CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wartawan Tanya Isu Komik Putar Belit Sejarah, Maszlee Malik Pura-pura Bingung

23-10-2019 11:57 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4371| Komen: 22|Original author: Tukang Tulis

Gelagat Maszlee Malik ketika diterjah wartawan di lobi Parlimen pada Oktober 2018 (gambar hiasan). Kredit foto: Utusan Online

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik seolah-olah berpura-pura 'bingung' ketika ditanya wartawan tentang isu pengedaran komik kontroversi yang memutarbelitkan fakta sejarah negara di sekolah.

Reaksi beliau itu dapat dilihat dalam rakaman video yang dikongsi melalui laman Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Oktober lalu.

Pada awal rakaman, Ahli Parlimen Simpang Renggam tersebut bertanya kepada wartawan yang berjalan di sebelahnya sama ada dia bertanya tentang majalah humor Gila-Gila.

Komik berjudul Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama mencetuskan kontroversi kerana didapati memutarbelitkan fakta sejarah. Kredit foto: Facebook

Wartawan terbabit kemudian berulang kali menerangkan pertanyaannya adalah tentang isu komik berjudul 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama'  yang diterbitkan oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia.

"Manga? Manga yang Korea tu, bukan? Manga yang Korea tu lah. Saya belum baca lagi Manga Korea tu," kata Maszlee sebelum memasuki lif dan meninggalkan semua wartawan yang mengekorinya tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.


Sementara itu, Najib dalam nada sinis menyatakan bahawa beliau tidak menyalahkan Maszlee apabila berlakon seolah-olah tidak tahu tentang isu yang ditanya wartawan.

"Kerana saya tahu dia sukar nak jawab kenapa Timbalan Menteri dia telah berjumpa dan menerima komik propaganda dari Hew Kuan Yau di Kementerian Pendidikan dua minggu sebelum komik itu diedarkan kepada semua sekolah-sekolah menengah di Malaysia," jelasnya.

Gambar pertemuan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (kiri) dan Dr. Hew Kuan Yau (kanan) sambil memegang komik kontroversi yang tular dalam media sosial. Kredit foto: Facebook
Beliau turut menegur Maszlee kerana menggunakan istilah yang tidak tepat untuk 'komik' dalam bahasa Korea.

"Komik dipanggil Manhwa di Korea, bukan Manga. Manga itu Jepun," katanya.

Nasib baik wartawan cuma bertanya tentang isu komik dan bukannya 'bila tol Simpang Renggam akan dimansuhkan'. - CARI

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnnySins 23-10-2019 12:00 PM
saya dah bukak topik pasai ni...harap maklong..wakakakakakakkaa
Quote underground 23-10-2019 12:04 PM
tahun 2020 adalah tahun menteri2 jadi blur dan bingung gaban.
Quote adeqbun 23-10-2019 12:18 PM
ya ampun..i bet reporter tu rs nak luku pale maszlee sbb beriya belakon mcm tak tahu menahu
Quote kenari2101 23-10-2019 12:24 PM
adeqbun replied at 23-10-2019 12:18 PM
ya ampun..i bet reporter tu rs nak luku pale maszlee sbb beriya belakon mcm tak tahu menahu

kalu aku reporter, mahu je sound terus, 'jgn nak blur boleh tak? atau nak bincang dulu dgn timbalan u?'geram je tgk



Quote fliphair8 23-10-2019 12:26 PM
dia bukan pura-pura bingung, dia memang bengong...puihhh
Quote Kurex 23-10-2019 12:34 PM
Giliran kau pulak katek
Quote yanieray 23-10-2019 12:37 PM
bodoh. makin lama makin jahanam sepenggal jela ko maszlee
Quote Buritan 23-10-2019 12:39 PM
underground replied at 23-10-2019 12:04 PM
tahun 2020 adalah tahun menteri2 jadi blur dan bingung gaban.

Tahun 2020 semua menteri mulayu takut pd ular dan babi..
Quote Buritan 23-10-2019 12:40 PM
adeqbun replied at 23-10-2019 12:18 PM
ya ampun..i bet reporter tu rs nak luku pale maszlee sbb beriya belakon mcm tak tahu menahu

Yep.. nmpk sgt menteli mulayu mesia ni budusss..
Quote Buritan 23-10-2019 12:41 PM
kenari2101 replied at 23-10-2019 12:24 PM
kalu aku reporter, mahu je sound terus, 'jgn nak blur boleh tak? atau nak bincang dulu dgn timbala ...

Kalo aku.. aku ckp jahhh.. menteli tuu kita yg pilih.
Quote thetimes 23-10-2019 01:22 PM
Lepas ni nak pura-pura apa pulak?
Next...
Quote Modngengade 23-10-2019 01:33 PM
JohnnySins replied at 23-10-2019 12:00 PM
saya dah bukak topik pasai ni...harap maklong..wakakakakakakkaa

x per sister..the more the merrier konsepnya di sini

Quote misuke 23-10-2019 01:45 PM
cara paling senang nak selesai masalah.. buat2 bodoh.. lama2 org pn senyap
Quote orgsepang 23-10-2019 01:49 PM
Bodoh2 pun gaji jalan jadi ada dia kisah?
Quote dino 23-10-2019 01:51 PM
@dodolgemok taknak komen ke? haha
Quote tomatome 23-10-2019 01:52 PM
Rosak institusi pendidikn malaysia ada menteri2 kartun ni..  

Quote Ina8895 23-10-2019 01:54 PM
Banyak main le maszlee
Quote Bell 23-10-2019 01:56 PM
Maszlee dah bersuara hari ini - beri amaran kepada DAP displinkan ahli dan patut perlembagaan negara.
Quote Bell 23-10-2019 01:58 PM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/192214

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.108244 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top