CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

I'am a Survivor - Tun Siti Hasmah Dedah Hidap Kanser

15-10-2019 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9211| Komen: 72

“I’m a survivor (berjuang melawan kanser)."

Itulah yang dikatakan oleh isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. 


Memetik laporan Harian Metro, doktor mengesahkan beliau menghidap kanser payudara pada Mac lalu ketika usianya 93 tahun. 

Foto: Malaymail

“(Ketika itu) apabila saya rasa tidak sedap, saya terus jumpa doktor. Dalam seminggu, saya disahkan mempunyai ketumbuhan kecil.

“Alhamdulillah ia (ketumbuhan) kecil, yang penting adalah jangan takut untuk melakukan pemeriksaan (kesihatan),” katanya. 

Katanya lagi, keputusan biopsi mengesahkan ketumbuhan itu adalah kanser. 


“Doktor lakukan biopsi pada Sabtu, keputusan diperoleh pada Isnin tetapi sepanjang tempoh itu saya tidak langsung memberitahu suami kerana tidak mahu mengganggunya, dia sibuk kerja.

“Apabila dia (Dr Mahathir) tahu pada hari keputusan biopsi keluar, dia tak bebel, cuma dia risau sampaikan suruh saya dibedah pada esoknya.

“Saya masuk wad, empat hari selepas itu iaitu pada Jumaat, (dan) Sabtu saya dibedah untuk keluarkan ketumbuhan kecil berkenaan. Pada Ahad, saya keluar wad,” tambahnya. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • coco

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 15-10-2019 05:52 PM
So kena cancet ke idop.burita tergantung
Quote Malaysia.Doom 15-10-2019 05:53 PM
Ketumbuhan je tu...bukan cancer...propa je nenek ni
Quote jalfa 15-10-2019 06:17 PM
Takutnya..cancer ke nek? Or ketulan fibroadenoma?
Quote sehirkedi 15-10-2019 06:20 PM
Sorang kena buli... sorang lagi cancer survivor.
Syukurlah dah sembuh dan sihat.
Quote mybarbie 15-10-2019 06:23 PM
Berita ni tergantung ni...

“I’M a survivor (berjuang melawan kanser),” kata isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, KL Pink October 2019 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Menurutnya, doktor mengesahkan beliau menghidap kanser payudara pada Mac lalu ketika usianya 92 tahun.

“(Ketika itu) apabila saya rasa tidak sedap, saya terus jumpa doktor. Dalam seminggu, saya disahkan mempunyai ketumbuhan kecil.

“Alhamdulillah ia (ketumbuhan) kecil, yang penting adalah jangan takut untuk melakukan pemeriksaan (kesihatan),” katanya.


Bercerita lanjut, Siti Hasmah berkata, ketika keputusan biopsi diperolehnya yang mengesahkan ketumbuhan di payudara kiri adalah kanser, beliau hanya tenang dan tidak memaklumkan kepada suami, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, beliau enggan mengganggu suaminya yang sibuk dengan tugas sebagai Perdana Menteri.

“Doktor lakukan biopsi pada Sabtu, keputusan diperoleh pada Isnin tetapi sepanjang tempoh itu saya tidak langsung memberitahu suami kerana tidak mahu mengganggunya, dia sibuk kerja.


“Apabila dia (Dr Mahathir) tahu pada hari keputusan biopsi keluar, dia tak bebel, cuma dia risau sampaikan suruh saya dibedah pada esoknya.

“Saya masuk wad, empat hari selepas itu iaitu pada Jumaat, (dan) Sabtu saya dibedah untuk keluarkan ketumbuhan kecil berkenaan. Pada Ahad, saya keluar wad,” katanya.

Siti Hasmah berkata, meskipun ketumbuhan itu kecil, baginya yang lebih penting adalah wanita tidak perlu malu atau takut untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Beliau juga menggalakkan wanita untuk sentiasa peka dengan perubahan diri dengan kempen anjuran HKL itu untuk beri kesedaran mengenai pentingnya saringan awal bagi mengenal pasti potensi kanser payudara.

Turut hadir pada program itu, Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray dan Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi HKL merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dr Ros Suzanna Ahmad Bustamam.

Dalam pada itu, Dr Heric berkata, dianggarkan seorang daripada 19 wanita di Malaysia berisiko hidap kanser payudara sekali gus menjadikan hampir 700,000 wanita mempunyai potensi itu.

“Angka ini tidak seimbang jika dibandingkan dengan bilangan pakar sedia ada. Di Malaysia, kita mempunyai hanya 123 pakar perubatan onkologi namun, hanya 49 masih berkhidmat di hospital kerajaan.

“Di HKL sendiri, kami mempunyai sembilan pakar itu untuk menangani 3,407 kes baharu serta 21,132 kes susulan kanser pada 2018,” katanya.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat dari semasa ke semasa dan kerana itu penting untuk masyarakat sedar bahaya kanser sekali gus melakukan pencegahan lebih awal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Oktober 2019 @ 5:18 PM
Quote HannahMontana 15-10-2019 06:26 PM
Marina kena cancer otak.
Quote Boomibulat 15-10-2019 06:30 PM
mybarbie replied at 15-10-2019 06:23 PM
Berita ni tergantung ni...

“I’M a survivor (berjuang melawan kanser),” kata isteri Perdana Me ...

Ye ms tu metro tulis berita penuh akn menyusul..
Quote scorpionkiki 15-10-2019 06:35 PM
Malaysia.Doom replied at 15-10-2019 05:53 PM
Ketumbuhan je tu...bukan cancer...propa je nenek ni

Yalah...org kerja ladang mcm hang lagi pandai dr dia yg jd antara doktor terawal tanah melayu
Quote mybarbie 15-10-2019 06:44 PM
Boomibulat replied at 15-10-2019 06:30 PM
Ye ms tu metro tulis berita penuh akn menyusul..

ok.. sorry...
Quote kasibiman 15-10-2019 06:46 PM
Moga takde relapse tun. Wish you the best.
Quote CatMiow 15-10-2019 06:56 PM
Kes kanser ni rasanya setiap hari kot ada.

Kadang2 bukan tak nak periksa kesihatan,  tapi prosedur kat hospital sendiri menyebabkan susah nak kesan kes kanser.

Kedua sebab nasib dah tentukan (agaknya la).  Mcm saya sendiri,  kes start april 2018 sebab pendarahan banyak (tak mengandung).warded gov hospital,   Doktor ambil pipelle sampling. Dapat 2 sample, suh hantar private lab, sbb takut kes berat (kanser la kot,  tpi dr tak bg tahu saya)  saya setuju byr 250. Kalau urgent dr akan panggil cepat.  End up lambat juga kena panggil lebih dari 3minggu.  Pendek cerita saya dapat detect cancer pun awal tahun ni jan 2019.

Tapi berbanding ada pesakit kanser nasib dorang sangat baik,  ada yang kesan dari bulan feb 2019, sekarang bulan hujung bulan 10 2019, dah ada yg selesai atau hampir selesai rawatan.   

Rawatan sini maksudnya yg melibatkan kemoterapi dan radioterapi. Seorang akak tu dari feb kesan > bedah > kemo > radoterapi,  sama macam saya semua selesai dalam lebih kurang 7 bulan tapi saya nak selesai ambil masa lebih setahun start dari april 2018. Tu saya kata bergantung pada nasib.

Quote Malaysia.Doom 15-10-2019 06:59 PM
scorpionkiki replied at 15-10-2019 06:35 PM
Yalah...org kerja ladang mcm hang lagi pandai dr dia yg jd antara doktor terawal tanah melayu

Ketumbuhan dengan cancer pun Tak reti beza.

Tak payah jadi Doktor pun boleh tahu beza.

Apa bodoh nak jadi Doktor baru boleh bezakan ketumbuhan dengan cancer.
Quote aHoi83 15-10-2019 07:01 PM
Semoga diberi kesembuhan buat Tun hasmah.
Quote CatMiow 15-10-2019 07:12 PM
Faktor lain mempengaruhi untuk pesakit membuat pemerikasaan lanjut atau rawatan lanjut adalah,  tempat,  kewangan dan masa.

Faktor tempat : sekiranya pesakit dan 'Hospital Besar' berdekatan.  Maka senang la pesakit nak buat pemeriksaan lanjut.

Jika jauh kena naik kapal terbang atau feri atau naik bas berjam2 akan mempengaruhi pesakit buat keputusan untuk buat pemeriksaan lanjut.  Apatah lagi jika kewangan yang cukup2 je buat belanja dan tiada simpanan kecemasan.

Sakit2 kronik macam kanser memang memerlukan banyak pengorbanan,  dari segi wang dan masa pesakit dan keluarga.

Orang yang senang mcm Tun mungkin susah nak selami masalah rakyat gini.  Pemeriksaan awal mungkin dapat la buat.  Tapi pemeriksaan lanjut dan rawatan lanjut,  mungkin tak semua orang mampu buat.
Quote Kurex 15-10-2019 07:14 PM
Tahap berapa dah?
Quote caprut 15-10-2019 07:17 PM
Malaysia.Doom replied at 15-10-2019 06:59 PM
Ketumbuhan dengan cancer pun Tak reti beza.

Tak payah jadi Doktor pun boleh tahu beza.

Kan dia ckp ketumbuhan dia tu kanser, untung nye dia dpt detect awal
Quote MissVixen 15-10-2019 07:18 PM
Dah lama bersama. Kalau lepas ni seorang pergi dulu, mesti yang tinggal tu sunyi dan sedih. Macam ex presiden indon tu.
Quote SummerAutumn 15-10-2019 07:24 PM
Kanser ada 2 jenis. Benign & malignant. Utk kes tun siti, mungkin she had benign type, that’s why boleh buat surgery utk remove. Jangan laju sgt nak membodohkan org please...
Quote sharlenetexas 15-10-2019 07:44 PM
SummerAutumn replied at 15-10-2019 07:24 PM
Kanser ada 2 jenis. Benign & malignant. Utk kes tun siti, mungkin she had benign type, that’s why b ...

Iols pun mcm pernah pernah baca pasal ketumbuhan. 1) Ketumbuhan yg ada sel kanser 2) Ketumbuhan yg bukan kanser

Sebab masih tahap awal, sempat remove ketumbuhan sebelum merebak.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.039113 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top