMENT