CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda Bergambar Dengan Anjing, 'Kot Ya Lain Mazhab Toksah Up Gambar Macam Tu' - PU Syed

1-11-2019 10:26 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5604| Komen: 10|Original author: natrahn

Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil memuatnaik swafoto dengan anjing ketika dia sedang bercuti di New Zealand bersama keluarganya baru-baru ini.

Gambar tersebut telah mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed. Memetik laporan mStar, PU Syed berkata bahawa perbuatan tersebut boleh mendatangkan fitnah pada agama. 

Kredit Foto - FB & Instagram Pu Syed

Malah dalam entri itu, Pu Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut menegur babak-babak bersentuhan dan berpelukan dalam drama yang dilakukan berulang kali tanpa rasa bersalah dan menjadi tontonan peminat.

Biar tahu jangan keliru...

Menurut PU Syed, Nabila tidak sepatutnya memuatnaik foto seperti itu yang boleh membawa fitnah terhadap diri sendiri dan menjadi ikutan peminatnya.


Hukum menyentuh anjing berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A dan mazhab Syafie yang mengatakan setiap inci haiwan tersebut dikira sebagai najis. 

"Hukum menyentuh anjing - Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar," menerusi entrinya.

"Kot ya artis ini bermazhab lain selain Mazhab di Malaysia, toksahlah duduk up gambar sebegitu rupa yg menatijahkan fitnah buat diri sendiri dan menjadi ikutan kepada peminat-peminat beliau." ujarnya lagi.



Menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan atau hajat adalah haram di sisi Islam. Namun begitu, terdapat rukhsah bagi mereka yang membela atau memegang anjing yang didahulukan hajat dan keperluan selari dengan kehendak syara'. 

Ini berdasarkan dalil daripada hadis Nabi SAW:

Maksudnya; "barangsiapa yang membela anjing, maka sesungguhnya mengurangi pada setiap hari dari amalannya satu qirat, kecuali anjing untuk pengawasan atau anjing menjaga binatang ternakan".

(Hadis riwayat Bukhari, No. 2322)

Keizinan bagi mereka yang mahu membela anjing dengan disertakan hajat dan tujuan iaitu sebagai haiwan pemburu; atau pemandu jalan untuk orang buta sekiranya amat memerlukan dan tiada orang lain yang dapat membantu; atau tujuan keselamatan pihak berkuasa seperti Polis dan Kastam dan juga untuk mengawal keselamatan di sekitar rumah; atau sebagai haiwan penjaga untuk menjaga haiwan ternakan.

Semoga bermanfaat. - CARI 

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 1-11-2019 10:27 AM
Lambat la reputs, dah ada orang buka
Quote matbad 1-11-2019 11:05 AM
Anjing babi boleh samak lagi..bersentuhan dgn bkn mahram tak boleh samak..haram ttp haram oiii..jgn ambik mudah tp ambk la peduli jgn buta tuli
Quote Melorqe 1-11-2019 11:39 AM
apa la dia ni
kalau ya pun tak pandai bab ugama jgn la post benda yg mengundang cerca kat umat islam
kalau takda keperluan utk bergomol dgn anjing buat pa hg jadi mcm tu abil oi
hg nak gomol dan samak sgt pun tak payah la nak post kat ig.
nanti budak2 yg iman setipis bawang pun akan tiru.
Quote sapeka 1-11-2019 11:52 AM
baca je
malas nak komen dan cerca
Quote videcloset 1-11-2019 12:01 PM
why she has to provoke that way? tau kena cerca jgn lah dipost. frame kat rumah senyap2 sudah
Quote Mfzg89 1-11-2019 12:21 PM
PU2 ni kalau bab orang lain laju je depa sound.. tapi bila sesama geng PU buat masalah senyap plak xberani nak tegur ke camne..
Quote natrahn 1-11-2019 03:27 PM
Mfzg89 replied at 1-11-2019 12:21 PM
PU2 ni kalau bab orang lain laju je depa sound.. tapi bila sesama geng PU buat masalah senyap plak x ...

kann... ibarat kata pepatah gajah seberang laut nampak, kuman depan mata tak nampak
Quote Mfzg89 1-11-2019 04:02 PM
natrahn replied at 1-11-2019 03:27 PM
kann... ibarat kata pepatah gajah seberang laut nampak, kuman depan mata tak nampak

kan.. setat bumi datar, PU gila talak, setat owner tahfiz liwat lepas tangan xde plak dia nak sound.. pengang anjing leh samak jugak yg dia nak jadikan isu..cian abel...

Quote Potato_kering 1-11-2019 09:54 PM
Mfzg89: PU2 ni kalau bab orang lain laju je depa sound.. tapi bila sesama geng PU buat masalah senyap plak xberani nak tegur ke camne..
yela. Tetiba jd husnuzon ckp tu masaalah mereka. Especially syed ni. Cik man lagi neutral kalau bg nasihat.
Quote videcloset 5-11-2019 04:30 PM
Mfzg89 replied at 1-11-2019 12:21 PM
PU2 ni kalau bab orang lain laju je depa sound.. tapi bila sesama geng PU buat masalah senyap plak x ...

tuh lah. cuba tarbiah sikit kat PU abu for example ke

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.065205 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top