CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Ini Semua Fake Food' - Kritik Makanan Ringan Jadi 'Goodies', Doktor Dibantai Warga FB

22-10-2019 03:07 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 35775| Komen: 340|Original author: Shimmer Shine


Tindakan seorang lelaki yang dipercayai doktor mentong-sampahkan cenderahati kenduri, membangkitkan kemarahan warganet.

Mengkritik pemberian tuan rumah kepada anaknya sebagai sampah kerana dipenuhi 'fake food' serta membuang makanan tersebut menjelekkan lagi status tersebut.

FB

Dengan melabelkan makanan penuh gula, perasa tiruan, pengawet dan bahan-bahan kimia membuatkan ramai yang melenting.

Tetapi ianya bukan kerana teguran tetapi lebih kepada tidak beradab dalam menegur. 

FB

Banyak kesalahan yang boleh didapati dalam post ini seperti menghina makanan walaupun ianya 'fake food', beranggapan ianya terlalu sampah sehinggah tidak sanggup memberi kepada orang lain sebaliknya lebih rela membuangnya (membazir) serta ayat perasan bagus.

FB

Jika benar mahu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya makanan ringan, janganlah sampai membuang ole-ole tersebut. Ianya adalah rezeki dan mungkin tuan rumah ternampak lalu berkecil hati. Begitu juga dengan penggunaan ayat, mungkin boleh dilembutkan serta tidak berbunyi angkuh hingga menyebabkan ramai berasa menyampah.


FB

Kalau diikutkan budaya Malaysia, makanan yang dikatakan sampah ini banyak dijadikan 'goodies' kerana sifatnya mudah, murah dan tahan lama. 



Mungkin boleh mulakan budaya baru dengan makanan sihat, tetapi perlu ambil tahu juga kemampuan tuan rumah. Sebaik-baiknya usah menimbulkan huru-hara dengan ayat tidak matang tersebut.- CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote palmolive 22-10-2019 03:08 PM
kalo tak nak bagi la ayam makanan tu..kurr kurr kurr
Quote gaara_X 22-10-2019 03:21 PM
masa doktor tu kawin...dia bagi anggur sekilo sorang kot kat tetamu yang hadir....
Quote anony-mous 22-10-2019 03:23 PM
Doctor famous skrg mmg sampah. Ni geng Rusyainie la ni. Geng prof imelda yg houlier than thou
Quote JohnnySins 22-10-2019 03:25 PM
mmg betui pun kata doktoq tu....baik bagi teloq ghebuih...isi la dalam kotak tak pun pasu kecik macam zaman awai 2000 dulu...nostalgia pulak ghasanya...wakakakakakakakakakkaka
Quote prettyuglybabe 22-10-2019 03:27 PM
padahal masa kecik dia pun cekik benda tu
Quote pinksarah 22-10-2019 03:31 PM
Haah la..

Kenapa x bg telur rebus je ye?

Mcm dulu2..

Junk food mmg x elok, tp kasar sungguh dia tempelak org yg hosting the reception..

Klu x ambil pon x pe..

Sedangkan undangan ke majlis pon, makanan rasa crappy pon dilarang mengata..apatah lg buah tgn ikhlas dr tuan rumah..

Manners x ada..nama je profession as doctor
Quote jalfa 22-10-2019 03:32 PM
Rengsek je doktor...bann dr ni ..jgn jemput dia gi knduri lagi..fake food kunun...zaman kanak kanak ko makan ape je doc...ubi kayu ke
Quote pinksarah 22-10-2019 03:34 PM
IMG_20191022_153251.JPG

Ini ke org nya?

Kelantan lagi..

Errmmmmm....
Quote rosasen 22-10-2019 03:39 PM
prettyuglybabe replied at 22-10-2019 03:27 PM
padahal masa kecik dia pun cekik benda tu

tau takpeeee
Quote awanysss 22-10-2019 03:40 PM
boleh kot bagi sekali sekala.. kalau doktor tak bg selalu, bila g kenduri tu, bg la anak2 merasa..
tak baik letak gmbr mcm tu.. kecik hati tuan rumah..
Quote allshares 22-10-2019 03:40 PM
Boleh je tak ambik cendrahati tu, iols pun selalu tolak je sbb selalu dpt bekas kaca la, botol kaca la, mmg akan jadi tukun kt rumah, nk buang sayang, nk pakai mmg x kan pakai.

So walau x tau ape isi kandungan cendrahati tu, lebih baik tak payah ambik. Tuan rumah pun x pernah plakl muka masam time iols tolak.
Quote Boomibulat 22-10-2019 03:42 PM
Klu nk buang pun x pyh war2kan kat public...sedapnya mamee..
Quote Rainrein 22-10-2019 03:44 PM
Cam bagus je doktor nih. Rasa rasa dulu masa, kekecik mak pak ko ada jugak sumbat so called junk food ni, idup gak sampai skang, siap jadi doktor lagi even kurang manners pun.
Quote JohnnySins 22-10-2019 03:46 PM
anony-mous replied at 22-10-2019 03:23 PM
Doctor famous skrg mmg sampah. Ni geng Rusyainie la ni. Geng prof imelda yg houlier than thou

saya secara peribadi bersetuju memang pada zaman kegemilangan twitter ni ghamai doktoq2 mula menonjoikan dighi...saya panggil depa ni doktoq twitter....yang baguihnya depa boleh bagi awareness pasai produk supplemental yang exaggerated...yang tak baguihnya...semua isu pun depa nak ceghita....like u said..holier than thou...cuma apa yang depa habaq tu kena percaya lebih..depa ada mbbs......wakakakakakakakakakakakaka
Quote 800214 22-10-2019 03:47 PM
2 minggu lepas kot tertgk bersamamu. Family tu hari2 mkn jajan or roti je siang hari utk lapik perut sementara nak tunggu mlm sbb mlm slalu ada volunteers NGO bg mknn.betapa jajan tu berharga utk kelansungan hidup keluarga tu
Quote atiqah_bea 22-10-2019 03:48 PM
Iols ada baca dlm fb, ada org tulis tuan rmh ckp tu bukan goodies. Tapi tu yg ada kat candy buffet. Kiranya anak dia sendiri yg g ambik junk food semua tu
Quote hatikudus 22-10-2019 03:48 PM
Diam2 sudahlah....Jgn lupa time ko nak bg goodies bag kat anak2 org pulak nnt pastikan ko bg healthy real food, jgn pandai kondem aje ye doktor
Quote xy_daen 22-10-2019 03:49 PM
Xnak tak payah ambil lah... Pergi buka aib tuan rumah buat apa...
Quote kikuri 22-10-2019 03:50 PM
nak buang.. buang jelah dendiam... aku pun kalo dapat gegula time kenduri memang sorok kalo anak tak nampak... sekarang rasanya dah jarang kenduri bagi gegula jajan bagai kot... sebab anak aku asik dapat popcorn je

Lihat semua komen(340)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.080124 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top