CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perbicaraan Kes Cabul Di Tahfiz Datuk Kazim Elias Digugur Atas Arahan AG Tommy Thomas

17-10-2019 11:00 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 52581| Komen: 357|Original author: Sang_Pencinta

Mahkamah Majistret Ipoh menggugurkan kes penderaan seks seorang kanak-kanak bawah umur di sebuah sekolah tahfiz, atas arahan Peguam Negara, lapor Malay Mail. 

Menurut berita itu lagi, dua bulan lalu mahkamah mendapati kejadian pencabulan itu sememangnya berlaku, bagaimanapun kelmarin  kes itu digugurkan tanpa sebarang penjelasan.



Kredit foto: Carian Google


Pengguguran itu berikutan surat yang diterima daripada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Perak yang menerima arahan daripada AG Tan Sri Tommy Thomas berkenaan Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan.


Kredit Foto: Says.com




Peguam mangsa, Asiah Abd Jalil berkata di bawah peruntukan itu membenarkan AG untuk menamatkan prosiding perbicaraan tersebut.  

Kes itu melibatkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang mendakwa didera secara seksual oleh pelajar senior selama 5 bulan di Maahad Tahfiz al Barakah, Manjo, Ipoh yang sebelumnya dimiliki oleh pendakwah selebriti, Datuk Kazim Elias.


Krdeit Foto: Carian Google

Kes itu menjadi hangat pada tahun 2016 selepas diviralkan oleh selebriti TV Wardina Safiyyah dan aktivis social Syed Azmi.

Ibu kepada mangsa, Johanna Sarah Harun Ronald kecewa dengan keputusan itu kerana percaya dokuman dan bukti menyokong dakwaan tersebut. Menurutnya, mereka kini bercadang untuk mengemukakan saman terhadap sekolah tersebut atas alasan kecuaian.

'Saya rasa anak saya tidak menerima keadilan, kini di usia 13 tahun dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk rawatan terapi selama 3 tahun' katanya lagi. - CARI 


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misuke 17-10-2019 11:03 AM
kegilaan apakah ini? keep fighting
Quote thetimes 17-10-2019 11:12 AM
Boleh pulak ek???
Hurm...
Quote teha86 17-10-2019 11:14 AM
Allahuakbar... pls do something... siannya budak tu
Quote royaldanish 17-10-2019 11:15 AM
Setan apaakah ini.. kesiannya budak tu
Quote white_musk 17-10-2019 11:16 AM
mengamuk kak siah nanti
Quote damian_lee 17-10-2019 11:21 AM
but whyyyyyyyyyy? eh please la ... jangan suka2 batalkan mcm tu jerr
Quote epis 17-10-2019 11:23 AM
Sampai buat rawatan lagi, siannya...
Quote cap_ayam 17-10-2019 11:23 AM
Apa gila semua ni.
Quote Eric.n9 17-10-2019 11:24 AM
Uik? Apsal digugurkan kes ni?
Apa la nasib budak yg kena cabul tu?
5 bulan kena cabul tu oii... bukan sekali dua.
Quote hatikudus 17-10-2019 11:27 AM
Sebab bukan anak AG TT yg kena cabul
Quote Artemesiaa 17-10-2019 11:28 AM
Berita yang mengecewakan banyak pihak moga masih ada cara untuk menegakan kebenaran
Quote cupu 17-10-2019 11:29 AM
Ni je ke keje si tommy ni..gugur kes je..adoii la.
Quote Sang_Pencinta 17-10-2019 11:29 AM
Screenshot_20191017_112647.jpg Screenshot_20191017_112712.jpg
Quote manehnya 17-10-2019 11:30 AM


siannya adik tu
Quote chicozinn 17-10-2019 11:31 AM
sila saman AG skali..ini tidak adil!!!!!
Quote mummy75 17-10-2019 11:32 AM
ai kenot brain kes2 camni..mg boleh kemurungan..si pencabul aman2 je idop di luar sana kan..cuma kena ingat la kifarah tu ada sebab dia aniaya budak tu..adooiii murung la
Quote awanearisu 17-10-2019 11:33 AM
Kuat semangat ibunya. Bukan mudah nak konsisten dengan terapi berbulan-bulan dan  dalam masa yang sama menerima tekanan sebegini. Semoga mangsa berjaya dalam terapinya dan membesar menjadi insan. Masih jauh perjalanan mangsa.
Quote minguk 17-10-2019 11:35 AM
ke anak dia memang berhalusinasi sebelum ni?
tak, i tanya je, bukan beerti i menyokong apa yang terjadi
Quote awanearisu 17-10-2019 11:35 AM
Kita akui sejak kes ini, kita amat-amat berjauh hati dengan UKE. Tak boleh tonton pun ceramah mahupun apa-apa slot beliau di kaca tv. Selagi UKE tidak berdepan dengan insiden ini secara jujur dan adil, selagi itu kita tak boleh tengok muka beliau.

Lihat semua komen(357)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.337426 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top