CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelibat Kereta Terbang Malaysia Belum Kelihatan, Singapura Sudah Pandu Uji Teksi Terbang

23-10-2019 05:22 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3816| Komen: 23|Original author: natrahn

Awal tahun ini, Kementerian Pembangunan Usahawan menampilkan prototaip kereta terbang iaitu ‘Vector’ pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019.

Malah, belum sempat rakyat melihat kelibat kereta terbang pertama negara, versi model keduanya yang menggunakan teknologi berbeza bakal ‘dilahirkan’ pada suku ketiga tahun depan.

Dikhabarkan kereta itu sedang dibangunkan di Eropah dan perbincangan sudah dilakukan dengan pembina sama ada untuk membawa kereta itu melakukan penerbangan pertamanya pada tahun depan.

Kredit foto: Amanz.my - Prototaip kereta terbang iaitu ‘Vector’ 

Sementara itu, negara jiran kita kini sedang 'sibuk' melakukan ujian penerbangan teksi terbang mereka. Sebuah Volocopter 2X yang diterbangkan oleh seorang juruterbang melakukan demonstrasi sekitar Marina Bay Sands.  



Ujian teksi terbang swapandu ini dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan Singapura, termasuklah Ministry of Transport (MOT), Civil Aviation Authority of Singapore (CAAS) dan Economic Development Board (EDB) dan Syarikat E-Volo.

Kredit foto: Al Jazeera

Terdahulu, Volocopter telah mengumumkan di mana mereka akan menguji teksi-teksi terbang ini di Singapura.

Kredit foto: Volocopter.com


Singapura ialah antara negara yang mempunyai pelan pelaksanaan kenderaan swapandu yang paling maju di dunia. Selain sudah melakukan ujian teksi terbang, mereka juga telah berjaya melakukan ujian penghantaran barang menggunakan dron. 

Lebuh raya udara untuk dron dan teksi terbang telah diwartakan bersama dengan ujian teksi dan bas yang beroperasi secara swapandu.

Wah nampaknya orang Singapura lah terlebih dahulu bakal merasa naik kereta terbang kan? - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sangkar_Emas7 23-10-2019 05:28 PM
Advance btol ni...
Quote Boomibulat 23-10-2019 05:59 PM
Mcm drone tp saiz besar..
Quote CiliPadiSedap 23-10-2019 06:19 PM
malaysia punya kereta terbang masa rasmikan siapa naik ye?
Quote natrahn 23-10-2019 06:20 PM
CiliPadiSedap replied at 23-10-2019 06:19 PM
malaysia punya kereta terbang masa rasmikan siapa naik ye?

patung je naik tu ha hihihi
Quote RatuDunia94 23-10-2019 08:13 PM
Swapandu??
Quote Psfzi 23-10-2019 08:45 PM
Tak logik la...impossible
Quote Rogue98 23-10-2019 08:53 PM
Dah ada kapal terbang dan helicopter perlu ke kereta terbang? Kerajaan Hanching ni memalukan Malaysia jer lah.... rakyat xnak di bantu nye. Kata hutang banyak x yah lah membazir buat kereta terbang. Bingai...
Quote syadq 23-10-2019 11:56 PM
Rogue98 replied at 23-10-2019 08:53 PM
Dah ada kapal terbang dan helicopter perlu ke kereta terbang? Kerajaan Hanching ni memalukan Malaysi ...

Konsep berbeza - kapal terbang dgn heli hanya juruterbang je boleh pandu. Kalau kereta terbang, acik gomen pon boleh bawak nak pergi meeting.
Quote kentel 24-10-2019 08:46 AM
tak sama sbnarnya....SG punya tu teksi.....yang msia punya tu kan private flying cars....teksi tu corporate
Quote fushimi 24-10-2019 08:50 AM
CiliPadiSedap replied at 23-10-2019 06:19 PM
malaysia punya kereta terbang masa rasmikan siapa naik ye?

LGE kot sis
tak pun Bam Non

pastu bila dah terbang naik atas kete tu tetiba tak berfungsi

lepas tu sis sambunglah




Quote dino 24-10-2019 08:54 AM
RatuDunia94 replied at 23-10-2019 08:13 PM
Swapandu??

selfdrive la tuh
Quote R2D2 24-10-2019 08:59 AM
slow
malaysia punya lagi laju
KL-Penang sejam ja
Quote dino 24-10-2019 09:00 AM
ni bybrid drone n helicopter..
tang mana keretanya... tayar takde haha
Quote ell768 24-10-2019 09:02 AM
alaaa belum 2020 lg berapa bulan je ni haa..sempat laa tu..tgh sebuk gaduh nak cat kaler apa...nak ltk nama apa..nanti keluar laaa
Quote Hizert 24-10-2019 09:17 AM
drone design helikopter tapi dinamakan teksi. huh?
Quote beautifulorchid 24-10-2019 09:18 AM
teringat najib pernah perli dlm tweeter.. Salam 4 kipas... terbahak aku baca
Quote Buritan 24-10-2019 09:29 AM
R2D2 replied at 24-10-2019 08:59 AM
slow
malaysia punya lagi laju
KL-Penang sejam ja

Tak leh lawan yindia ltte punye.. tut tut yg kepam tu jd heli.. aku nak tepek tak reti tp ade videoss
Quote dino 24-10-2019 09:39 AM
Hizert replied at 24-10-2019 09:17 AM
drone design helikopter tapi dinamakan teksi. huh?

diorg ni confuse kereta terbang ni apa..
klau heli tu mmg la bleh haha
Quote Melorqe 24-10-2019 10:56 AM
fushimi replied at 24-10-2019 08:50 AM
LGE kot sis
tak pun Bam Non

saya suka dengan cadangan ni
kita bagi pengiktirafan kepada lge dan jelutong untuk merasmikan


Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.169397 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top